Jom cuba satu pencuci yang boleh sejukkan tekak anda iaitu Aiskrim Asam Boi Limau Kasturi ini. Tak susah pun nak buat, mudah je.
Sesuai sangat dengan musim sekarang ini yang tidak menentu kan. Lagi-lagi ketika cuaca bertambah panas. Bila dah panas, tekak ni sudah pasti mencari sesuatu yang sejuk sahaja.
RESIPI AISKRIM ASAM BOI LIMAU KASTURI
Bahan-bahan:
2 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jumlahnya)
Air 2 liter
2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air dari sukatan 2 liter)
3-4 sudu makan kordial asam masin Double Lion
24-30 biji asam boi
4-5 biji limau kasturi
Sedikit garam
Plastik aiskrim secukupnya
Cara-caranya:
1. Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
2. Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.
4. Tapiskan air dan ketepikan asam boi.
5. Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.
6. Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.
Kredit: Ummu Ashraf
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini