“Aku pasti dik kau akan terkenal dekat KL suatu hari nanti..”
Ingat tak dialog di atas ni drama apa? Bagi yang pernah melalui zaman 2000 an, mesti familiar dengan drama Sutun kan? Bagi yang mungkin lupa, drama Sutun mengisahkan seorang murid sekolah yang berperwatakan lembut malah suka akan berwarna pink sehingga berjaya menarik perhatian orang kampung. Drama ini pernah menjadi fenomena sehingga wujudnya sekuel drama ini bertajuk Sutun 2.
Bila sebut tentang drama ini, yang paling diingati semestinya watak utamanya yang dipegang oleh Ku Yusri yang sering kali menjadi sebutan sehingga kini. Malah, mesti tertanya-tanya keadaan terkininya selepas ‘menghilang’ dalam dunia seni.
Terbaharu, tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna memaparkan perkembangan terkini Ku Yusri yang rupanya sudah bergelar sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah.
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan wajah kini Ku Yusri di laman tiktok yang dikongsikan oleh seseorang dipercayai rakan sekerjanya menggunakan akaun @ciklebah7. Ku Yusri yang kini merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah.
Namun dalam video tersebut, yang menjadi perhatian ramai adalah meja Ku Yusri yang dihiasi dengan barangan berwarna merah jambu.
@ciklebah7 Suka suka 🥰 #bff #sutun #tiktokguru #CapCut ♬ original sound – Yes Cik Lebah 🐝
@ciklebah7 Replying to @Kaseh Fatihah Ada iras tak yg ni? 🫣 #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Bersama Di Hari Raya – Cenderawasih
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan warganet terkejut dan tidak menyangka melihat penampilan terkini Ku Yusri yang sudah mempunyai kerjaya sebagai seorang guru. Malah, ada juga yang berkongsi cerita mempunyai kawan lelaki yang gayanya seperti Ku Yusri iaitu berpewatakan lembut.
Sumber : Tiktok @ciklebah7
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