Wajib Buat Jamu Asam Kunyit Ni, Boleh Buang Angin Sekaligus Turunkan Berat Badan!

Share

Kalau sebut jamu rata-rata daripada kita pasti menolaknya. Mungkin memikirkan rasa dan baunya yang kurang enak dan pahit.

Tak mahu makan jamu yang ada dipasaran? Apa kata anda buat sendiri. Bukan hanya lebih bersih, malah kita boleh olah sendiri mengikut rasa yang kita inginkan.

Salah satu jamu yang anda boleh lakukan sendiri di rumah adalah Jamu Asam Kunyit yang dihasilkan oleh saudara Noor Mila ini difacebooknya. Nampak menarik!

Minum jamu kunyit asam ini, selain membuang angin dalam badan, juga berkesan menurunkan berat badan. Malah ia juga dapat melancarkan proses metabolisme tubuh, melancarkan peredaran darah dan membakar lemak. Jom cuba.


Jamu Asam Kunyit

Bahan-bahan:
Kunyit hidup
Halia
Manjakani
Gula melaka
Asam jawa
Air secukupnya

Caranya:

1. Masukkan halia, kunyit dan manjakani ke dalam periuk.

2. Rebus halia, kunyit dan manjakani sehingga masak dengan 2 cawan air.

3. Setelah selesai merebus, kisar kesemua bahan yang direbus bersama-sama dengan air rebusan.

4. Saringkan dan ketepikan hampasnya.

5. Jus yang telah disaringkan tadi dimasukkan semula ke dalam periuk, di rebus di atas api perlahan bersama-sama dengan gula melaka dan air asam jawa.

6. Setelah masak, bolehlah di minum perlahan-lahan.

Sumber: Noor Mila