Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang diumunkan pasa 18hb yang lalu hingga kini, tentunya setiap antara kita punya jalan cerita yang berbeza.
Dulunya bebas hendak ke mana jua, namun kini terbatas pergerakan. Dulu boleh mencari rezeki dengan gigihnya, namun hari ini terhalang usahanya.
Keadaan ini mungkin ada yang berasa tidak selesa, berasa sukarnya hidup. Namun jangan lupa mungkin apa yang kita rasa susahnya saat ini ada keluarga lain lagi sukar hidupnya pun begitu tetap positif meneruskan hidup.
Ini sebagaimana perkongsian ibu anak empat ini dan semoga anda terinspirasi membacanya.
Assalamulaikum dan Selamat Pagi.
Ini pandangan dari tingkap bilik tidur saya.
Hari ke 11 perintah kawalan pergerakan dan Abe Mie masih belum jemu mengajak saya keluar. Setiap hari ayat yang sama. Mahu ke Kok Lanas dan mahu ke rumah abangnya.
Adakalanya responnya tenang, adakalanya agak keras disusuli tantrum. Jemu di paras maksima barangkali.
Ads
Biasanya seminggu sekali saya akan bawa Abe Mie keluar sarapan dan makan malam di luar. Kemudian saya akan bawa Abe Mie ke perkuburan di mana arwah ayah mertua, ibu mertua, dua orang kakak dan seorang abangnya disemadikan.
Kami hanya duduk di dalam kereta di tepi tanah perkuburan. Abe Mie akan menadah tangan sambil tunduk khusyuk membaca doa. Apa agaknya doa Abe Mie. Adakalanya kelihatan butir-butir permata kecil terbit di hujung matanya. Betapa kasihnya beliau pada arwah ayah, arwah mek dan saudaranya.
Perintah kawalan pergerakan amat mencabar buat kami seisi keluarga dengan keadaan mental disability Abe Mie sebegini. Beberapa hari lepas saya lupa kunci pintu bilik stor dan suis lampu bilik tersebut tak boleh dibuka. Jika dibuka akan short circuit bahagian lain di dalam rumah. Tak sempat panggil juruelektrik datang baiki dah kena perintah kawalan pergerakan. Saya beli lampu kalimantang dahulu gantikan lampu dapur dan lampu hall tengah yang rosak. Kipas di hall pun pakai kipas meja dahulu.
Makan minum juga mencabar, serba tidak kena. Sejak sakit begini Abe Mie tak suka makan benda yang sama berulang. Jenuh juga nak masak setiap masa.
Ads
Sebelum perintah kawalan pergerakan biasanya saya beli sahaja serba sebungkus untuk Abe Mie makanan berlainan seperti bihun goreng, mee goreng dan nasi serta kuih di waktu pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian terus masukkan ke dalam peti sejuk dan panaskan di dalam microwave sahaja apabila beliau mahu makan. Inilah kaedah yang terbaik setelah try and error selama empat tahun. Saya hanya masak satu jenis lauk untuk saya dan anak-anak.
Setiap hari saya berperang dengan masa. Bukan mudah untuk uruskan serba serbi sambil mencari rezeki dari rumah apabila segalanya di bahu kita. Perkara-perkara remeh seperti memasak dan mengemas ini mencuri banyak masa.Kalian sedang laluinya sekarang bagaimana rasanya bekerja sepenuh masa di rumah.
Saya ada pakej tambahan lain sejak empat tahun yang lalu, bekerja sepenuh masa dari rumah sambil menjaga suami uzur serta tugas uruskan empat orang anak.
Tempoh kawalan pergerakan bertambah meletihkan bagi mereka yang berada di dalam kasut yang sama seperti saya. Sekali keluar perlu harung berbagai urusan sekaligus. Ambil duit, buang sampah, beli groceries, temujanji hospital dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang sebagai ketua keluarga mahu tidak mahu perlu uruskannya juga.
Ads
Jika kalian masih ada pasangan yang boleh berkongsi rasa, berkongsi penat lelah apatah lagi dalam situasi seperti sekarang…itu sudah cukup hebat buat saya, nikmat besar, nikmat kasih sayang pasangan.
Jika kalian tidak perlu bersekang mata dan lelah emosi setiap hari melayan kerenah pesakit, itu juga nikmat besar kalian ada, nikmat masa.
Begitu juga saya, walaupun diuji dengan kesihatan suami, saya masih Allah swt beri rezeki makan pakai dan gelak tawa anak-anak di dalam rumah ini dengan melimpah ruah.
Begitulah. Kuncinya dari kaca jendela bersih atau kelabu kita pandang aturan hidup kita. Sentiasa bersangka baik dengan Penulis Agung cerita hidup kita, Allah swt.
