Tibanya esok, bermakna bermulanya sesi persekolahan anak-anak bagi kebanyakan negeri. Manakala di Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah pula hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan.
Ini bermakna juga akan bermulalah episod drama ‘tarzan’ di waktu pagi hari antara ibu dan anak.
Sebenarnya untuk mengejutkan anak memerlukan teknik dan skil yang betul. Selain perlu ada rasa sabar dalam diri si ibu, perlu juga patuh tip ini. Jom semak!
PERSEDIAN SEBELUM TIDUR
1) Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.
2) Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.
3)Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.
TIDUR DENGAN BAHAGIA
1) Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Beri dorongan dengan menjelaskan bahawa guru-guru dan kawan-kawan pasti tertunggu-tunggu kehadiran mereka di sekolah esoknya. Dan guru-guru suka siapa yang datang awal pagi ke kelas.
Ads
2) Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur beserta surah Al-Muawwizat (3 Qul).
3) Elakkan konflik sebelum tidur. Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibuayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.
4) Ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), selitkan juga doa ibuayah dan programkan minda si manja untuk mereka mudah bangun awal untuk ke sekolah.
5) Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Jika memasang rakaman bacaan Al Quran semasa anak-anak tidur, minimakan kelantangan bunyinya.
KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG
1) Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.
Ads
2) Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
3) Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
4) Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
5) Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik.Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. Anak ummi ni senang bangun. Ummi kejut, terus bangun.”
6) Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur. Usap kepalanyasambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
Ads
7) Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.
Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendamdengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.
Oleh itu, elakkanlah perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak bangun dari tidur seperti :
> DILARANG meninggikan suara.
> DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
> DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
> DILARANG menyimbah air.
> DILARANG membebel berterusan tanpa henti.
Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan ibubapa untuk mengejutkan si manja di awal pagi dengan lebih tenang.
Sekiranya si manja terus-terusan meragam dan liat untuk bangun di awal pagi, laluilah ia dengan sabar dan positif. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza mengikut perkembangan masing-masing.
Semoga warna-warni di pagi hari ini menjadi episod eksklusif untuk dikenang baik untuk si manja mahupun buat mama dan papa. Hiburkanlah hari anda dengan sketsa pagi si comel.
Kredit: ExcelQhalif via Solusi Minda
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ada sesetengah orang suka membasuh pakaian atau kain-kain yang besar seperti langsir atau comforter di rumah, sama ada guna mesin basuh atau gosok sendiri guna tangan.
Namun, ada juga yang ambil jalan mudah lebih rela basuh di dobi layan diri dek kerana kekangan masa untuk basuh sendiri atau tempat terhad untuk sidai. Ye la bila di dobi layan diri kan kita boleh terus keringkan di mesin.
Kalau nak tahu, bila cuci kain yang besar dan berat sebegini ada ‘pantang larangnya’. Rupanya anda perlu membaca dahulu panduan mencuci yang ada di pakaian yang hendak dicuci juga, panduan di pusat dobi tersebut.
Bagi anda yang ingin mencuci comforter macam apa yang dibuat di dobi, jangan tahu sumbat sahaja ya kerana ini beberapa perkara yang anda perlu buat kalau tak mahu comforter rosak!
TIPS CUCI COMFORTER CARA DOBI LAYAN DIRI
Tips mencuci bed comforter/toto/narita cara dobi layan diri:
1. Periksa label pada comforter untuk memastikan ianya sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang dibenarkan.
2. Pastikan tiada bahagian yang terkoyak atau tetas jahitan – ini untuk mengelak bahagian yang terkoyak menjadi lebih besar.
3. Pre-wash – cuci kotoran yang kelihatan (stain) menggunakan cecair pencuci.
4. Masukkan comforter ke dalam mesin basuh.
5. Untuk cucian yang lebih berkesan, guna mesin basuh yang besar dan satu mesin basuh untuk satu comforter.
6. Pilih suhu basuhan mengikut kesuaian fabrik. Untuk pelanggan yang ada masalah alahan, dicadang menggunakan cucian air hangat/panas untuk membunuh hama (dust mite).
7. Masukkan sabun dan pelembut fabrik di inlet masing-masing. Gunakan sabun yang lembut (mild).
8. Selepas selesai cucian, keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi (high temperature) atau mengikut kesesuaian fabrik. Suhu pengeringan yang tinggi juga boleh membunuh hama.
9. Untuk pengeringan yang lebih efisien, guna mesin pengering yang besar dan satu mesin pengering untuk satu comforter.
10. Periksa kekeringan comforter sebelum pusingan tamat. Tambah tempoh masa pengeringan mengikut keperluan.
11. Masa pengeringan yang dicadangkan adalah 27 – 30 minit. Pastikan fabrik kering sepenuhnya untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.
12. Cara lain adalah dengan menjemur comforter di bawah cahaya matahari yang terik selama beberapa jam untuk mengeringkannya.
Anak kecil yang belum akil baligh, tentu belum mengerti tentang kepentingan dan suruhan agama dalam menjaga auratnya. Pun begitu kita sebagai ibu dan ayah, perlu beri perhatian dalam bab ini sedari mereka masih kecil lagi agar bila dewasa akan menjadi anak yang baik dan tahu menjaga maruah diri.
