Sudah pastinya sebuah perkahwinan bahagia ini apabila setiap pasangan supaya inginkan sebuah perkahwinan yang sentiasa sakinah dan berkekalan hingga jannah!Demi perkahwinan yang harmoni, sudah pastinya kita akan amalkan sebarang petua perkahwinan bahagia.
Perkongsian oleh saudara Hafizul Hakim boleh dijadikan panduan untuk rahsia hubungan perkahwinan itu bahagia dan kekal selamanya walaupun sudah berkahwin lama.
5 cara memikat wanita yang harus suami tahu
1. Nada suara rendah dan lembut
Sentiasa menggunakan nada suara lembut. Suami tak perlu berteriak pada isterinya kerana ia akan membuatkan isteri malu.
Dengan nada rendah, isteri akan rasa dihargai oleh suami. Kemudian bisikan ke telinga isteri bahawa dirinya begitu cantik pada hari itu atau katakan betapa beruntungnya anda memiliki isteri seperti dia.
Ramai isteri kini tertanya-tanya kenapa sebelum kahwin suami seringkali memuji. Tapi berubah 360 darjah selepas kahwin. Siap kasar pulak tu.
2. Rapatkan wajah ke muka isteri
Suami juga perlu tahu cara memikat wanita dengan merapatkan wajah ke muka isteri tanpa melakukan sentuhan. Kemesraan akan terpancar dari hembusan nafas anda pada isteri.
Kemudian, pandang wajah isteri dan bisikkan kata-kata cinta. Walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga, namun tak ada salahnya untuk anda ungkapkan cinta dan kasih pada isteri.
Bahkan, ia akan mencambahkan perasaan itu pada perkahwinan kalian berdua. Inilah antara cara memikat wanita yang berkesan untuk sejukkan hati isteri yang sedang merajuk atau marah.
3. Mencari kesukaan isteri
Banyak suami tak tahu apa yang isteri suka dan tak suka. Mereka tak fikir pun tentang itu.
Malah, anda juga perlu tahu apakah perkara yang boleh membuatkan isteri bersemangat menjalani kehidupannya seharian seperti mengajak isteri menonton wayang, berbelanja keperluan isteri ataupun sesekali anda menyediakan makanan kegemaran isteri.
Perkara-perkara ini akan membuatkan isteri rasa dicintai lantas membuatkan si dia merasa cukup istimewa di hati suami.
4. Jangan kritik penampilan isteri
Ingat ya para suami, jangan sesekali kritik penampilan isteri tapi sekadar memberi cadangan pakaian tertentu taklah mengapa.
Tapi kalau selalu sangat anda cuba menentukan pakaian yang perlu dia pakai, anda bakal dirundung masalah terutama apabila isteri mengganggap dia tak berdandan cantik di hadapan suami ketika berada di dalam rumah ataupun saat berada di luar.
Jika boleh elakkan seperti kata-kata begini yang boleh menyakitkan hati isteri,
“Buruknya baju awak hari ini.”
“Tak reti pakai make up ke?”
5. Memuji cara isteri berfikir
Cara memikat wanita yang seterusnya adalah dengan memuji setiap apa yang difikirkan isteri. Seperti puji kecerdasaannya memberikan idea dan sebagainya.
Selain itu, berikan kata-kata positif ketika isteri berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik seperti membasuh pakaian, membersihkan rumah dan mengasuh anak-anak dengan baik yang dapat dilihat dari sudut kecermerlangan anak-anak dalam akademik mahupun kehidupan sosial.
Kalau nak tahu, isteri memang pantang dipuji, maka kembang semangkuk laa hidung isteri nanti bila selalu dipuji suami.
Apatah lagi, ia mampu membuatkan rasa cinta isteri bercambah dari hari ke hari.
Sebagai contoh anda memikirkan cara mengurangkan bajet kewangan rumah. Kemudian isteri berkongsi buah fikiran yang bernas lantas suami berikan pujian diatas idea tersebut. Pasti isteri rasa bangga.
Kalau beri pujian pada masakan isteri dengan mengatakan sedap dan lazat juga boleh membuatkan isteri suka berkali kali.
Kawan-kawan,
Kesimpulannya, suami hargailah isteri anda kerana pengorbanan isteri tak dapat dibalas dengan wang ringgit dan jaga hati mereka kerana lumrah wanita mudah tersentuh hatinya.
“Isteri adalah cerminan sikap suaminya.”
Isteri Adalah Cerminan Sikap Suami.
Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
Zagreb, Croatia.
11:24 malam.