Walau Berbeza Agama, Ibu & Ayah Ni Tunaikan Hajat Anak Istimewanya Untuk Jadi Huffaz. Cukup Luar Biasa!

Share

Subhanallah, tiada apa yang mustahil dan benarlah hidayah itu milik Allah swt. Di saat anaknya itu mengambil keputusan untuk kembali kepada agama fitrah, dan mahu menjadi huffaz, ibu dan ayah tetap memberi sokongan walau berbeza agama.

Kisah ini telah dikongsikan oleh Puan Hamidah dan mungkin boleh kita katakan ianya kisah yang cukup luar biasa, mungkin 1 dalam seribu. Mengetahui lanjut kisah ini, ikuti perkongsian yang cukup menyentuh hati nurani kita sebagai keluarga muslim.


MasyaAllah..barulah kak Idah perasan kak Idah tersnap gambar ni siang tadi.. langsung tak perasan..

Korang nampak tak sorang wanita yang free hair dengan pakaian skirt bersama suaminya disebelah turut serta mendaftar anak mereka di Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di Darul Quran siang tadi.

Beliau dan suaminya sebenarnya seorang wanita berbangsa Cina dan beragama Budha. Inilah yang disentuh oleh tuan pengarah DQ semasa ucapan di majlis perasmian tàdi. Yang sungguh menyentuh hati semua ibu bapa sehingga ramai yang menangis terharu bukan saja kerana anak mereka beragama Islam tetapi seorang yang tak boleh melihat.

Ibu bapa ini merestui anak mereka yang buta ini masuk islam dan menghafal kitab Al-Quran. Pelajar ini telah menghafal 10 juzuk Al-quran dari program pensijilan Al-Quran dan Al-Qiraaat di sini tahun lepas. Difahamkan tiap-tiap hari ibunya datang memimpin tangan anaknya datang belajar. Sekarang beliau meneruskan pengajian diperingkat Diploma pula.

Ya Allah sungguh tidak mustahil bila Allah nak memberi hidayah kepada seseorang itu..sungguh beruntung beliau insan yang terpilih. K.Idah sungguh terharu dan turut sama menitiskan air mata mendengar cerita tuan pengarah tadi. Tak sangka malam ni terlihat gambar ni..

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga ibu dan ayahnya turut diberi hidayah sama-sama memeluk agama Islam suatu hari nanti..insyaAllah..aamiin

sumber : Hamidah Uda Ahmad