Ada ibu yang mengalami detik yang menyenangkan namun tidak kurang juga berdepan detik yang sukar sepanjang tempoh sembilan bulan.
Muntah, loya, kurang selera makan dan sebagainya membuatkan ibu semakin tidak kuat untuk menjalani kehidupan yang ceria. Namun apabila memikirkan soal bayi yang berada di dalam kandungan, kebanyakkan ibu hamil terpaksa mencari kekuatan diri untuk pulih dengan segera.
Keletihan melampau di awal kehamilan, begitu juga di hujung kehamilan menjadikan ibu mudah lelah untuk meneruskan rutin hidup. Pemakanan yang baik dan sihat adalah kunci kepada tubuh yang kuat sepanjang kehamilan.
Namun bukan bermakna ibu hamil perlu makan dengan jumlah yang banyak. Istilah makan untuk bayi di dalam kandungan atau ambil sejumlah makanan untuk dua orang, ibu dan bayi bukanlah satu cara yang tepat untuk menambah tenaga dan menguatkan ibu ketika hamil.
Memilih makanan dengan bijak adalah caranya. Apa ibu hamil perlu lakukan?
Mabuk di awal trimester
Mabuk di awal trimester sememangnya satu hal yang cukup sukar bagi ibu hamil. Loya dan muntah sepanjang hari malah perasaan takut untuk mengambil makanan kerana bimbangkan muntah menjadi satu masalah terbesar buat ibu hamil. Ketika inilah tubuh ibu menjadi bertambah lemah kerana kurangnya makanan serta kehilangan banyak air dalam badan.
Usah makan dalam jumlah yang banyak sebaliknya hanya ambil makanan berkhasiat pada kadar yang mencukupi serta lebihkan buah-buahan yang sihat untuk menambahkan tenaga dan gula dalam badan.
Ads
Kurma sebagai kudapan
Jangan tolak makanan berat sebaliknya kurangkan kuantiti yang diambil setiap hari. Makan cukup hanya memberi kekenyangan pada perut dan memberi nutrisi pada tubuh ibu dan bayi. Ketika waktu di antara menunggu waktu tengahari dan malam, jadikan kurma sebagai kudapan utama.
Kurma adalah salah satu makanan yang sangat baik untuk wanita mengandung. Malah kurma juga disifatkan sebagai “super food” yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Kurma mengandungi jumlah serat dan antioksidan yang tinggi. Ia juga merupakan sumber tenaga dan zat besi yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia merangsang perkembangan sel-sel darah merah bayi.
Susu dengan kurma
Nak lebih sedap lagi ambil kurma dengan susu, lebih cepat kenyang dan makin berkhasiat buat ibu hamil. Boleh juga dikisar bersama dan minum. Memang sedapnya lain macam.
Ads
Kurma dan susu hebat yang digabungkan bersama pastinya buat ibu hamil bertambah kuat malah dibekalkan kalsium yang tinggi untuk perkembangan sel bayi.
Kalau suka, jangan lupa amalkan susu sihat ini dalam diet harian anda. Biar kenyang, khasiatnya pun berganda.
Rehatkan tubuh dengan sebaiknya
Selain makanan dan bekalan susu sempurna buat perkembangan bayi, tubuh ibu hamil yang keletihan juga perlu direhatkan sebaiknya. Elakkan melakukan aktiviti yang terlalu lasak atau diluar kemampuan tubuh anda. Dapatkan jumlah tidur yang mencukupi terutama dihujung kehamilan. Walaupun ketika ini tidur semakin diganggu namun usahakan untuk tidur pada tempoh yang lama dan selesa.
Ads
Elakkan tekanan dan bebanan kerja yang terlampau sehingga mengganggu perjalanan emosi dan perkembangan hormon yang tidak stabil. Ketika rasa gelisah, letih dan tidak berdaya, tariklah nafas dalam-dalam supaya jiwa menjadi lebih tenang.
Pilih makanan tepat
Makanan yang tepat bukan bermakna pada kuantiti yang banyak sebaliknya pilih makanan yang mampu menaikkan selera ibu namun berkhasiat. Mudahkan selera anda dengan pemakanan yang lebih santai seperti nasi atau roti dan sup sahaja berbanding aneka makanan berlemak dan bertumis yang tidak sihat. Pilih buah, sayur dan aneka birijin untuk menguatkan ibu.
Pelbagai inisiatif kerajaan dalam memudahkan proses pengambilan vaksin untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak maut Covid-19.
Malah, ia takkan berjaya andai tiada sokongan daripada rakyat. Rata-rata kini rakyat Malaysia sedang menanti giliran untuk menerima suntikan vaksin yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.
Bukan hanya orang biasa, selebriti juga tidak ketinggalan mengambil vaksin. Bagi yang sudah mengambil, mereka sempat berkongsi pengalaman mereka. Ada yang mengalami simptom berat, tak kurang yang biasa-biasa sahaja.
Terbaru, Awal Ashaari berkongsi cerita bapanya yang telah menerima suntikan vaksin Pfizer bagi dos pertama. Dan kini selesai untuk dos kedua.
Untunglaaa ada orang tu dah complete vaksin dia.. nak pi mana tu? pi Mekah ke pi Europe? hahah
Thanks @kkm and @officialmosti ! Alhamdulillah.
