Perkongsian wanita ini tentang kisah kawannya yang juga merupakan seorang anak yang cukup hebat jiwanya.

Masakan tidak, walau ada pendidikan tinggi namun memilih untuk menjaga ibu yang sakit di kampung. Malah dia sanggup lakukan apa sahaja kerja yang halal demi menyara ibu dan dalam masa yang sama sentiasa boleh berkhidmat dan menjaga ibu tercinta.

Ayuh selami perkongsian ini dan semoga ianya dapat menyuntik inspirasi untuk kita turut  sama mempunyai jiwa yang besar bagi menggembirakan orang tua kita .


Ini salah seorang kawan saya yang sangat luar biasa.

Dia baru tamatkan pengajian PhD dan sekarang berada di kampung. Bukan sebab dia tak dapat kerja tapi sebab dia ada tanggungjawab yang lebih besar, jaga ibunya.

Beberapa bulan lepas, ayahnya meninggal dunia. Kemudian, ibunya yang sakit lutut sekian lama, tergelincir dalam bilik air pula. Ia ujian yang bertimpa-timpa.

Ads

Makanya, dia pulang. Tak mahu lagi fikirkan ijazah yang digenggam, dia balik saja ke kampung. Itupun tanpa apa-apa rancangan.

Sambil jaga ibu, dia juga perlu ada duit. Bil-bil, barang dapur, semua tu perlukan duit. Dan semua itu terhempuk di atas bahunya. Anak tunggal, begitulah.

Dia cari kerja yang berdekatan dengan rumah. Supaya senang jenguk ibunya. Belah pagi, dia kerja di kedai runcit. Belah petang, bawa ke malam, dia jaga toilet.

Iya kawan-kawan. Dia penjaga toilet yang ada PhD. Bukan otak saja yang hebat, akhlaknya juga hebat. Pergantungan pada Allah juga hebat.

Ads

Saya pernah jual kerepek di pasar malam, saya pernah jual pisang goreng, dan saya down sangat-sangat sebab saya rasa saya telah hilang masa depan. Allah. Malunya jika dibandingkan dengan insan hebat ini.

“kau ok dengan semua ni? ” saya tanya dengan suara perlahan.

“mula-mula memang aku tak ok. Sangat tak ok. Aku rasa tak larat nak buat semua benda. Aku rasa penat sangat bila terpaksa telan cakap-cakap orang. Akhirnya aku sedar satu benda. Orang boleh persoalkan semuanya tentang kita. Tapi kita sendiri yang perlu tahu jalan mana yang kita pilih. Tak perlu balas dan tak perlu burukkan sesiapa. Jalan saja!

Setiap kali aku bersihkan toilet tempat aku jaga tu, aku akan sental habis-habis licin bersih macam aku sental muka orang yang mengata aku. Aku bukan setakat puas hati, aku perasan yang perasaan marah tu pun hilang. Aku dah maafkan semua orang yang bercakap tu.

Ads

Aku tak kaya. Tapi aku cukup semua walaupun aku cuma seorang penjaga toilet. Aku happy dapat jaga mak aku.”

Saya menangis. Besarnya jiwa dia.

Betul. Saat kita melalui ujian, memang ada masanya kita lemah. Nabi Yaqub pun menangis sampai buta matanya bila anak kesayangannya, Nabi Yusuf hilang. Adakah itu tandanya Nabi Yaqub tidak redha dengan ujian?

#SriAjilahSamsir
Dapat suntikan semangat

Sumber ; Sri A’jilah Mohd Samsir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI