“Waktu Lahirkan Yusuf Mampu, Sekarang Sukar Urus Dua Serentak.” Hanis Zalikha Syukur Jumpa Pengasuh Baik & Sesuai Jaga Anak-Anaknya

Share

Jika anak sulung dijaga sepenuhnya oleh pasangan suami isteri ini, namun kelahiran anak kedua mereka memilih untuk mendapatkan bantuan pembantu.

Menurut ibu muda cantik manis ini, Hanis Zalikha berbuat demikian kerana sibuk dengan urusan bisnes.
“Saya harus mengupah seorang pembantu untuk menjaga Alisa kerana sibuk untuk menguruskan kerjaya dan perniagaan.
“Waktu melahirkan Yusuf saya mampu berbuat demikian, tetapi ini agak sukar menguruskan dua orang anak secara serentak. Jadi saya harus mempunyai pembantu buat sementara waktu,” katanya kepada Gempak.
Tambah Hanis, dia bersyukur apabila telah bertemu pengasuh yang bersesuaian dan berpengalaman untuk menjaga anak-anaknya.

“Akhirnya saya bertemu dengan pengasuh yang boleh menjaga anak-anak ketika dalam tempoh bekerja.

“Orangnya baik, berpelajaran dan mempunyai pengalaman bekerja di pusat jagaan kanak-kanak sebelum ini,” ujarnya lagi.

Hanis dan suaminya, Hairul Azreen telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Sumber: Astro Gempak