Walau Gaji Kecil Masih Boleh Menyimpan Setiap Bulan, Begini Strategik Mudah Boleh Follow!

Share

Perkongsian daripada salah satu portal pelaburan ada berkongsi panduan untuk anak-anak muda yang baru berkerja walau gaji kecil namun perlu juga membuat tabungan agar kehidupan di masa depan lebih terjamin. Bajet yang baik tak bertumpu pada kemampuan kita boleh membayar segala bil setiap kali hujung bulan semata-mata.

Menurut Tok, anak muda masih berhempas-pulas nak buat bajet. Mungkin strategi yang ada tak sesuai untuk mereka. Tak apa. Hari ni, Tok nak kongsikan strategi menyimpan yang semua orang boleh gunakan. Walaupun korang baru mula bekerja.

Tok baca ilmu bermanfaat ini kat blog Mint. Tanpa buang masa, jom hadamkan sarapan minda korang ini. Orang muda pasti suka gunakan strategi ini. Serius!

Mungkin korang tertanya-tanya apakah strategi yang Tok maksudkan tadi.

Formula 50/20/30

Nama strategi ini adalah “Bajet 50/20/30.‘” Mungkin korang pernah dengar kat mana-mana sebelum ini. Dan paling syok, orang muda sesuai guna strategi ni. Tak kira gaji korang tinggi atau rendah.

Bajet 50/20/30 ini boleh membantu graduan yang baru mulakan kerjaya untuk mula menyusun kewangan peribadi mereka, yang sering kali dianggap rumit. Cuma, ia dianggap rumit sebab kita tak tahu cara nak buat bajet. Bila dah tahu nanti, rumit tu boleh berubah jadi mudah. Setuju?

3 pecahan utama yang anda patut tahu pasal bajet ini. Bajet ni terbahagi kepada 3 pecahan:

50% daripada pendapatan anda untuk belanja keperluan,
20% daripada pendapatan anda untuk simpanan,
30% daripada pendapatan anda untuk kegunaan peribadi.

50:20:30 budget – Daily Worth

Sumber gambar: Daily Worth

50% untuk keperluan? Tak banyak ke Tok?
Yang pertama sekali kita kena buat, adalah ketepikan separuh pendapatan untuk keperluan mutlak dalam hidup kita.

Mungkin ramai yang akan tanya macam ni:

“Kenapa tinggi sangat Tok? Tak membazir ke?”

Tok tak salahkan korang ada soalan macam ni. Pasal reaksi Tok pun sama je masa mula baca strategi ni dulu. Bila kita agihkan setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan kategori ini, baru kita akan nampak gambaran yang lebih jelas.

Perbelanjaan mutlak ni adalah perbelanjaan yang kita perlu jelaskan untuk terus hidup, tak kira dimana korang tinggal, jenis kerjaya korang, atau apa saja rancangan korang untuk masa depan.

Dan semua orang berkongsi perkara yang hampir sama, seperti:

-Tempat tinggal
-Makanan (siapa yang boleh survive tanpa makanan?),
-Pengangkutan (tol, duit minyak kenderaan, dan sebagainya),
-Bil utiliti, atau lain-lain perkara yang berkaitan.

Pendek kata, kita perlukan 4 perkara atas ini untuk jalankan kehidupan seperti biasa Peratus ini juga, kita boleh adjust (sesuaikan) dengan kemampuan kewangan masing-masing.

Bermakna, strategi si A mungkin tak sesuai untuk si B gunakan. Dan ingat ya. Ia bergantung kepada jumlah keseluruhan yang setiap individu gunakan.

Contohnya, ada orang yang tinggal dekat kawasan yang sewa tinggi. Tapi mereka boleh berjalan kaki ke tempat kerja (jadi, kos pengangkutan dapat jimat banyak).

Ada pula orang yang memilih untuk tinggal kat rumah yang sewanya lebih rendah. Tapi, kena tanggung pula kos pengangkutan (tol, minyak, duit parking, dan macam-macam lagi).

Macam yang Tok cakap tadi, ia bergantung kat keupayaan kewangan dan situasi masing-masing.

Nota: Lagi banyak korang boleh jimatkan untuk perkara ini, lebih baik. Boleh korang salurkan lebihan duit tu ke dalam kategori yang ke-2 ini.

Simpan 20% secara konsisten setiap bulan
Duit ini akan digunakan untuk pelan simpanan, menyelesaikan segala hutang-piutang, dan sebagai simpanan dana kecemasan korang (tak ada siapa yang tahu apa yang akan terjadi esok hari, kan?).

Ini ketegori yang korang perlu jelaskan, lepas dah selesaikan salurkan duit kat kategori yang pertama tadi tu. Selagi tak selesai yang pertama tadi, elakkan buat yang ini dulu.

Logiknya macam ni. Macam mana nak bergerak selagi perkara asas kita tak settle-kan dulu, betul?

Dan yang best, korang boleh langsaikan hutang yang ada dengan lebih cepat bila ada simpanan ini, dan bergerak lebih maju bagi mencapai matlamat kewangan masing-masing.

Terma “persaraan” mungkin tak berapa penting bagi mereka yang masih muda. Cuma yang pasti, ia akan menjadi satu desakan pada masa akan datang, kalau kita tak menyimpan dari awal.

Ada banyak instrumen kewangan yang boleh gandakan simpanan korang, berbanding sekadar menyimpan dalam fixed deposit.

Dan Tok yakin, mesti korang nak menyimpan dan pada masa yang sama, gandakan duit tu jadi lebih banyak.

Sumber : Gila Hartanah 

 

ARTIKEL MENARIK:Usia Muda Dah Kumpul Harta, Gadis Ni Kongsi Cara Dia Menyimpan Duit & Buat Ramai Terinspirasi!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

.