Bershopping sering dikaitkan dengan kaum wanita. Sebut sahaja awal bulan, tengah atau hujung ada saja benda yang nak dibeli. Hatta menggunung tudung yang ada, masih tidak mencukupi.

Ada sesetengah wanita yang gemar bergaya, jadi setiap bulan tidak boleh tampil dengan pakaian dan aksesori yang sama buat mereka yang bekerjaya. Namun berbeza dengan suami yang cukup simple dan memilih yang seadanya tanpa banyak songeh.

Kadang kala kemeja yang sama dibeli 5 tahun lepas masih elok dipandangan matanya.  Malah bukan hanya pakaian, bahkan kasut, selipar, dan sebagainya tidak bertukar ganti selagi masih elok untuk dipakai.

Hadamkan luahan hati saudara Akhtar Syamir yang cukup  menyentuh hati ini. Bait-bait kata yang cukup bermakna menggambarkan betapa pengorbanan seorang suami yang lebih mengutamakan keluarga dari keperluan sendiri.

Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting. Cukup deep luahan hati suami ini.

“Wahai Isteri, Lihatlah Selipar Suamimu, Jika Seburuk Ini, Mungkin Banyak Pengorbanannya Yang Kamu Tidak Ketahui. Sebak Baca Luahan Lelaki Ni!


 

Selipar Buruk Suami.

Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Ada sebabnya kenapa selipar ini menjadi begitu buruk dan ada sebabnya kenapa selipar ini masih dipakai sehingga kini.

Isteri. Betul, lumrah lelaki akan memakai sesuatu sehingga ianya tidak boleh dipakai lagi. Sebagai contoh, dompet, tali pinggang, seluar jeans dan kasut serta selipar. Tetapi itu semua sekadar luaran sahaja. Marilah kita selami lebih dalam sedikit hari ini.

Ads

Isteri. Selipar suamimu telah lama rosak. Buruk sangat rupanya. Berkali-kali kamu telah menegur dan mengingatkan dia supaya menukar selipar yang baru. Tetapi sering jawapannya sama sahaja. “Nantilah”.

Isteri. Suamimu setiap hari keluar dengan selipar yang sama. Selipar itu amat berharga baginya. Selipar kulit memang tahan lama. Cuma, apabila suamimu pakai, ia jadi jauh lebih lama dari usia yang sepatutnya.

“Wahai Isteri, Lihatlah Selipar Suamimu, Jika Seburuk Ini, Mungkin Banyak Pengorbanannya Yang Kamu Tidak Ketahui. Sebak Baca Luahan Lelaki Ni!

Isteri. Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting.

Isteri. Seringkali dalam minda suami akan membayangkan dengan duit yang dibelanjakan untuk membeli selipar baru, boleh digunakan untuk membeli lampin anak, membeli pakai anak dan isteri, membeli barang dapur dan rumah serta membayar duit persekolahan anak. Bukan tidak mampu, tetapi ia menjadi suatu yang tidak perlu walaupun ianya satu keperluan.

Isteri. Selagi daya, suamimu akan memakai selipar itu. Biarlah tapak kaki sudah mengenai lantai, suamimu akan jalan dengan lebih berhati-hati supaya tidak memijak benda yang boleh melukakan.

Isteri. Suamimu seorang sahaja punca pendapatan keluarga. Setiap detik, setiap ketika dia memikirkanmu dan anak-anak. Setiap detik membayangkan bagaimanakah keadaanya jika dia tiada. Tidak sanggup memikirkannya, itulah sebab kenapa dia jarang mengeluh.

“Wahai Isteri, Lihatlah Selipar Suamimu, Jika Seburuk Ini, Mungkin Banyak Pengorbanannya Yang Kamu Tidak Ketahui. Sebak Baca Luahan Lelaki Ni!

Ads

Isteri. Suamimu tidak meminta dan tidak juga mengharapkan kamu memberinya apa-apa. Cukuplah sekadar kamu terus berada di sisi di saat dia dan kamu sedang diuji. Cukup sekadar senyuman di wajah manismu.

Isteri. Jika kamu pernah nampak dia mengangkat selipar baru dan kemudiannya meletakkan semula, pada saat itulah, hanya seberapa ketika sahaja di dalam mindanya menolak keperluan dirinya jauh ke bawah.

Isteri. Perlu tahu yang dia jadi begini kerana sayang kepadamu. Dia menghargai apa yang telah kamu lakukan untuk dirinya.

Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Jika ia pernah seburuk ini, mungkin banyak pengorbanan dia yang kamu tidak ketahui. Hargailah dia, berterima kasihlah kepadanya.

“Wahai Isteri, Lihatlah Selipar Suamimu, Jika Seburuk Ini, Mungkin Banyak Pengorbanannya Yang Kamu Tidak Ketahui. Sebak Baca Luahan Lelaki Ni!

Ads

 

Sekadar renungan buat semua. Alhamdulillah selipar saya akhirnya telah berganti.

Bukan selalu saya berbicara mengenai suami. Harap tidak membanding-bandingkan antara suami dan isteri. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Buatlah bahagian kita dengan baiknya, In Shaa Allah pasangan kita akan sedar dan menghargainya.

Kongsikan penulisan ini untuk manfaat semua.

Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️

 

BroOhsem

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI