
Semeriah sambutan Hari Raya tentunya sesi bergambar dengan sanak saudara menjadi suatu perkara yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Atas sebab ini juga, alangkah baiknya andai kita dapat pastikan wajah ini kekal berseri sepanjang waktu.
Nak tahu caranya, jom amalkan petua ini.
PETUA WAJAH BERSERI DI AIDILFITRI
Ain sediakan petua untuk cerahkan kulit dan naikkan seri wajah secara semulajadi
Bahan-bahan:
Beras
Kunyit hidup
Air asam jawa
Kekdahnye
=========
1. Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar.
2. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup.
3. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh muka dan badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba
Sumber : Norain Naim
“Bantu Ringankan Beban Tangani Wabak COVID-19.” Agong & Permaisuri Berkenan Tidak Terima Emolumen Diraja 6 Bulan!

Prihatin dengan masalah negara yang dilanda wabak Coronavirus (Covid-19), Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk baginda berdua selama enam bulan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berdua membuat keputusan tersebut untuk membantu meringankan beban kerajaan menangani pendenik COVID-19.
Baginda berdua juga menyahut keputusan kerajaan yang agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong ke Tabung COVID-19.
“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua ini turut mencerminkan keprihatian dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara.
Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia (Isnin, Mac 30), Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya di barisan hadapan, di atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik ini.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi Kerajaan berkait di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tatacara pengendalian COVID-19 di Malaysia,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Baginda berdua untuk terus berdoa memohon ihsan Allah S.W.T semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Sumber: Astro AWANI
Cara Capai Ketenangan, Lapan Tips Hidup Lebih Bahagia

Hidup kadang-kala penuh dengan cabaran dan ujian, tetapi ketenangan sebenarnya ada dalam genggaman kita sendiri. Dengan melatih diri untuk berdamai dengan masa lalu, menjaga fikiran daripada terlalu memikirkan perkara kecil, dan menghargai momen bahagia yang ada, kita boleh mencipta kehidupan yang lebih tenang dan bermakna.
Berikut adalah lapan tips praktikal yang boleh membantu anda mencapai ketenangan dalam kehidupan seharian. Semoga ia menjadi inspirasi untuk anda melangkah dengan lebih yakin dan positif!
1. Berdamai dengan masa silam.
Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.
2. Usah pedulikan apa orang kata.
Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.
3. Masa ‘menyembuhkan’ hampir semua perkara.
Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.
4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.
Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.
5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.
Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.
6. Jangan menghakimi orang lain.
Kita tidak layak nak ‘judge’ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.
7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.
Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.
8. Senyumlah selalu.
Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa sukar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.
Kredit: Baitul Mustawa
“Allah Ambil Terus Papa & Gantikan Saya Temani Mak.” 26 Tahun Tunggu Zuriat, lelaki Ni ‘Tinggalkan’ Anak Pengganti Diri!

Kita hanya merancang tapi yang menentukan adalah Dia Yang Satu. 26 tahun menanti untuk menimang anak perempuan, doa tersebut dimakbulkan dan bahagia kian bercambah menanti orang baru.
Lebih bermakna bila mana wanita ini berkongsi kegembiraan dengan anak dan menantu yang turut menimang cahaya mata sulung.
Assalammualaikum semua ahli KIMM.. Pertama kali bersiaran disini. Saya berumur 44 tahun n menantu saya berumur 24tahun. Kami telah sama2 selamat melahirkan baby girl dgn izin Allah.
Ank saya Puteri Delisha lahir pd 27 June 2020 dan cucu saya lahir pd 15 April 2020. Alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahiran ank kami dgn mudah secara normal.. Kami doakan semoga ibu2 KIMM yg ada disini dipermudahkn juga urusan bersalin nnti.. Aamiin
Namun Allah sekali lagi menguji keluarga ini. Suami yang disayangi pergi buat selama-lamanya tatkala si kecil baru berusia sebulan dan isteri masih dalam pantang.
Lelaki ini tidak sempat melihat anaknya membesar. Kisah sedih ini dikongsikan oleh Suri Hati menerusi laman Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official.
Kegembiraan wanita ini menimang cahaya mata perempuan selepas 26 tahun menunggu akhirnya bertukar duka apabila kemudiannya memuat naik berita mengenai pemergian suami beberapa hari kemudian.
Dalam pada itu, dalam satu lagi perkongsian menerusi laman yang sama, wanita ini memuat naik gambar terbaru bayinya dengan kapsyen yang cukup meruntun hati.
Assalamualaikum. Saya Puteri Delisha Binti Roslan. Doakan mak saya kuat utk membesarkan saya yg baru kehilangan papa di usia saya sebulan dlm pantang.
Terima kasih kpd warga KIMM yg telah mengucapkan tahniah dan takziah di atas post mak saya di group ni hari tu. Allah hadiahkan seorang ank perempuan buat mak n papa saya setelah 26tahun mereka menanti tapi akhirnya Allah ambil terus papa saya dan gantikan saya utk menemani kesedihan mak. Semoga perancangan Allah ini ada hikmahnya.. Aamiin.
Dalam pada itu, dia juga turut memohon orang ramai mendoakan semoga dia tetap kuat dan tabah dengan ujian yang menimpanya.
Sumber : Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official