Dilihat Sibuk, Tak Sangka Ustazah Asma’ Harun Bela Banyak Si Bulus, Gebu-Gebu Semua, Jadi Terapi Diri!
Pemilik nama Ustazah Asma’ Harun ialah antara pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia kerana kelainan ketika menyampaikan ceramah hingga meraih perhatian ramai.
Dengan penampilan beliau yang yang sederhan dengan warna natural serta secalit solekan membuatkan dirinya disenangi ramai.
Ceramahnya bukan sahaja menjadi tumpuan kepada orang dewasa tetapi remaja dan kanak-kanak. Lantaran itu, tidak mustahil beliau kerap mendapat undangan memberi ceramah setiap hari, malah pernah lebih dari empat undangan sehari.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun anak kelahiran Terangganu ini cuba untuk tidak mengecewakan pihak yang mengundangkanya sedaya upaya memenuhi hasrat mereka.
Biarpun terpaksa pulang lewat malam ke kediamannya, ibu kepada tujuh orang anak ini tidak pernah merungut demi perjuangan untuk berdakwah kepada masyarakat. Juga tidak menafikan kadang kala terpaksa menolak akibat kekangan masa.
BELAI KUCING SEBAGAI TERAPI
Sesungguhnya, Ustazah Asma’ tetap manusia biasa. Perlukan masa ‘me time’ untuk dirinya sendiri sebagai terapi setelah kesibukan dengan rutin harian.
Biar dirinya aktif berdakwah, rupanya memiliki kucing lebih daripada lima ekor. Katanya lagi membelai kucing adalah terapi buat dirinya dan melatih diri menjadi seorang yang berdisplin di samping menjadi aktivitinya bersama anak-anak perempuannya.
Ini dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun kepada team Majalah Keluarga ketika sesi program Keluarga Inspirasi yang lalu.
“Ia sebagai terapi dan latihan displin diri yang mana perlu menjaga kesihatan kucing. Memang kena perlu kesabaran menjaga kucing.
“Haiwan ini adalah kesukaan Nabi dan para sahabat. Saya dan suami memilih cara mendidik anak melalui terapi dengan cara ini.”
“Kalau saya balik petang atau malam, saya akan lepaskan dan duduk bersama di ruangan ini. Kemudian seekor demi seekor akan ke arah saya.
“Saya akan sikat dan bagi bedak. Cuma mandi tu sebulan sekali. Cuma kalau kotor akan mandikan juga,” jelas Ustazah Asma Harun yang juga membela ikan emas yang juga menjadi terapi minda kepadanya.
SIBUK TETAP ADA MASA UNTUK SI BULUS
Ustazah Asma juga memberitahu, ada yang mempersoalkan kesibukannya dalam menguruskan kucing-kucing di rumahnya.
Namun baginya ia adalah suatu latihan displin. Walaupun penat dan sibuk, dirinya sudah sedia maklum mempunyai komitmen dengan si bulus.
“Kucing ni suka di belai. Jika lepas semua dari sangka, semua kucing-kucing akan menunggu di depan sliding door.
“Sebabnya jika tak dibeli atau dibersihkan, akan stres. Bulunya juga akan gugur.
“Jadi bila dapat kasih sayang, dapat belaian, akan lebih manja,” ujar Ustazah Asma Harun sambil memeluk salah seekor kucing kesayangannya,”
jelasnya sambil menujukkan dua antara ekor kucing kesayangannya iaitu Kiki dan Momo.
@keluargamag Patutlah ramai bela kucing, bukan je sebab suka tetapi boleh jadi terapi macam Ustazah Asma Harun.#fyp #ustazahasmaharun #kucing ♬ original sound – Majalah Keluarga
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club