Usah ambil mudah bab pembahagian harta untuk diri kita sebagai isteri hingga tidak membuat sebarang persiapan untuk diri.
Ini dek kerana beranggapan harta suami akan menjadi milik mutlak isteri jika berlaku sesuatu yang tidak diduga.
Namun hakikatnya, hak isteri ke atas harta peninggalan suami adalah bahagiannya paling sedikit.
Hal ini dijelaskan lagi oleh peguam Roslina Sabiyah & Co. Jom semak dan fahami perkongsian ini.
Mudahnya Belajar Faraid – (Bahagian Isteri)
Kenapa nak mulakan dgn bahagian isteri dulu? Sebenarnya tak kisah mana dulu, cuma yang paling banyak soalan pasal faraid ini diajukan dari pihak isteri. Biasalah, isteri kan minister of finance merangkap minister of home affairs kan.. mestilah dia nak kena tau hak dia dulu. Walaupun isteri yang paling banyak menyumbang dalam pencarian aset dan harta suami, hakikatnya bahagian isterilah yg paling sikit.. inilah fakta yg ramai isteri2 terlepas pandang..
Ads
Bahagian faraid isteri ada 2 keadaan
– 1/4 : bila si mati TAK ADA anak
– 1/8 : bila si mati ADA anak
Dalam pembahagian faraid si mati suami, kita tak tengok isteri mana yg ada anak atau tak..tapi yg kita tengok ialah SI MATI ada tinggalkan anak atau tak? Kalau ada.. bahagian isteri2 akan dibahagi sama rata tak kira sama ada isteri tu ada anak atau tak ada.
Contoh pengiraan :
1) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama ada 2 orang anak, isteri kedua tak ada anak. Berapa setiap isteri akan dapat? 1/8 bahagi 2 isteri kerana si mati ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/16 (walaupun isteri kedua tak ada anak dia tetap dapat 1/16 juga).
Ads
2) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama tak ada anak, isteri kedua seorang janda yang ada 2 orang anak (anak dengan suami terdahulu). 1/4 bahagi 2 isteri kerana si mati tak ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/8 (walaupun isteri kedua ada anak dengan suami terdahulu). Anak tiri tidak mewarisi harta pusaka daripada bapa tiri.
3) Si mati meninggalkan 4 orang isteri dan ada anak. Setiap seorang isteri akan dapat 1/32 tak kira isteri tu ada anak ramai atau tak ada anak langsung, bahagian mereka sama sahaja.
Kalau macam tu tak adil la isteri pertama pun dapat bahagian sama dgn isteri muda. Isteri pertama dah kawin 20 tahun. Isteri muda baru je kawin setahun tapi dapat bahagian yg sama juga.
Sebenarnya, untuk isteri pertama mereka boleh dapat bahagian faraid dan juga boleh tuntut harta sepencarian ke atas harta suami yg dibeli dalam tempoh perkahwinan mereka. Isteri muda hanya berhak ke atas bahagian faraid tetapi tidak berhak menuntut harta sepencarian tersebut melainkan harta baru yang dibeli sebaik tempoh mereka mula berkahwin.
Ads
Secara ringkasnya, sifir faraid isteri-isteri ialah :
Jika si mati (suami) ada anak :
1 isteri – 1/8
2 isteri – 1/16
3 isteri – 1/24
4 isteri – 1/32
Jika si mati (suami) tiada anak :
1 isteri – 1/4
2 isteri – 1/8
3 isteri – 1/12
4 isteri – 1/16
Cairan pencuci lantai adalah antara bahan-bahan pencuci yang pasti ada di setiap rumah. Apatah lagi jika lantai kediaman dibina daripada jubin mozek, marmar dan sebagainya. Jika tidak dimop dengan bahan pencuci tentu sahaja terlihat kusam dan tidak selesa untuk dipijak.
Semua sedia maklum juga, bahawa cecair pencuci lantai ini begitu mudah didapati dipasaran dengan pelbagai aroma dan jenama. Ini secara tidak langsung memberi alternatif buat kita sebagai pengguna mencari dan membandingkan yang terbaik untuk keluarga.
Namun berbeza dengan Ummu Uwais Azizah ini yang pernah rasa tidak selesa setiap kali menggunakan bahan pencuci yang sedia ada dipasaran. Dan ini membuatkan dirinya beralih untuk menggunakan bahan-bahan yang bersifat natural dan bebas kimia.
Nak tahu apa kisahnya lagi, jom semak perkongsian ini.
Sejak bertukar secara sikit-sikit kepada produk natural ni memang jarang guna pencuci lantai. Biasa guna sabun yang ada atau tanpa sabun.
Mop lantai pun guna air je. Ada beli pencuci lantai mozek tu, keluaran Muslim. Tapi itulah produk bumiputera pun kena tengok ‘ingredients’ ya. Dah bertahun2 beli tapi tak habis2 sebab jarang guna. Pernah sesekali guna untuk cuci lantai bilik air, sekali bau dia buatkan terbatuk dan rasa sesak nafas.