Baru-baru ini tular satu video kejutan hari jadi buat seorang ayah yang cukup menyentuh hati. Gelagat si ayah yang begitu gembira dengan ‘surprise’ yang diberikan envelop berisi wang tunai RM200 untuk dipilih mencuit hati. Malah, keterujaan si ayah, Jaafar Mohammed A’aini, 59 membuatkan ada yang menitiskan air mata menontonnya.
Disebalik keterujaannya memperoleh wang tersebut, dia masih sempat bertanyakan ‘bahagian’ untuk isterinya. Ternyata kasih sayang seorang suami begitu mendalam buat isterinya, Sa’diah Binti Haji Idrus.
Menurut Fatin Filzah Binti Jaafar, yang bertanggung jawab membuat video tersebut, dia sudah lama memasang niat untuk berbuat demikian.
“Saya memang nak bagi hadiah sempena hari jadi ayah. Disebabkan PKP, jadi saya tiada kesempatan untuk beli hadiah. Tambahan pula, ayah bukan lah jenis pakai barang mahal-mahal..
“Cuma pada waktu tersebut, saya terpandang satu paket envelope, terus saya amik 4 keping. Lepas masukkan duit,saya “cong” envelope sampaikan saya tak tahu mana yang RM 10, mana satu RM100.
“Sebab ke empat-empat envelope hanya ada sekeping wang kertas. Kiranya memang ‘ong’ laaa tangan ayah sebab berjaya pilih dua envelope yang betul berisi RM100 setiap satunya. Tapi kalau pun dia tersalah pilih, saya akan minta envelope yang salah, dan gantikan yang sebetulnya,” ujar Filzah lagi.
Menurut Filzah lagi, mereka adik beradik akan meraikan hari jadi ibu bapa, cuma cara berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.
“Anak lelaki, majoriti lebih kepada belanja makan. Kakak pulak gemar membuat majlis kecil-kecilan, saya lebih kepada ikut situasi. Adik pula disebabkan belum bekerja, dia hanya mampu dengan bantu meringankan beban mak ayah dengan kemas rumah.
Ditanya sama ada ayahnya memang seorang yang happy go lucky, Filzah akui dahulu si ayah sangat tegas orangnya.
“Dulu abah sangat tegas..tapi bila dah lanjut usianya, saya dan adik beradik yang lain cuba buat mak ayah seperti kawan kami sendiri.
“Walau bagaimana pun kami masih hormat kami terhadap ibu bapa,” ujar Filzah smabil memberitahu ayah dan ibunya merupakan peniaga kecil-kecilan di kawasan kampung di Klang.
“Alhamdulillah…siap juga kabinet tv, tq encik suami. DIY je kita, habis dalam RM200 sahaja”
Hantaran Kapsyen oleh Huda Mimie di facebook group Kelab Dekor Rumah ini cukup menarik perhatian umum. Ternyata, hasil pertukangan kabinet tv oleh suaminya dengan hanya menggunakan kayu, plywood, kertas dinding dan sticker benar-benar memberi impak mewah sebagaimana yang diinginkan.
Apatah lagi bila dimaklumkan bahawa rak corak marble yang cantik dan terlihat mewah itu apabila dipadankan dengan kabinet tv yang dihasilkan, benar-benar memberi impak wow pada ruangan. Sekali gus, menyuntik inspirasi dan idea kepada warganet untuk mengias kediaman.
“Kebetulan almari tv sama corak dengan wallpaper. Almari tv beli dekat shopee sahaja harga RM150,” ujar Huda lagi.
Selian itu, perletakkan lampu sporlight dengan rona emas turut mencuri perhatian dan begitu juga dengan rekaan garisan emas pada bahagian kabibet. Semuanya nampak begitu menepati konsep mewah diharapkan.
Berkongsi lanjut tentang projek DIY kabinet Tv, Huda Mimie turut berkongsi beberapa keping gambar dan info untuk makluman bersama.
DIY
Langkah 1 : Buat kerangka kabinet dengan menggunakan kayu ukuran 1″ x 2″ mengikut ukuran yang diingini.
Langkah 2 : Drilkan rangka kebinet ke dinding. Pastikan pemasangan dibuat dengan kukuh. Pastikan juga semasa proses membuat kerangka, sediakan bahagian kayu di tengah-tengah untuk perletakkan menggantung tv.
Langkah3:Drill plywood mengikut ukuran kerangka kabinet.
Langkah 4 : Tampalkan dengan wallpaper bercorak marble dan berikan rekaan garisan emas di kiri dan kanan dengan menggunkan sticker. Kemudian pasangkan lampu dinding di bahagian atas.
Ekstra info :
Boleh beli online
Sticker gold di sini
Wallpaper corak marble di sini
Lampu dinding di sini
Langkah 5 : Siap untuk dinding rak tv dan kemudian sempurnakan dengan perletakkan rak tv yang dibeli di Shoppe.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...