Bila kita diuji dengan kesakitan. Allah bukan sekadar uji diri kita. Tapi Allah uji semua orang yang berada disekeliling kita. Boleh ke suami tahan dengan karenah kita. Boleh ke anak-anak paham keadaan kita. Boleh ke adik beradik bantu kita. Boleh ke orang tua kita memahami kita.
Masih ada ke Kawan-kawan yang nak ambil berat pasal kita. Dan paling penting, dapat ke orang sekeliling kita ambil iktibar dan pengajaran dari sakit kita.
Demikian luahan wanita yang disahkan menghidap kanser tahap 2. Segala-galanya bermula selepas dia merasai ada benda yang tidak kena pada dirinya. Biji di leher yang disangka biji angin, rupanya membawa perkhabaran duka. Selepas diperiksa, doktor memberitahu dia mempunyai tiroid dan suspek kepada kanser.
Ujian tidak terhenti disitu apabila selepas pembedahan dia mengalami komplikasi dimana sarafnya bengkok dan melekat di tiroid. Lebih memilukan satu daripada 4 kalenjar melekat itu positif kanser tahap 2. Ikuti cerita empunya diri Shazrin Qureen menerusi laman facebooknya.
Sumber : Shazrin Qureen & Ohbulan