Apatah sejak ada anak yang mula masuk fasa meniarap menyusur ni. Mula buat kerja sapuan atas lantai, pastilah seboleh mungkin elakkan penggunaan pencuci komersial yang berisiko menyebabkan alahan.
Aha, dah lama tak buat pencuci homemade ini. Mudah sangat guna dua bahan sahaja. Yang pasti wangi Oren tu macam EO Oren dah. Aroma Oren / lemon ni boleh release stress tau.
Dan apa bila ditanya bagaimana timbul idea untuk menghasilkan bahan pencuci lantai tersebut, ini jawabnya.
“Sebenar saya pernah baca orang share kebaikan soda bikarbonat dalam kepelbagaian guna untuk cucian dan pembersihan. Baik untuk kulit, sayuran, makanan, dan peralatan. Then Ada kawan juga kongsikan idea rendaman buahan citrus ni guna cuka. Saya pernah buat dan tahu idea ni sejak 3 tahun lepas. Kira idea ni banyak dikongsikan daripada web luar negara.”
Bahan-bahan :
Cuka tiruan
kulit oren/ lemon.
Cara penyediaan :
Gunting kulit oren/lemon jadi kecil
Tambah cuka tiruan sampai penuh / menutupi semua kulit oren/lemon
Tutup.
Peram selama seminggu dua.
Dah boleh guna.
Cara Penggunaan :
Untuk cuci ‘table top’ dapur
Lembapkan kain dengan air, tambah sedikit larutan cuka citrus ni.
Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas.
Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka citrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.
Untuk Lantai
Lembapkan mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan citrus ini. Wangi je bau lantai nanti. Oren segar. (Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas kecuali lantai terlalu Kotor boleh tambah soda bikarbonat)
Berapa lama tahan?
Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, tahan lama sebulan atau mungkin lebih.
Ekstra Info :
Jika dah ambil cuka rendaman kulit oren tersebut, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren.
Kulit Oren yang tidak terendam penuh akan berkulat dan berbau tak wangi.
Tentunya sepanjang bulan Ramadan ini ramai antara kita akan kerap melayari internet untuk melihat pelbagai jenis resipi daripada perkongsian warganet untuk dijadikan panduan dan idea untuk menyediakan juadah untuk keluarga tercinta.
Pastinya juga, perkongsian resipi daripada youtuber Che Nom menjadi antara yang ditunggu-tunggu oleh warganet untuk memperolehi resipi menarik dan pastinya menjadi daripadanya.
Jika sebelum ini Che Nom lebih selesa berkongsi dengan hanya menunjukkan tangannya dengan lontaran suara yang lembut dan tenang, namun baru-baru ini Che Nom ada membuat penampilan istimewa. Selain berkongsi resipi Tepung Pelita , Che Nom turut membuat ucapan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Apa yang menarik perhatian warganet mengenai kemunculan Che Nom ini, ada yang menyamakan wajahnya seiras Uqasha Senrose. Memang cantik!
Menerusi komen di video tersebut, Che Nom telah mendapat banyak pujian dan ramai juga perasan dan mengatakan wajah Che Nom seiras pelakon Uqasha senrose.
Untuk anda yang ingin mencuba resipi yang dikongsikan oleh Che Nom di dalam video tersebut, ini resipinya.
RESIPI TEPUNG PELITA
Resepi kali ini ialah resepi Tepung Pelita, antara kuih Melayu yang paling famous di bazar Ramadan. Hi Semua…Dalam video ni Che Nom akan tunjukkan cara untuk membuat acuan tepung pelita menggunakan daun pisang…kalau takda daun pisang, boleh guna bekas plastik aja.
Kuih ni ada 2 lapisan, lapisan hijau atau lapisan pandan dan lapisan putih yang lemak bersantan. Sedap dan lembut sangat bila dimakan.
NOTA PENTING: Masuk tepung dan kacau sekata dulu kemudian baru pasang api dan kacau di atas api perlahan
Bahan-bahan untuk lapisan hijau:
7-8 helai daun pandan
5 cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
1 cawan gula
sedikit pewarna hijau
½ sudu kecil gula (kasar atau halus)
Bahan-bahan untuk lapisan santan:
4 cawan santan
5 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa
Buat kudapan makan sambil menonton atau berborak, tak sedar boleh habis sebalang ni. rasanya yang pedas di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik. Nah cuba resipi Kacang Goreng Berempah Ini.
Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni.. Bahan
500gm Kacang tanah
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
*sb – Sudu Besar
*sk – Sudu Kecil Cara-caranya :
Bersihkan kacang tanah…(bilas dan jemur kering sehari sebelum nk buat
Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
Gaul sampai sebati
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.
Kredit : Siti Azura
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.