Mendapatkan kulit wajah yang berseri dan terlihat muda sebenarnya boleh dimiliki bila seseorang itu rajin amalkan penjagaan wajah.
Dan di sini dikongsikan cara untuk anda hasilkan masker dengan menggunakan bahan natural.
Menurut Iryani, dengan menggunakan hanya 3 bahan sahaja, impaknya cukup berkesan. Wajah terlihat berseri dan awet muda!
PETUA KULIT AWET MUDA DAN CÊRAH BERSERI DENGAN 3 BAHAN
Makin meningkat umur, makin berkedut muka kan. Yani nak kongsi petua awet muda dan cerah berseri hanya gunakan 3 bahan sahaja.
Bahan
– 2 sudu makan mayonis
– 1 sudu makan oatmeal
– 1 sudu perahan air lemon.
Cara-cara
1. Perah air lemon dan campur bersama oatmeal dan mayonis
2. Gaul sebati
3. Bersihkan muka dengan air dan oles kan masker pada muka biar sekata.
4. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.
Dah siap. Boleh lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Mayonis kaya dengan telur membantu menganjalkan dan flawless pada kulit. Oatmeal bantu serap minyak dan menanggalkan sel mati. Lemon bantu cerahkan kulit wajah.
Senangkan nak awet mudah cerah berseri. Follow je step ni. Jom kongsi supaya wanita semua cantik berseri dengan beauty natural.
Sumber : Iryani Zaki
Beli juga masker atau pencuci wajah untuk kegunaan harian secara online di sini untuk lebih mudah.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ramai Isteri Keliru Dulukan Mentua Atau Ibu Bapa Kandung, Dr. Ustaz Rozaimi Buat Pencerahan!
Tempat isteri sememangnya pada suaminya. Walau dalam apa cara dan keadaan sekalipun, selagi suami tidak melanggar syarat, seorang isteri wajib menjadikan suaminya di angka nombor satu. Kemudiannya barulah mendahulukan kedua ibu ayahnya.
Itu kisahnya dengan suami yang menjadi nombor teratas dalam hidup indah seorang isteri. Bagaimana pula kisahnya dengan mentua dan ibu kandungnya?
Ada pendapat mengatakan bahawa tempat kedua bagi seorang isteri adalah ibu bapa mentuanya, iaitu ibu bapa kepada suaminya berbanding ibu ayah kandungnya sendiri. Harus mengutamakan ibu bapa mentua berbanding ibu bapa kandung. Soalnya benarkah begitu?
Ramai isteri yang buat silap. Tak perlu terus berteka-teka dan tidak pasti, ada baiknya semua isteri-isteri dengarkan penjelasan penuh berkhemah daripada yang selayaknya, Dr. Ustaz Rozaimi Ramle yang menyatakan hal ini dengan sejelas-jelasnya.
UNTUK ISTERI: MERTUA LEBIH UTAMA DARIPADA IBU BAPA KANDUNG?
Kalau isteri suami no 1, ibu bapa mertua lebih utama dari ibu bapa sendiri kan? Kalau suami pulak ibu lebih utama dari isteri kan? Tapi nafkah tu memang isteri la yang mesti diutamakan.. kan? Tapi kebajikan ibu bapa tak boleh diabaikan.
Jawapan:
Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.
Bayangkan jika sepasang ibu bapa hanya ada seorang anak perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka sudah berkahwin. Bayangkan jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua berbanding ibu bapa kandung sendiri.
Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini.
Suami ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya. Isteri juga ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri.
Ya, kita perlu berlaku ehsan kepada mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama daripada ibu bapa sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya.
Wallahua’lam.
KEWAJIPAN SEORANG ISTERI: BERKHIDMAT KEPADA MENTUA?
Di sini kami kongsikan satu ringkasan fatwa, sama seperti yang ustaz jawab di atas.
Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah itu sendiri.
Benarkah hal ini?
Jawapan:
Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:
- Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.
2. Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.
3. Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.
4. Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.
5. Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.
*Di atas merupakan kesimpulan daripada fatwa Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Shaikh ‘Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu’ud, dan Shaikh ‘Abdullah bin Ghudayan, Shaikh ‘Abdul Razzaq ‘Afifi
Wallahua’lam.
Kredit: Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith
Lepaskan Beban Berhutang, Amal Doa Ni Sentiasa!
Memanggung bebanan hutang dalam hidup ini ada masanya akan membuatkan hidup terasa sempit dan tertekan. Bahkan ada antaranya merasakan bebanan tersebut mengganggu emosi hingga tidak tahu berbuat apa.
Jadi di sini, Ustazah Asma’ Harun ada berkongsi antara amalan yang boleh dilakukan selain berusaha untuk melangsaikan hutang dengan segera agar hidup lebih tenang, ada bagusnya turut amalkan doa ini.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
DOA DILEPASKAN BEBAN HUTANG, SEDIH DUKACITA, LEMAH, MALAS, KEDEKUT, PENAKUT, DIZALIMI MANUSIA
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuk ke masjid, dan seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Baginda bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”.
Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu?.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
Inti doa di atas, bila kita selamat daripada penyakit² hati yang disebutkan, maka InsyaAllah kebahagiaan & kejayaan akan diperolehi.
Tanda Doa Termakbul
Antara tanda doa kita dimaqbulkan Allah pula, kita mula kuat berusaha, menempuhnya dengan rajin, kuat semangat, berani, positif, pemurah.. dan akhirnya kita tidak lagi sedih berlebihan dan bebas hutang.
Mulakan dengan langkah pertama Langkah demi langkah
InsyaAllah kita kan berjaya
Yang penting jangan mengalah
Allahu Akbar
Sumber : Asma’ binti Harun
“Mana Pun Kita Pergi & Apa Orang Kata, Pelukan Bidadari & Anak Mengubati Segalanya. Luahan Ebit Lew Menyentuh Hati!
Melihat beliau ke sana ke mari menghulurkan bantuan, ramai hati yang tersentuh, banyak jiwa yang bersyukur. Biarpun terselit cercaan dan kata-kata yang tidak sedap di dengar, namun empunya diri tetap tabah meneruskan usaha membantu orang lain.
Walaupun terpaksa berpisah berhari-hari dan meninggalkan anak serta isteri, Pendakwah bebas bernama Ebit Lew ini cekal dan tabah mengharungi segala ujian. Cukup tersentuh hati melihat betapa rindunya anak-anak yang menyambutnya pulang ke rumah.
Setelah banyak hari perjalanan yang buat hati sayu dan saya belajar tentang kehidupan. Rindunya bidadari saya. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.
Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah.
Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku.
Bidadari saya walau penat peluk saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua.
Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia – ebitlew