Siapa kata tidak boleh menanam jagung di laman rumah yang terhad. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Encik Azuan Abdullah ini. Walaupun hanya beberapa batang pokok sahaja boleh di tanam, namun ianya sudah cukup memadai untuk dimakan bersama keluarga.
Oleh itu, anda ada yang teringin nak mencuba bercucuk tanam dan merasai sendiri keenakan dan kemanisan jagung yang ditanam sendiri apa kata, ketahui lanjut bagaimana proses penanaman jagung dan tempoh matang untuk dituai sebagai mana yang dikongsikan di akaun fb, jom semak.
Pokok jagung manis hibrid F1 ini saya tanam di tepi pagar rumah. Saya buat petak daripada batu bata dan di dalamnya saya letak tanah campuran. Nisbah tanah campuran yang saya buat adalah 2 bahagian tanah, 2 bahagian tahi kambing dan 1 bahagian pasir.
Saya tanam tak banyak pun, 10 point je. Setiap point saya tanam terus dengan dua biji benih dengan jarak 1.5 kaki antara satu sama lain. Daripada 20 biji yang saya tanam, ianya tumbuh semua. Sekarang ada 17 pokok sahaja yang tinggal sebab 3 pokok lagi telah patah dan tumbang semasa umur 20 hari.
Dari segi pembajaan pula, saya guna dua jenis baja sahaja iaitu NPK larut air 18:18:18 + MgO + Micro dan 12:12:36 + Micro.
Ads
Semasa umur 7 – 30 hari, saya siram dengan baja NPK larut air 18:18:18 + MgO + Micro dua minggu sekali dengan kepekatan 2.0 mS.
Bila dah umur 34 hari hingga boleh harvest, saya guna pula baja NPK larut air 12:12:36 + Micro untuk siraman 2 kali sminggu dengan kepekatan 2.5 mS.
Setiap pagi Jumaat atau Sabtu, saya akan sembur pula dengan EM @ Plant Booster dan biopesticid @ kawalan organik tanpa racun kimia. Kedua-duanya buatan sendiri.
Ads
Alhamdulillah semalam ianya genap 48 hari ditanam, dah nampak bunga betina dan jantan mula keluar. Dalam masa tujuh hari akan datang, kita doakan supaya tiada ada hujan yang banyak terutamanya pada waktu pagi.
Jika ditanam secara komersil dan menggunakan pengairan secara sprinkle, cuba elakkan menyiram pada waktu pagi dalam tempoh 47 – 55 hari.
Kenapa tak nak hujan dan siram waktu pagi?
Sebabnya, waktu ini adalah masa untuk proses pendebungaan semulajadi berlaku. Jika hujan atau kita siram dengan sprinkle pada sebelah pagi, proses pendebungaan tersebut tidak akan berlaku dengan sempurna. Akibatnya, buah jagung kita isinya tidak penuh atau “rongak” orang Kelantan panggil.
Ads
Rasanya dalam masa 2 hingga 3 minggu lagi dah boleh harvest ni. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, insyaAllah 15 daripada 17 pokok tersebut boleh menghasilkn buah yang beratnya melebihi 500 gram setongkol.
Sekiranya sahabat nak tanam dalam pasu, boleh juga guna SOP di atas. Saya syorkan guna pasu yang besar, kapasiti 10 liter dan ke atas.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada sahabat sahabat semua.
Betapa perlunya pokok yang ditanan di sekeliling rumah dijaga dan dibaja untuk pastikan dapat hidup sihat dan sekali gus mengeluarkan hasil untuk dituai.
Menyentuh tentang baja, diakui memang banyak jenis dan jenama ditawarkan di pasaran, pun begitu tahukah anda kita juga boleh hasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan tersedia di rumah.
Nak tahu apakah itu, di sini dikongsikan untuk manfaat semua daripada Mohd Poad.
Saya share cara cara nak buat baja daripada kulit telur. Baja kulit telur ni mengandungi kalsium yang sangat tinggi berperanan sebagai baja secara semulajadi sebagai makanan pada pokok, menguatkan akar dan tangkai buah cili, mengelakkan bunga gugur berlebihan dan memulihkan tanah. Juga sesuai untuk semua jenis sayur berdaun dan berbuah kecuali ketika semaian.
