Siapa yang tak kenal dengan Dato Aznil Haji nawawi, figura seni yang boleh dianggap sebagai pengacara nombor satu negara dek kredibilitinya sehingga kini.
Beliau antara selebriti yang mempunyai pengaruh dan aura yang cukup mengagumkan terutama dalam bidang pengacaraan. Baik dewasa mahupun kanak-kanak kenal dengan susuk tubuh ini.
Begitupun Aznil atau mesra dengan panggilan Paknil sangat menjaga privasi dan jarang nak berkongsi cerita mengenai keluarganya.
Sejak dahulu lagi, memang sukar untuk melihat wajah anak-anaknya menghiasi dada akhbar mahupun majalah. Malah dengan penggunaan media sosial yang kian meluas ini, beliau masih lagi bersikap seperti dulu.
Empunya diri awal-awal lagi tiada masalah untuk mengambil gambar namun anak-anak yang keberatan dan sering menolak untuk berbuat demikian menyebabkan si ayah akur dengan permintaan anak-anaknya.
Namun dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Paknil memuatnaik satu gambar lukisan yang mana dilukis oleh anak perempuannya, Fildza Haifa atau dipanggil dengan nama manjanya Fifi.
Ads
Menurut pengacara ini lagi, lukisan tersebut dilukis ketika Fifi berusia 5 tahun ini. Terdapat tulisan tertulis ‘ Happy Fathers Day ‘ dan dihiasi dengan gambar buah-buahan dan beberapa objek lain. Kata Paknil, puterinya ini kini sudahpun berusia 32 tahun dan ucapan happy birthday turut diucapkan untuk Fifi di ruangan kapsyen ini.
Melihat wajah manis Fifi yang murah dengan senyuman, pasti mengikut jejak si ayah sememangnya seorang yang pemurah dengan senyuman.
“Ini lukisan Fifi masa dia 5 tahun. Hari ni Dia dah 32 tahun!!
Happy Birthday Anak!!! Luv u till Jannah.”
Nak tahu cara untuk simpan bunga kantan agar tahan berbulan-bulan? Maklumlah, ada masa bunga kantan memang susah nak dapat. Jadi alang-alang sudah ada, elok dibeli kerana Ada teknik penyimpanannya untuk pastikan kekal segar.
Jom ketahui cara yang dipraktiskan oleh Puan Qiha Fareesya.
Ini cara saya untuk bagi bunga kantan tahan lama.Buat macam aiskrim ye sahabat.
Kalau simpan tanpa isi air lama-lama akan jadi hitam di dalam.. Tapi buat cara macam ni InshaaAllah tahan lama. Saya pernah simpan sampai 6 bulan.
1.Bunga kantan tengok saiz ye.. Besar belah 4..kecik belah 2..kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimat kan plastik.
2.Isi air masak dalam plastik yang dah di isi bunga kantan tadi.. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu
3.Simpul kemas-kemas..
4.Bekukan macam kita buat aiskrim tu
5.pesan dan bagitaw anak-anak. Ini bukan aiskrim ye takot terjadi macam saya aritu anak-anak ingat aiskrim.
Bau dan rasa tetap fresh
Done
Selamat mencuba
Sumber :Pn Qiha Fareesya via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini.
Selain Tengku Maimun, Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959. Beliau pernah bersekolah menengah di Kolej Tunku Kushiah. Mesra dipanggil Mak Ku, Tengku Maimun juga merupakan wanita pertama yang dilantik ke jawatan Ketua Hakim Negara ke-16 pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara. YAA angkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara di hadapan YDPAgong pd 6 Mei 2019. Mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara.
Peranan Ketua Hakim ada ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Artikel 122(1):
“Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan”),” Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga antara penerima anugerah yang membawa gelaran Tan Sri. Dalam perkongsiannya di facebook, beliau berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kepada petugas barisan hadapan. Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya. Alhamdulilah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam. Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara.
Memang benar kata perpatah, Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Menerangi Yang Lain”. Jasa dan baktinya akan dikenang walaupun terputus hubungan. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan kasih sayang seorang guru Pendidikan Khas SMK Tengku Kudin, Raub Pahang, Cikgu Mohd Khairul Che Hassan memeluk cium pelajarnya tanpa mengira bangsa di majlis perpisahannya sempena pemergiannya ke sekolah baharu.
Video tular itu telah menarik perhatian netizen yang melahirkan rasa sebak dengan sikap yang ditunjukkan oleh guru berkenaan. Biarpun tiada pertalian darah, namun tanggungjawab yang digalasnya menjadi amanah buat dirinya untuk mendidik anak-anak bangsa walaupun mereka pelajar istimewa.
“Cikgu Khairul suka bercucuk tanam, dan pandai memasak. Segala ilmu yang dia ada akan cuba dicurahkan sebaik mungkin kepada pelajar-pelajar istimewanya.
“Sebenarnya hampir 10 tahun juga Cikgu Khairul mengajar di SMK Tengku Kudin. Cikgu ni yang banyak mengajar pelajar pendidikan khas ini berdikari. Contohnya pertanian, penternakan, memasak, dan ada juga di antara bekas pelajarnya sudah berjaya dan bekerja sendiri.
Cikgu Khairul bagaikan ayah dan anak, rapat dengan pelajar dan Ibu bapa pelajar pun turut menyenangi cikgu ni.
“Ada satu kata-kata beliau yang sangat menyentuh hati ketika majlis perpisahan…’ Andaikata masa hari hisab saya di padang Mahsyar nanti berat keburukan saya lebih dari kebaikan, saya harap awak semua dapat memberatkan timbangan kebaikan saya, bantulah saya di sana nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua..’ Itu yang buat kami semua sebak..”
Tahniah Cikgu Mohd Khairul Che Hassan menjadi inspirasi buat anak-anak dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak penuh dengan kasih sayang yang mendalam. Biarpun anak itu punya kekurangan diri, namun jika didik dengan penuh berhemah dan kasih sayang, ada sinar kehidupan yang lebih baik untuk masa depan mereka.
Sumber: Mohd Raizuddin Abdullah via www.gpsbestari.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.