“Waktu PKP Spend Time Dengan Suami & Anak-Anak.” Tya Arifin Guna Facetime Berhubung Dengan Keluarga Di Indonesia

Share

Sejak dua tahun lalu, pasangan merpati sejoli  Asyraf  Khalid dan Tya  Ariffin begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersial.

 

“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama berniaga jamu berkenaan.

“Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini.

Duduk rumah bisnes berjalan macam biasa

Menurut Asyraf lagi, sepanjang PKP ni, dia dan keluarga memang duduk rumah je. Tetapi aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa.

“Setiap hari ada meeting dengan team menerusi Zoom. Setiap hari isnin, selasa & rabu ada coaching session bersama Stokist & Dropship. Tya pun setiap hari live di instagram jam 5.30 untuk interview customer yang pernah try Mutyara. So masih keep ourself busy with work. Alhamdulillah, untuk Mutyara, tak terkesan sangat, syukur.

“Sebab kita memang business online jadi kita boleh jalankan business macam biasa. Malah, jualan produk  kita pun makin meningkat mungkin sebab ramai orang duduk rumah & fokus online. Kita kuatkan lagi marketing kita online. Kita juga bagi peluang pada ramai orang buat business dari rumah dengan menjadi Dropship kita, so mereka boleh promosi Mutyara, and submit order, HQ yang uruskan semua. Mereka tak perlu keluar rumah.

“Dalam masa mcm, bila ekonomi tak bagus, ramai yang cari peluang nak berniaga, so bila kita buat Dropship tanpa modal ni, ramai sangat yang join & buat duit. Alhamdulillah, kita punya hubungan tak ada masalah,” jelas Asyraf lagi.

Perbaiki hubungan dengan Allah

Sementara itu, Tya mengakui PKP membolehkan mereka memperbaiki lagi hubungan dengan Allah.

“ Kita banyak kan solat berjemaah, kita ada masa untuk solat Tahajjud & Dhuha, Tya pun banyak spend time dengan memasak, jadi hubungan pun baik-baik je. Syukur.  Masa PKP ni, saya betul-betul spend time dengan Suami & anak-anak. Dapat mengajar arif dengan lebih banyak, Dapat makan bersama hari-hari.

“Kalau sebelum PKP, selalu tak ada masa, tapi sekarang, syukur ada banyak masa untuk family. Tya setiap hari facetime dengan family di Indonesia. Sedih juga sebab Indonesia makin teruk kes nya, dan tak tahu bila Tya boleh balik sana, tapi Tya gunakan je masa untuk banyak kan bercakap dengan mereka.

Isteri saksi jatuh bangun

Tambah Asyraf, isteri tercinta yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.

“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.

“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.

“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak,diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.

“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya  bina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.

Dalam pada itu, awal-awal pembabitannya dalam dunia perniagaan, pelbagai pandangan sinis yang diterima Asyraf Khalid apabila dia mula meneroka dunia niaga. Ada yang mengatakan  dia ‘menumpang’ kekayaan ayahnya. Bohonglah andai kata empunya diri yang merupakan anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)  tidak terasa. Jujur mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.

Malah, tanggapan tersebut membuatkan anak ketiga dari lima beradik ini agak ‘sentap’ apabila dikatakan perniagaan jamu Mutyara Beauty  yang diudahakan sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin) dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.

Malah, papa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.

“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.

“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.

“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.

Kata Asyraf, dia bersyukur diberi ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia perniagaan.

Tak guna pengaruh ayah

Jelasnya lagi, dia  mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.

“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul- betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.

“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih  kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.

“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.

“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya.

Gambar sumber: tyaarifinnw