Walau Dah Berusia Kesan Jerawat Masih Ada, Cuba Cara Ni Untuk Pudarkannya Agar Nampak Cantik Semulajadi!

Share

Mengenang keadaan wajah yang berparut jerawat memang buat kita sebolehnya cuba mencari solusi untuk memudarkan kesan tersebut. Maklumlah zaman remaja kita dulu kulit wajah berminyak dan kini setelah meningkat usia, kesannya masih kekal di wajah.

Walaupun ada produk consealer yang boleh menutup atau menyembunyikan kesan jerawat tersebut, semahunya kita juga ingin wajah terlihat cantik dan sihat walau tanpa secalit kosmetik.

Untuk itu, apa kata anda usahakan dengan mengamalkan petua yang dikongsi oleh Muyassarah yang telah pun berjaya mengurangkan kesan jerawat yang ada diwajahnya apabila mengamalkan secara rutin. Jom semak perkongsian daripadanya.


Bahan-bahan:

Asam jawa* apa apa jenama pon boleh
Bedak sejuk * sarah guna bedak sejuk yang sarah buat sendiri
Air kosong

Langkah demi langkah :

1. Sediakan bahan-bahannya.

2. Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Kemudian tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

 

3. Selepas itu digaul sebati.

 

4. Kemudian ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat jangan lupa tambah sedikit air.

 

5. Bila sudah campur semua, gaulkansampai sebati.

 

6. Kemudian sapukan di bahagian yang berparut. Kalau rajin nak sapu pada semua wajah juga boleh. Biarkan sehingga kering dan sebaiknya  buat waktu malam sebelum tidur.

Waktu ni alhamdulillah dah tak teruk sangat lepas amalkan petua ni..

sumber : Muyassarah Samad