Atas alasan ini juga, seorang ayah bernama Taufik Razif begitu acap kali memberi peringatan kepada anak perempuannya bernama Maryam agar jangan mandi bersama sepupu lekakinya setiap kali pulang ke kampung.
Kenapa dan mengapa pesanan ini diberikan pada anak kecilnya itu, jom ketahuinya.
Maryam jangan mandi dengan sepupu lelaki tau!
Ni lah pesanan saya tiap kali anak saya, si Maryam Soolihah ni nak balik kampung atuk dan neneknya.
Bukan sebab saya tak percayakan anak buah dan sepupu sepapat sendiri tetapi sebagai langkah pencegahan ( precautions ) dan untuk tanamkan RASA MALU dalam diri anak perempuan saya tu.
Anak perempuan ni tak macam anak laki sikit. Jiwanya lembut. Dipuji, dirayu sikit je dia boleh tewas. Jadi kita sebagai mak ayah ni la kena ajar anak kita bina PENDINDING DIRI!
Selain doa, pendinding diri paling ampuh pada anak perempuan adalah :
+ Rasa malu
Anak yang tebal rasa malunya akan menjauhkan diri bila ada yang ajak buat benda benda pelik dan tak senonoh. Fitrah malu tu sendiri dah ada dalam diri anak kita cuma kita la kena berjaga jaga jangan sampai rasa malu & harga diri tu hilang daripada anak anak kita
Biar pun Maryam masih kecil dan auratnya pun tak wajib ditutup tapi kalau dia tergedik gedik keluar bilik air tanpa pakai tuala dekat kampung memang saya jerit lah ” Maryam! Malulah kalau sepupu laki nampak!!! ”
+ Tolak Permintaan dan “say NO”
Anak perempuan biasanya paling mudah makan pujuk rayu orang. Jadi saya kena ajar kalau ada orang lain nak pegang tempat sulit anak perempuan saya ataupun buat benda benda yang dia tak suka cakap je” NO! TAK BOLEH! ”
Saya ajar je anak saya beradab dan hormat orang tapi kalau melibatkan maruah, nak tendang ke nak gigit ke dipersilakan! Ajar juga anak kecil kita menjerit ye. Jangan main main, jeritan anak kecil boleh menyelamatkan nyawa dan maruahnya tau!
+ Jangan Berhenti Mengadu
Ni la kenapa, walau apa pun terjadi saya akan jaga TRUST si Maryam tu pada saya. Dengan TRUST la anak akan jadi tak kekok nak mengadu kat saya.
Bila si Maryam Soolih ni mengadu, saya kena fokus mendengar dan bagi respon yang cepat dengan aduannya walau sesibuk apa pun saya. Saya kena jadi BEST LISTENER pada anak saya walau sesibuk apa pun saya!
Kenapa? Sebab saya tak nak anak saya berhenti mengadu kat saya. Memang la agak annoying bila semua benda dia nak mengadu kat kita tapi tanpa sedar tu la sebenarnya tanda anak kita masih PERCAYAKAN kita!
InsyaAllah bila semua pendinding diri ni ada pada anak kita, anak kita akan selamat. Ajar la pasangan kita tentang benda ni juga ye untuk keselamatan anak anak kita semua.
Rezeki itu datang pelbagai cara. Ia termasuk diberi harta benda yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, anak yang ramai dan berjumpa orang yang baik-baik.
Begitu juga dengan hubungan mertua dan menantu yang baik merupakan sebuah rezeki daripada Allah. Mertua yang baik merupakan rezeki yang tak ternilai harganya. Begitu juga dengan menantu yang baik.
Muat naik di Instagram ibu kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim memuji menantunya meraih perhatian warganet.
Datin Sri Nur Shahida merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman telah mendapat pujian daripada mertuanya. Sikap sederhana sebagai isteri yang sentiasa penguat semangat, membuatkan Bonda Rozita kagum dengan sikapnya.
Malah pengasas produk kecantikan ini meluahkan rasa syukur dikurniakan menantu yang baik-baik dalam keluarganya. Dalam pada itu, para netizen juga turut sama memuji Bonda Rozita yang dikatakan sebagai seorang mertua yang baik dan pandai melayan menantunya.
“Saya tak salah pilih menantu , kerana sy tau dia terbaik, bukan kerana rupa teratas tetapi adab dn akhlak yg sy utamakan..!! @shahidadherbs . Gelak ketawa dia juga kebahagiaan sy , anak cucu sy itu lah perjuangan dia membina keluarganya bersama anak sy . Walau siapa pun menantu sy bukan harta atau status keluarga hartawan yg sy cari “ kekuatan jiwa – setia – berani menempuh ujian dgn hukum hakam dipegang – sayangkan keluarga menjadi keutamaan “ . Melayari perkahwinan isteri ushawan tak mudah – sgt xmudah- Sbb sy pun bukanlah sempurna dlm melayari perkahwinan sebagai ushawan – Allah mengajar dn menegur dlm setiap musibah – selalu cari Allah utk menjawab semua persoalan hidup.”
Warganet memuji sikap Bonda Rozita yang baik kepada menantu. Malah ada yang menjadikan dirinya sebagai idola apabila apabila bergelar mertua nanti. Selain itu ada yang berharap mempunyai bakal mertua yang baik.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.