Wanita cukup sinonim dengan aktiviti berdiet. Makan malam antara salah satu rutin yang cukup ditakuti oleh semua ibu-ibu. Kalau boleh malam memang tak nak makan langsung.
Boleh dikatakan ramai wanita terutama yang ingin menurunkan berat badan langsung tidak ambil makanan di waktu malam. Tapi betul ke cara diet macam tu?
Berdiet sebenarnya bukan menyekat semua jenis makanan daripada diambil tetapi bagaimana anda mengambilnya dan bagaimana mengimbangkannya dengan keperluan dan kegunaan tenaga.
Diet cara yang tepat adalah dengan mengambil semua jenis makanan namun dengan kuantiti yang sedikit dan nilai kalori yang rendah, sesuai dengan keperluan dan kegunaan tenaga yang digunakan.
Pun begitu jika mahu mengambil makan malam, anda perlu jadikan 10 perkara ini sebagai panduan.
1. Elakkan makan di malam hari. Jam 7 antara waktu paling tepat. Jangan melebihi waktu ini sehingga jam 8 malam. Biarkan sekurang-kurangnya empat jam sebelum anda mengambil keputusan untuk tidur.
Ads
2. Anda penggemar susu?. Amalkan minum setiap malam sebelum waktu tidur anda. Cukup hanya segelas susu panas yang menyegarkan rasa. Ia pengubat perut anda yang kosong sepanjang malam.
3. Air kosong pelengkap paling penting. Sebelum mengambil makan sekitar jam 7, pastikan anda minum segelas air kosong sebagai permulaan santapan. Cara ini juga sebenarnya membantu anda makan lebih kurang dari biasa.
4. Pastikan makanan yang diambil hanyalah berupa buah-buahan dan juga sup sayuran terpilih yang menyihatkan badan.
Ads
5. Pilihlah buah-buahan segar dan mengenyangkan seperti buah epal. Buah epal antara buah pembekal karbohidrat yang tinggi. Rasa manis semulajadinya membuatkan anda membina diet sihat.
6. Eakkan makan di luar?. Ia mendorong untuk makan lebih banyak. Maklumlah berhibur sambil bersantai, anda pasti tidak sedar kadar pengambilan makanan anda.
7. Jika anda masak sendiri, pastikan kandungan makanannya terjamin dan kaya khasiat. Elakkan lemak dan yang kolesterol tinggi. Kenali pilihan makanan anda untuk kesejahteraan anda juga!.
Ads
8. Jauhkan daripada televisyen. Samada anda sedar mahupun tidak, makan sambil menonton tv ini membuat anda hilang tumpuan pada makanan. Bila hilangnya tumpuan, anda juga tidak akan rasa kenyang, malah mendorong anda makan bertambah.
9. Pastikan makanan anda direbus mahupun dibakar. Misalnya ikan bakar atau panggang yang dimakan tanpa nasi. Rebuslah sayur yang dimakan bersama ‘thousand island’.Cara ini juga membuka selera anda yang dah lama mati.
10. Elakkan makan beramai-ramai sambil bersantai di rumah. Benar kata orang tua-tua, makan beramai lebih membuka selera. Yang pasti jika ini pilihan anda, tetapkanlah dalam hati agar anda makan tidak bertambah.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apa sebenarnya yang wanita atau lebih tepat lagi seorang isteri mahukan terhadap pasangannya.
Kadang-kadang sering terjadi juga sebagai suami tidak dapat memahami emosi dan sikap isteri hingga sering didengar suami mengeluh dan menganggap sebagai wanita ini hidupnya begitu complicated dan emotional.
Sebelum melebalkan begitu pada isteri sendiri, ada baiknya anda baca perkongsian daripada seorang suami ini. Moga bermanfaat.
Kalau kita tak nak faham isteri, siapa lagi yang nak faham dia…
Keluarganya? Kawannya? Atau anak-anak?
Dia hidup dengan kita, dia habiskan masa pun dengan kita…apa yang dia buat seharian tu untuk kita…apa yang dia uruskan dalam rumah tu jugak kerana kita…maka jika kita tak nak faham dia, siapa lagi yang boleh faham dia jika mereka tak tinggal sekali dengan dia, tak nampak apa yang dia buat dari pagi sampai ke petang, tak nampak apa yang dia lalui hari demi hari kalau bukan kita yang jadi suami dia, pasangan hidup dia…
Seharusnya kita lah yang lebih memahami isteri kita…sepatutnya kita lah yang kena ada rasa untuk nak faham isteri kita…
Ada suami dia fikir, susah nak faham isteri sebab perempuan tu complicated…ada juga yang beranggapan yang isteri ni terlalu mengikut perasaan…maka dia pilih untuk biarkan atas alasan demikian…
Complicated dan emotional…
Isteri kita tu perempuan…fitrah perempuan memang macam tu…perempuan dan emosi susah untuk dipisahkan sebab emosi itulah yang membuatkan dia survive hari demi hari…emosi tu yang membuatkan dia down, emosi itulah yang membuatkan dia bangkit…
Maka nak faham perempuan kena faham emosi dia, perasaan dia…
Kalau kita faham bahagian ni, maka kita akan tahu yang perempuan tak complicated…perempuan hanya ingin difahami oleh mereka yang dia sayangi…itu sahaja…
Sumber : Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki anak kecil dan menguruskannya sendiri tiada pembantu adakalnya menbuatkan si ibu tak menang tangan. Lebih-lebih lagi jika suami tiada di rumah. Kadang-kadang nak mandi atau ke bilik air pun susah.
