Waktu Kecil Dahulu Mereka Melayan Kita. Kini Giliran Kita Membalasnya. Ingat, Gembirakan Emak Ayah Adalah Menggembirakan Tuhan

Share

Ibu bapa adalah insan yang palking penting dalam n hidup kita. Melahirkan, mendidik dan mencari rezeki untuk membesarkan kita semua adalah satu tugas yang berat namun dipikul dengan baik.

Bila mana anak-anak sudah besar, sudah tiba masanya untuk kita pula membalas jasa dan pengorbanan orang tua kita.

Gambar sekadar hiasan

Nak murah rezeki, bukan susah pun. Gembirakan ibu bapa kita maka Tuhan akan menambah dalam apa jua yang kita lakukan.

Jom baca perkongsian dari Khairul Hakimin Muhammad tentang hal ini. Moga bermanfaat untuk semua!


1. Banyak-banyak melawak dengan emak ayah, lagi banyak mereka senyum dan gembira, gembira juga berkat dan syafaat untuk kita.

2. Menggembirakan emak ayah seperti menyentuh, memeluk, bersalam apabila berjumpa dan nak ke mana-mana adalah sebuah istimewa buat mereka. Tanda anak-anak sentiasa kenang dan ingat.

3. Kerap telefon bertanya khabar, sekadar bersembang kosong dan bercakap. Ibu dan ayah biasanya memang rindu suara anak-anak walau mereka sudah dewasa.

4. Tak perlu cerita masalah kita kepada mereka, hanya khabarkan perkara gembira dan bahagia, sedetik mereka gelisah boleh jadi ia akan membawa susah.

5. Banyak-banyak berdoa supaya mereka berdua diampuni Allah segala dosa, disantuni Allah dari segala serba serbi kehidupan dan menjaga mereka dengan sebaik-baik jagaan seperti kita masih kecil dulu.

6. Banyak-banyak pandang wajah mereka, semasa bercakap semasa mereka bercakap, itu semua pahala.

7. Semasa bersama mereka, kurang bermain telefon. Huhu itu akan menjejaskan emosi mereka kerana setiap anak-anak yang ada di hadapan mata adalah untuk mereka berbual, bertanya itu ini dan mereka mahu anak-anak juga melayan perbualan mereka.

8. Jika ada kerosakan di rumah mereka, baiki segera.

9. Pasang air tapis, mudahkan urusan mereka seharian. Memberi orang tua minuman memang pahala besar.

10. Tak perlu tunggu emak ayah pesan untuk balik kemas rumah atau jika sudah ada di kampung, lekas bangun pagi siapkan sarapan, kemas dapur dan buatlah untuk mereka rehat semasa kita pulang. Waktu kita kecil dahulu itulah kerja emak melayan kita, kini kita pula membalasnya.

Kadang-kadang, kita tak sedar, kita selalu menyusahkan orang tua, oleh sebab itu rezeki kita kacau bilau.

Banyak-banyak mempermudahkan, Allah akan buka pintu gerbang sebesar-besarnya untuk rezeki masuk ke rumah kita.

Ingat kawan-kawan, menggembirakan emak ayah adalah menggembirakan Tuhan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Menyayangi.