Menjelang hari raya, rata-rata ibu-ibu pasti sibuk membuat persiapan termasuklah menyediakan kuih muih dan juadah untuk sajian di pagi raya nanti.
Meskipun dihati terselit rasa sedih kerana tidak dapat pulang beraya di kampung bersama orang tua, namun kita semua kena sabar dan berdoa selalu supaya wabak Covid-19 cepat-cepat reda.
Begitu pun persiapan raya bersama keluarga pasti kena buat juga kan, apatah lagi ada anak-anak yang pastinya mahu meraikan biarpun tidak berpeluang untuk menyambutnya secara meriah seperti tahun-tahun sebelum ini.
Dalam instagram milik Sari Yanti, dia berkongsi gambar anak-anak membantunya membuat kuih raya. Nampak begitu bersemangat dan ceria masing-masing kerana berpeluang membuat biskut raya haisl air tangan sendiri.
Di dalam perkongsian berkenaan, kelihatan anak Sari Barr Al Aliy, Baasit Al Haq serta Dariya Inara tekun menghias biskut raya di atas meja di dapur.
Kerajinan anak-anak Sari di dapur mendapat pujian ramai. Ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama membuat kuih raya bersama anak-anak.