Ikut step by step
STEP 1 : Ambil dua biji telur dan cuci bersih kulit luar dan dalamnya. Semua lendir putih di dalam perlu dibersihkan.
STEP 2 : Kumudian jemur di bawah matahari selama sekurang-kurangnya seharian. Nak elok lagi, 3 hari jemur. Yang sebelah tu nak berjemur juga. Kulit pisang sama khasiatnya seperti kulit telur. Kalsium tambahan semulajadi.
Kulit pisang ,keringkan sampai betul betul kering kemudian lenyekkan baru tabur.
STEP 3 : Dah betul-betul kering, boleh tumbuk atau blender dengan pengisar kering. Cara saya ni rare sikit, asalkan hancur sudah.
STEP 4 : Inilah hasilnya setelah ditumbuk halus tak berapa nak halus. Yang kita nak ialah khasiatnya selepas dijemur dan ditumbuk. Dan bertukar jadi kompos atau baja.
STEP 5 : Guna sesudu ni untuk tabur keliling pokok dalam pasu bunga atau pasu saiz sederhana.
STEP 6 : Yang ni saya tabur pada pokok cili sekata 461 dua hari lepas. Dua pokok means 2 sudu kecil. Akar akan menjadi kuat dan tak mudah rosak. Kekerapan seminggu sekali atau seminggu dua kali pun boleh.
Sumber : Mohd Poad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dua individu yang bersatu dalam ikatan pernikahan, pasti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Itu adalah lumrah hidup berumah tangga, pasti akan ada pasang surutnya. Yang penting kedua-dua belah pihak kena selalu muhasabah diri dan memperbaiki diri.
Berikut Tips 7 ‘C’ yang menyebabkan suami benci isteri yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Ia baik dan sangat berguna untuk renungan bersama agar keharmonian rumah tangga dapat dipelihara. Untuk para isteri, elakkan daripada melakukan 7C ini.
1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!”
Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
2. Cabul
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.
3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. Comot
Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot sama ada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya! Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tidak mekap pun. Suami nak dekat pun tiada nafsu
5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di pejabat. Suami baru balik kerja sudah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime mula syak yang bukan-bukan. Suami mana yang tahan kan dengan perangai sebegini?
6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.
7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak sudah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan televisyen. Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini. Justeru, bagi anda yang bergelar isteri, andai ada tanda-tanda 7C dalam diri cepat-cepat muhasabah dan elakkan perangai tersebut.
Sumber: Sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ditanya pada anak-anak kita, makanan apa yang jika dimasakkan pasti tidak akan ditolaknya. Lain tidak bukan adalah Nugget Ayam! Memang inilah menu kegemaran anak-anak malah kita juga sebagai ibu selesa untuk menggorengnya kerana mudah.
Pun begitu, jika terlalu kerap makan nugget yang ada dipasaran, ramai ibu-ibu sedar bahawa nugget ini adalah makanan yang diproses dan pastinya ada menggunakan bahan pengawet. Bimbang akan kesannya, adalah lebih baik ibu pelajari untuk menyediakan menu nugget ini, homemade dari air tangan sendiri. Pasti anak-anak lebih teruja untuk menikmatinya.
Jom ketahui caranya sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norlaila ini.
Nugget Ayam.
Lepas ni leh la buat sendiri.. Bila dah cuba buat sendiri senang je..bebas dar ibahan pengawet, meh akak tunjuk bahan & caranya. Sukatan ikut banyak mana, InShaAllah jadinye.
Bahan-bahan :
Ayam bahagian daging – cincang
Lobak merah 1 batang kecil – parut halus
Bawang putih 3 ulas – parut halus
Telur 1 biji
Roti sandwich 3 keping – potong dadu
Garam & air sedikit
Cara buat :
1. Blend semua bahan di atas, lepas itu tuang dalam bekas tahan panas dan kukus sehingga masak.
2.Biarkan sejuk, potong ikut suka.
3. Macam biasa celup telur dan golekkan ke serbuk roti.
4. Lepas itu ikut suka la nak goreng makan terus atau frozee kan.
Sumber : Norlaila Subari via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.Penyanyi lagu...