So far Abah kata dia rasa “Kuat” lepas 1st vaksin Pfizer haritu.. 😂 no side effect, no complications..
Dalam masa yang sama, Awal gembira dalam usia ayahnya kini 82 tahun, suntikan vaksin yang diterima itu merupakan hadiah hari lahir istimewa daripada pihak kerajaan buat ayahnya.
Alhamdulillah.. He is turning 82 next month! ni kira hadiah harijadi yang paling best untuk Abah dari Kerajaan Malaysia.
So buat yang ragu2 nak kasi parents diorang ambik Vaksin tu, Awal cadangkan cuba consult Doctor atau yang pakar, jangan baca whatsapp group atau tengok video video yang orang dok forward kat group tu semua. ntah betul ke tak pun kita tak tau.
Awakl juga memohon doa orang ramai supaya dipermudahkan urusan ayahnya selepas menerima dos kedua.
Saya ada kawan yang hilang mak bapak sebab Covid, sebab belum vaksin. So, either way pun ada risikonya..
Doakan Hj Ashaari ok je lepas 2nd dose dia hari ni.. Inshallah.
Kolesterol menyerang kita secara senyap. Bahaya tanpa sedar yang akhirnya bila sudah berada di tahap tertinggi akan mengakibatkan risiko beberapa penyakit lain seperti jantung, strok dan sebagainya.
Ia berpunca daripada kadar kolestrol yang tinggi di dalam tubuh. Mencegah sememangnya lebih baik daripada merawati. Amalan pemakanan yang sihat dan terkawal adalah langkah bijak dan perlu dilakukan lebih awal.
Pun begitu amalan minum air rebusan yang sihat antara yang boleh diamalkan dalam menu harian. Campuran jus halia yang diberikan ini boleh juga diamalkan demi kesihatan jantung.
Jus ini dipercayai mampu menyingkirkan kolestrol dalam masa yang singkat. Tak salah untuk kita cuba.
Bahan-Bahan:
500gm bawang putih
500gm halia
1 cawan perahan lemon
1 cawan apple cider
1 cawan madu
Caranya:
1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis.
2. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pula dan tapis jusnya.
3. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan dan biarkan masak selama 30 minit.
4. Angkat dan sejukkan.
5. Campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Cara minum:
1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur.
Semoga bermanfaat, bersama-sama kita menjaga kesihatan jantung kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Adakalanya kita takut hendak ambil satu-satu makanan itu kerana bimbang memudaratkan tubuh badan kita. Tak kurang juga ada makanan yang dikaitkan dengan kecantikan kulit, tak kurang juga dengan masalah bau badan.
Soalnya benarkah makanan ini sangat mempengaruhi? Atau ia hanya sekadar mitos? Semuanya terpulang pada diri kita sendiri dan ikutlah kesesuaian badan.
Apa yang kita perlu tahu, setiap kandungan yang terdapat di dalam makanan mempunyai khasiat tersendiri. Mitos atau salah faham mengenai sesetengah makanan ini timbul mungkin kerana sikap masyarakat dulu-dulu yang terlalu berhati-hati. Jadi tepuk dada dan tanyalah selera.
1. Bawang punca badan berbau?
Jangan takut makan bawang kerana bawang bukan punca badan anda berbau. Bau badan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh seperti ketiak.
Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuatkan anda berpeluh tetapi bukan bau badan!
2. Biji jambu punca sakit usus?
Ada yang berpendapat memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus. Hakikatnya, penyakit usus adalah disebabkan oleh hadirnya bakteria patogen yang menjangkiti usus besar.
Biji pada jambu tidak mungkin tersumbat di dalam usus kerana biji jambu keluar ketika membuang air besar.
3. Timun punca keputihan?
Ramai wanita gerun memakan timun kerana khuatir berlaku keputihan. Keputihan terjadi kerna keadaan alat sulit yang lembab dan sikap malas menukar seluar dalam sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Malah, timun tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keputihan.
4. Lemon campur kicap punca sakit perut?
Jika sebelum ini anda pernah disuruh mengamalkan mengambil perahan limau nipis atau lemon dan ditambah dengan kicap untuk menyembuhkan batuk, jangan ragu-ragu melakukannya.
Hal ini kerana, limau atau lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam dari limau nipis atau lemon. Ia sama sekali tidak memudaratkan perut anda.
5. Buah salak punca sembelit?
Ramai yang menjauhi buah salak kerana khuatir najis akan menjadi keras. Tolak tepi kepercayaan ini kerana buah salak mempunyai kandungan serat yang tinggi sehingga memudahkan anda membuang air besar dengan lancar.
6. Bayam punca urat timbul?
Memilih bayam atau pucuk ubi sebagai menu boleh menyebabkan urat timbul dan sakit. Jangan risau kerana ia tidak benar kerana semua jenis sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh malah sayuran ini mengandungi banyak serat untuk melancarkan pencernaan. Sakit urat adalah berpunca daripada toksin yang banyak serta pengambilan garam berlebihan.
7. Buah nenas punca gugur?
Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Malah, nenas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein di dalam makanan agar lebih mudah terserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, janin berkembang dengan baik kerana cukup zat. Mengambil nenas membantu mengurangi masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya mulai 21 April...