
Baru-baru ini Heliza Helmi, penyanyi dan aktivis kemanusiaan dan juga merupakan isteri kepada Datuk Seri Mahadi didakwa sudah berbadan dua oleh peminatnya berikutan video yang dimuat naik olehnya menampakkan ‘baby bump’.
Spekulasi ini timbul apabila Heliza dan Datuk Seri Mahadi memuat naik sebuah rakaman video di laman IG milik mereka.
Video tersebut memaparkan Datuk Seri Mahadi dan Heliza sedang menjalani sesi rakaman fotografi untuk sebuah produk.
Dilihat Mahadi sedang beraksi di hadapan kamera sambil memegang raket tenis. Selepas memukul bola dengan raket, Mahadi terus mengipas wajahnya dengan tangan menunjukkan dia sedang kepanasan.
Namun apa yang mencuri tumpuan, adalah tiba-tiba Heliza masuk ke ruang rakaman tersebut sambil membawa kipas tangan elektrik untuk mengipas suaminya. Pun begitu apabila Heliza menyerahkan kipas kepada suaminya dan mengambil raket daripada tangan suaminya, mata netizen ‘tertangkap’ sesuatu.
Aksi mencuit hati itu juga telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat. Pasangan itu kelihatan manis apabila mengenakan busana sedondon serba putih.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mendakwa Heliza sedang hamil. Ujar netizen, perut Heliza kelihatan seperti ‘baby bump’.
Cute…nmpk baby bump tu..😍😍
Waahh npk Baby bump😍🤲🤲
Ahaha comel je 😍
nampak dah perut babybam Kak Jah
Heliza MCM.pregnant
Kita doa kn saja
Alhamdulillah
Sumber Ig : @mahadibz
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Bila Ada Yang Datang Beraya Begini Ruang Tetamu Yang Sesuai Untuk Rumah Islam. Aurat Pun Terjaga!

Ruang tetamu yang luas dan selesa pastinya idaman semua orang. Lebih menarik jika ciri-cirinya menjurus kepada konsep Islam. Sudah tentu aurat tuan rumah dan tetamu terjaga.
Menarik dengan perkongsian, Khairunnisa Hamzah di facebook miliknya berkongsi ilmu dekorasi yang memberikan ilham kediaman yang sesuai untuk tetamu.
Dia yang juga pengasas Rekabentuk 3D online berkongsi info menarik ruang tetamu yang sesuai untuk orang Islam. Jom lihat ilham dekorasinya.
Bagaimana ruang tetamu yang sesuai untuk rumah orang Islam
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga.Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas. Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang”
Luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu.
Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat, ruang makan (semi publik).
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai kita sudah siap beli rumah dari pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
Mungkin boleh buat begini:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment).
Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya. Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga.
Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Iaitu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga.
Sumber: Khairunnisa Hamzah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Jangan Main-Main Dengan Doa Ibu. Perkongsian Ustaz Ini Bukti Doa Ibu Itu Mustajab!

Memang benar, jangan buat main-main doa seorang ibu. Doa ibu tiada hijab dan mustajab! Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia. Pernah bacakan, bahawa doa ibu setanding dengan doa Nabi untuk umatnya iaitu membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah.
Semoga perkongsian pesanan daripada Ustaz Dr. Kamilin Jamilin menjadi panduan bersama untuk membentuk keluarga mawadah dalam membesarkan anak-anak.
___________________________________________________________________

Andainya dengan tawfiq Allah saya memiliki sekelumit kejayaan, maka wanita mulia ini adalah rahsia dan kunci segalanya.
Saya tidak pernah khuatir dengan sebarang ujian dan dugaan hidup andainya saya mempunyai doa wanita ini yang saya bersangka baik termasuk dalam golongan yang Allah mustajabkan doanya.
Wanita ini tidak pernah lupa untuk mendoakan saya berpuluh-puluh minit lamanya, bersungguh-sungguh meminta setiap hari, setiap waktu solat fardu dan sunatnya.
Wanita ini akan berpuasa setiap hari musim peperiksaan saya sejak saya kecil lagi demi mendoakan kejayaan buat diri yang penuh kelemahan ini.
Saya terasa kuat dan tenang dengan doanya.
Saya tidaklah cerdik, apatah lagi rajin untuk menggapai kejayaan. Namun saya tidak pernah risaukan kegagalan kerana sentiasa ditemani doanya.
Andai saya ditanya rakan pada malam peperiksaan: “Kenapa nampak macam relaks je esok nak periksa?”, saya akan menjawab: “Apa nak risau, saya ada doa mak yang Allah pasti makbulkan” penuh keyakinan.

