Diuji dengan anak yang disahkan menghidap sakit jantung bukan semudah yang disangka. Namun inilah yang perlu dilalui oleh pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy.
Anaknya sulungnya, Khaleef disahkan menghidap masalah jantung iaitu Coarctation of the aorta, iaitu masalah salur darah utama yang sempit dan juga injap Bicuspid aortic valve di mana injap jantungnya tak cukup macam orang normal.
Malah anak kuat Khaleef juga didiagnos sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) dan juga Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) pada usia 6 tahun dan diberikan kad OKU. Bukan satu ujian kecil yang dilalui oleh keduanya.
Atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang bapa dan prihatin, melalui Facebooknya, bapa penyayang dan kental ini berkongsi simptom atau petanda anak berkemungkinan sakit jantung. Cuba periksa ini untuk panduan kita semua.
Nak share dengan mak ayah simptom-simptom sekiranya anak kita berkemungkinan ada sakit jantung macam anak aku ni.
Anak aku Khaleef ada dua isu jantung yang ia hanya dikesan bila dia dah umur 8 tahun. Masalah jantung ni memang ada sejak lahir tetapi sebab masih belum fully developed maka ia tak dapat di kesan.
Isu pertama ialah saluran aorta sempit (Coarctation of the aorta). Ini salur utama yang menghantar darah dari jantung ke seluruh anggota badan.
Bila ada isu ini, akan pasti ada isu lain yang wujud bersama iaitu flap injap yang tak cukup (Bicuspid aortic valve) yang mana orang normal ada 3 flap (kelopak) injap tapi dia ada 2 sahaja.
Isu ni kita semua tak akan perasan sebab simptom dia akan cuma nampak bila anak semakin membesar.
Ads
So, mak ayah perhati tanda-tanda ini yer:
1. Anak cepat penat. Bila berjalan lama atau jauh, bila bermain, dia lebih slow dari budak lain sebaya dia.
2. Selalu mengadu sakit kaki, lenguh kaki. Berjalan jauh sikit dah sakit kaki dan lenguh. Bermain lebih sikit pun akan mengadu sakit, tak larat. Kadang-kadang kaki cramp.
3. Kaki kerap sejuk. Tengahari panas pun kita pegang kaki dia sejuk. Waktu dia aktif ke hulu hilir pun kita pegang kaki dia sejuk. Seluruh kaki atau bahagian bawah kaki sentiasa sejuk tak kira masa.
4. Pucat. Muka pucat, bibir pucat, badan pucat, kuku pucat.
5. Bernafas laju, dan jantung dia pun laju. Bila dia aktif, boleh rasa kat dada dia tu macam nak meletup.
6. Kerap mengadu sakit kepala. Ini disebabkan tekanan darah dia tak stabil dan setiasa tinggi. Cuma kita tak perasan sebab jaranglah mak ayah nak check blood pressure anak.
Ads
7. Kerap mengadu pening (dizzy), rasa nak tumbang, tak boleh berdiri lama.
8. Kerap hidung berdarah.
9. Kerap pengsan.
So, kalau anak-anak ada simptom seperti di atas, jangan ambil ringan. Jangan jadi macam aku, simptom anak dah muncul 2-3 tahun sebelum itu lagi.
Khaleef selalu mengadu sakit kepala, dia akan selalu di belakang ketika berjalan, bermain sebab dia tak larat. Selalu suruh aku dukung. Paling obvious kaki dia sentiasa sejuk. Malam sejuk, tengahari panas pun sejuk, duduk main buaian kat taman pun sejuk.
Tak pernah tahu itu simptom sakit jantung. Tak pernah terfikir nak check blood pressure anak pun setiap kali anak mengadu sakit kepala. Rupanya bila check, nohh aihhh mencanak tinggi bacaannya. Pergi ke hospital, doktor dah marah aku dah.
Ads
Doktor atau pihak hospital kena buat echo, kalau just check biasa memang takkan jumpa apa-apa. Kalau hospital takde kemudahan atau pakar maka kena refer anak ke hospital yang ada pakar untuk check.
So mak ayah, kalau anak ada simptom macam aku cerita kat atas, tolong bawa anak ke hospital. Kalau doktor cakap takde apa, minta doktor refer ke pakar jantung. Biar pakar jantung check, dan buat echo scan. Kalau memang betul takde apa, Alhamdulillah.
Tapi kalau memang ada something, at least kita dah ambil langkah awal. Takde rasa ralat sangat. Aku share semua ni based on pengalaman aku, pembacaan aku dan of course dari doktor-doktor pakar yang merawat anak aku ni. Kalau ada info yang aku salah, mohon betulkan.
Alhamdulillah, semalam Khaleef dah selesai prosedur besarkan stent di aorta dia. Prosedur ni akan kena buat lagi lepas ni. Akan ada isu injap juga dan isu lain yang akan muncul semasa dia sedang membesar ni. Akan banyak kali lagi tidur di IJN ni nanti.
Tetapi aku bersyukur sebab aku dah bagi yang terbaik, doktor-doktor juga dah buat yang terbaik, nurse-nurse juga jaga dia dengan sangat baik.
Selebihnya aku berserah. Semoga pengalaman aku dan Khaleef ni ada pengajaran dan manfaat buat semua mak ayah di luar sana.
Hantaran terbaharu pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof di Instagram (IG) yang ketika ini sedang bercuti bersama anak-anak dan keluarganya menyorot perhatian netizen media sosial.