Namun, bagi pelakon Eyra Hazali. kehadiran si kecil tidak membataskan dia untuk melakukan kerja-kerja rumah. Lebih- lebih lagi untuk menunaikan solat bila tiba waktunya.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Eyra memuat naik satu video pendek menunjukkan dia sedang solat sambil memegang anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish.
Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun,pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu,if Hayder cranky,dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai eyra terfikir,takkan takda cara ?
Menurut Eyra, sebelum ini dia buntu untuk mencari penyelesaian ketika anaknya itu menangis sewaktu dirinya sedang solat.
Namun kini Eyra sudah menjumpai penyelesaian tersebut dan mengambil keputusan untuk mengendong Hyder bersama-sama sewaktu sedang solat.
Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja. Alhamdulillah,eyra jumpa cara and sangat2 mudah. Dukung,if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga.
Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim iaitu Muhammad Haziq Nadzli pada tahun 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Hayder Qhalish.
Tidak sebagai makanan tambahan dan aksesori, kentang ada masanya boleh bertukar menjadi menu utama. Tak gitu? Begitu juga rangkaian snek ringan berasaskan kentang yang semakin popular.
Selalunya setiap kali beli kentang, kita jarang beli dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya takut kentang tidak tahan lama dan akan jadi busuk kalau lambat digunakan dalam masakan.
Sebenarnya ada banyak petua yang boleh diamalkan bagi memastikan kentang mampu bertahan lama dan tidak cepat busuk. Apa yang anda kena buat?
Suhu Bilik
Simpan pada suhu bilik dan jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan lembap seperti di dalam peti sejuk, tunas kentang akan lebih cepat tumbuh dan kentang bertunas sebenarnya sudah tak berapa elok lagi untuk di makan.
Buang Kentang Busuk
Asing dan buangkan kentang yang mula busuk. Biasanya kentang dibeli dalam guni atau plastik besar, pasti ada kentang yang tidak elok. Asingkan dan terus buang untuk mengelakkan kentang tersebut memindahkan bakteria kepada kentang lain yang masih baik keadaannya. Jadi kentang yang tinggal boleh ditingkatkan jangka hayatnya.
Jangan Simpan Dengan Bawang
Kadang-kadang kita simpan kentang sekali dalam bekas bawang bukan? Sebolehnya diasingkan kerana kedua-dua tumbuhan ini bila diletakkan bersama akan menghasilkan sejenis gas yang boleh saling merosakkan antara satu sama lain. Rugi. Jadi simpan kedua-duanya dalam bekas yang berlainan untuk tahan lebih lama.
Jangan Basuh
Kalau kentang yang dah basuh pula, nak elakkan jadi lebam dan tahan lama sebaiknya jangan basuh. Cukup hanya dibuang kulit dan terus sahaja disimpan dalam peti ais. Bila kentang dibasuh, kentang tersebut akan menjadi lembap dan berair, dan ini memudahkan pembiakan bakteria. Akibatnya kentang akan cepat busuk.
Kenapa Kena Pilih Kentang Segar
Kalau makanan apa pun terutama sayur dan buah-buahan, kenalah pilih yang segar. Makanan yang segar ternyata lebih banyak khasiat berbanding yang tak segar. Jadi buat apa makan benda tak segar kan?
Yang anda perlu tahu, di dalam kentang terkandung nilai khasiat yang cukup hebat. Nutrien yang terkandung dalam kentang pula adalah vitamin B6, kalium, kuprum, vitamin C, mangan, fosforus, fiber, vitamin B3 dan asid pantotenik.
Walaupun banyak khasiat tapi kentang tak kurang juga nilai kalorinya. Satu cawan kentang bersamaan nilai kalori 161 dan mempunyai nilai GI dalam kategori tinggi, iaitu sekitar 70-80. Jadi kenalah berpada-pada jika ambil kentang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anzalna tak percaya dengan maid, "Saya tak akan tinggalkan anak dengan pembantu rumah." Tular satu video yang dimuatnaik oleh pempengaruh media sosial, Dr Say. Video itu memaparkan anak lelaki ketiganya, Zeq telah dikasari oleh pembantu rumah yang sebelum ini pernah membawa masuk lelaki di kediamannya pada Julai lalu.