Bukan pelajar pintar
Ya, wanita yang menjadi rahsia kejayaan ini ialah insan teristimewa bergelar ibu yang telah berkorban segalanya melalui pelbagai keperitan hidup demi kebahagiaan anak-anaknya.
Walaupun pelbagai “luka” dan air mata yang telah beliau titiskan akibat masalah serta sikap saya ketika remaja dahulu yang sering menggurisnya, namun wanita yang saya panggil sebagai “mak” ini tidak pernah berputus asa dari doa dan bimbingan.
Dari pelajar benak yang mendapat 5 markah Quran, hingga memiliki anak-anak didik tahfiz Darul Siddir yang luar biasa kerana doa “mak”.
Dari seorang anak “moody” panas baran yang mensia-siakan 6 tahun persekolahannya dengan kegagalan, hingga menempuhi cabaran menuntut ilmu 10 tahun di luar negara kerana doa “mak”.
Dari seorang pembenci ilmu agama, menjadi pencintanya kerana doa “mak”.
Dari seorang yang bercita-cita memartabat bangunan pencakar langit, kepada impian memartabat sunnah Rasul kerana doa “mak”.
Ketika “mak” mengetahui saya akan diviva, dialah yang lebih cemas dan panik dari saya. Saya ditegur dan dibebel kerana kelihatan lebih sibuk dengan kuliah dan “travel” ke negara jiran beberapa hari sebelum viva.
Tapi saya hanya menjawab padanya sambil tersenyum: “Apa nak risau, kan ada doa mak?”.
Saya katakan padanya: “Mak doakan lulus pun jadilah”.
“Mak” menjawab: “Mak doakan lulus dengan cemerlang tanpa pembetulan”.
Saya membidas: “Mak, mustahillah boleh lulus viva Ph.D tanpa pembetulan! Dahlah tebal”.
Ujarnya”: “Mak tetap jugak nak doakan”.
Alhamdulillah kuasa Allah, semua urusan dipermudahkan.
Dari urusan penulisan tesis dengan pelbagai kesibukan yang melanda, hingga dipercepatkan urusan viva.
Malah dikurniakan penyemak-penyemak hebat yang bermurah hati menutup banyak keaiban diri, menganugerahkan kecemerlangan yang tidak layak dimiliki.
Namun jika doa seorang ibu telah dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa, siapakah lagi yang mampu menghalangnya??
Bagi yang masih memiliki “rahsia” ini, hargailah ia dan janganlah lupa memanfaatkannya selagi kita dan dia masih bernyawa.
Kelak apabila dia sudah tiada, segala penyesalan sudah tiada guna.
Barangkali kejayaan juga “terbang” entah ke mana.
___________________________________
Dalam pada itu, admin sertakan kisah dizaman Rasulullah mengenai kehebatan doa seorang ibu. Moga kita muhasabah diri dalam membesarkan anak-anak.
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginga kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat – pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.
Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: “Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!”
Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: “Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?”
Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.
Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.
Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: “Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur.”
Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan ‘bunga desa’ yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.
Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: “Di mana bayi itu”
Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: “Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa.”
Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: “Wahai bayi, siapakah bapamu?”
Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: “Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini.”
Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menlak dan meminta pondok seperti asalnya.
Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.
Banyak iktibar daripada kisah Juraij.
* Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
* Doa ibu sangat mustajab – sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.
* Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
* Ibu haru ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
* Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung – maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
* Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.
Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: “Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.”
Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.
Sumber: FB Kamilin Jamilin – Seni Hadith dan LayarMinda
Norlia Ghani Tak Ambil Hati, Warga Maya Kecam Dah Tua-tua ‘Main TikTok’, Pernah Sehari Dapat RM800

Norlia Ghani tak ambil hati, warga maya kecam dah tua-tua ‘main TikTok’, pernah sehari dapat RM800. Pelakon veteran, Norlia Ghani kini bergelar pempengaruh TikToker.
Norlia Ghani Tak Ambil Hati, Warga Maya Kecam Dah Tua-tua ‘Main TikTok’, Pernah Sehari Dapat RM800
Mengakui ingin mengikut ‘trend’ semasa, kata Norlia atau lebih mesra disapa sebagai mama itu, sebagai pelakon dia perlu bijak mencari inisiatif lain untuk mencari rezeki dan berinteraksi dengan peminat.
“Mama cuba ikut ‘trend’ agar tidak ketinggalan orang kata. Mama pun dah lama tak berlakon. Jarang dapat jumpa peminat. TikTok mengeratkan lagi silaturahim mama dengan peminat.
“Kali pertama mama bersiaran langsung terus dapat 1 juta tanda suka. Kadang-kadang ada peminat yang bagi ‘gift’. Biarpun mama tak pernah meminta. Pernah sehari mama dapat RM800.
“Mungkin inilah medium terbaru untuk mama mencari rezeki. Biarpun dapat RM100, mama dah bersyukur, sebab duduk di rumah sahaja,” katanya.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.
Selain membuat sesi siaran langsung untuk berbual dengan peminatnya, Norlia turut mengambil upah dengan membuat ulasan produk di platform media sosialnya.
Bercakap soal kerjaya, kata pelakon filem Mami Jarum itu dia akur dengan kehendak penerbit dan pengarah sekarang yang memilih pelakon yang jauh lebih muda.
“Mama tahu mama sudah berumur. Tapi mama reda. Kita tahu mungkin sesetengah drama tidak memerlukan watak perempuan tua atau watak nenek.
“Pelakon yang dulu bawa watak kakak, sekarang dah jadi mak. Kalau dulu kita cantik, sekarang dah tak cantik kita kena terima hakikat. Kitaran ini biasa dalam dunia lakonan. Jadi kena berlapang dada,” ujarnya.
Terdahulu, Norlia Ghani merupakan antara 20 artis yang menerima bantuan untuk Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0.
Melalui inisiatif itu, Norlia menerima wang sebanyak RM5,000, bantuan makanan tambahan selama enam bulan oleh Afyaa Hayyiba dan tajaan umrah.
Sumber: Kosmo
Baca artikel lain juga: Tak Hormat Aset TLDM, Tiktoker Ini Sengaja Kentut Di Mikrofon Raih Kecaman Netizen. Paling Sedih Ada Anggota Tentera Terlibat Sama
Tular Tiktokers Dakwa Nak Masuk Islam Demi Sales Adam Corrie Tegur Betulkan Niat!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my