Apa yang menarik perhatian pastinya kemesraan dan masa bersama yang diluangkan Syamsul buat dua anaknya, Syaikul dan Sumayyah selepas melalui episode gelap sebelum ini.
Menerusi hantaran yang dibuat, Syamsul dilihat berkongsi beberapa momen dirinya yang sedang bercuti di Switzerland bersama keluarga tercinta.
Banyak momen indah Syamsul bersama Syaikul dan Sumayyah yang turut dikongsikan olehnya.
Tiga beranak itu dilihat cukup bahagia dapat bercuti dan meluangkan masa bersama sepanjang di luar negara.
Lebih manis lagi, Syamsul juga turut memuat naik foto dirinya yang memeluk erat kedua ibu bapa iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Selain Yusof dan Patimah serta dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, percutian keluarga ini turut disertai oleh bekas mentua Syamsul sendiri iaitu ibu bapa, Puteri Sarah serta adik beradik Syamsul sendiri.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya seronok melihat momen mesra antara Syamsul dan kedua ibu bapanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Emas dari dulu sehingga kini adalah simbol kemewahan, simbol taraf sosial, simbol kekayaan seseorang.
Juga wanita dan barang perhiasan emas tidak dapat dipisahkan. Sudah menjadi fitrah seorang wanita yang suka kepada perhiasan ini.
Lantaran itu apabila harga emas ditawarkan pada harga per gram murah, ramai yang membeli untuk tujuan pelaburan dan perhiasan diri.
Namun tahukah anda, ada segelintir kedai meletakkan harga murah pada emas namun harga upah sebaliknya.
Sebagaimana pesanan wanita ini harus dijadikan ingatan bersama.
Ikuri perkongsian ini.
Beli emas bukan tengok harga di kedai per gram murah. Terus masuk dan beli. Sbb tu ilmu kena ada. Kena ambil tahu. Tahu tak Upah tu korg bayar dengan duit??, Korg semua tak Sedar kebanyakkan kedai Untung dengan harga upah yang tinggi… Nak tahu macam mana kiraan berapa harga emas per gram yang anda beli jika membeli dikedai yang kononnya murah. Contoh rujuk pada gambar
dan contoh kiraan beli emas dekat kedai Harga emas per gram RM218/g Berat emas 3.15g So harga RM686.70 Ini Harga emas upah RM173.30 So Jumlah yg anda bayar RM860
Anda dapat emas berat 3.15g. RM860 anda bahagi dengan berat emas yg anda beli 3.15g jawapanya anda telah membeli emas dengan HARGA RM273/g per gram …
Jadi jangan terperdaya dengan iklan kononnya harga emas per gram murah…. ambil ilmu kiraan ini untuk pengetahuan anda Semua. Jadilah pembeli yang bijak.
Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi apabila perlu membesarkan anak seorang diri dengan hasil titik peluh sendiri.
Namun begitu, ia bukanlah satu penghalang untuk usahawan terkenal negara iaitu Datuk Seri Vida yang merupakan ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya.
Beliau sering memberi galakan dan mendorong anak-anaknya untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
Bukan itu sahaja, beliau juga sering memberi kata-kata semangat dan sentiasa berkata baik buat kedua anaknya itu.
Tidak hairanlah mengapa anak-anaknya selalu bersemangat dan berjaya dalam melakukan apa sahaja perkara. Kata-kata dari seorang ibu itu memang penting.
Terkini, anaknya Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen yang juga merupakan usahawan muda, baru sahaja memiliki kereta idaman menggunakan duit sendiri hasil dari jualan ‘salmon skin salted egg’.
Cik B memilih sebuah kereta mewah jenama G Wagon Brabus G63 bersempena bulan kelahirannya sebagai hadiah hari lahir yang ke-19 pada tahun ini.
Melalui hantarannya di Instagram, dia berterima kasih kepada ibunya DSV atas segala sokongan yang diberi.
“Alhamdulillah, terima kasih mama, semua ini tak akan mampu terjadi tanpa kehadiran mama.
“Syukur dikurniakan ibu yang hebat, kaya, bijak, pandai, comel dan cantik,” kapsyennya di Instagram.
SILANG KAKI SEBELUM MASUK KERETA
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah Cik B dilihat menyilang kaki sebelum memasuki kereta barunya itu.
Seorang pengguna TikTok tampil memberi penjelasan mengapa Cik B masuk kereta dengan menyilang kaki.
“Sebab dia mulakan dengan sunnah kanan dahulu. Sebenarnya ramai sahaja masuk kereta guna kaki kanan cuma tak dirakam,” jelas seorang netizen.
Rata-rata netizen memuji DSV yang tidak kering mulut dengan menyebut anaknya hebat dalam setiap tingkah-laku anaknya itu. Ia menjadi satu doa hingga dua anaknya berjaya.
Berikut adalah komen netizen.
“Mama dia selalu cakap anak-anak mama hebat memang jadi hebat dua anaknya. Untung dapat ibu yang selalu mendoakan.
“Sejuk perut DSV mengandungkan CikB dulu. Saya sampai sekarang masih tak mampu bahagiakan ibu bapa.
“Suka sangat cara Datuk Seri Vida cakap dengan anak dia, lembut dan sentiasa mendoakan, boleh praktik dekat anak sendiri,” komen salah seorang pengguna TikTok.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.