Wajib Cuba! Kek Minyak Sukatan Cawan Gebu Gebas!

Share

Bila teringin nak makan kek homemade yang sedap memang kena cari resipi yang mudah nak buat. Tambahan pula jika rumah tak ada set lengkap nak buat kek terutama alat penimbang kek.

Jadi sudah pasti, resipi kek yang mengunakan sukatan cawan jadi pilihan. Sebagaimana perkongsian oleh Atier Syah melalui laman Masak Apa Hari Ni,

puan ini berkongsi resipi kek yang menggunakan minyak. Gebu gebas kek ni. Jom cuba!

Resepi Kek Minyak gebu gebas

Bahan-bahan

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yg disukai

Cara-cara

๐Ÿ‘‰ Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.
๐Ÿ‘‰ Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu. Sy putar dlm 5 minit.
๐Ÿ‘‰ Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.
๐Ÿ‘‰ Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
๐Ÿ‘‰ Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
๐Ÿ‘‰ Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
๐Ÿ‘‰ Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.
Sediakan loyang 8 inc.(Sy guna loyang 9 inc)
๐Ÿ‘‰ Lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
๐Ÿ‘‰ Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis
๐Ÿ‘‰ Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
๐Ÿ‘‰ Bakar selama 45 minit ~ 60 minit. Sy bakar sejam. Siap.
SELAMAT MENCUBA