Bagi pasangan Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani, pasti tidak lupa dengan tarikh yang menyatukan mereka sebagai suami isteri yang sah.
Dalam satu perkongsian menerusi laman Instagramnya, Lisa memuatnaik ucapan istimewa buat suami yang disayangi.
“Bismillahi, masyaAllah. Sayangku Yushby, kita telah sampai ke satu milestone bersama-sama pada hari ini. Alhamdulillah, 10 tahun yang indah.
“Siapa sangka kita akan berada di sini, setelah bertentangan mata antara satu sama lain ketika di satu majlis hari raya.”
“Namun semuanya ketentuan Illahi. Saya akhirnya dapat habiskan masa bersama insan yang saya sayangi dan kini telah diberkati dengan tiga orang cahaya mata.”
“Sungguhpun ada turun naik, itu semua adalah satu ujian, saya bersyukur dan berharap akan keberkatan dari Nya, kita dapat lalui bersama-sama.”
“Semoga rasa cinta dan sayang kita akan sentiasa diberkati oleh Illahi. Semoga kita akan lalu usia tua bersama dan juga di jannah. Saya sayang kamu, baby.”
Demikian nukilan yang cukup menarik buat suami kesayangan Lisa Surihani.
Yusry juga tidak ketinggalan berkongsi momen menyambut ulangtahun mereka bersama.
Simple but sweet, itu antara Komen yang diberikan oleh warganet melihat pasangan yang sama cantik sama padan yang larut dalam emosi romantik.
Sumber: lisasurihani & yusryabdhalim
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara