Sebelum ini tular video insiden kanak-kanak perempuan yang dilihat hampir lemas di sebuah pantai yang cuba diselamatkan oleh beberapa orang lelaki dewasa ketika berada di tempat kejadian.
Namun seakan usaha menyelamat menemui jalan buntu bila ombak semakin ‘mengganas’.
Di lihat kanak-kanak tersebut terus terkapai-kapai dan ‘ditarik’ hingga ke tengah.
Pun begitu berpantang maut sebelum ajal, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tersebut berjaya diselamatkan dengan bantuan remaja lelaki.
Ini sebagaimana di kongsikan di facebook info bencana Terengganu.
Inilah remaja yang menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun hampir lemas di Pantai Penunjuk Kijal petang semalam.
Ads
Zulfikar Asmadi, 14, yang masih bersekolah di SMK Kijal Kemaman tanpa berfikir panjang terus mengambil bot kepunyaan ayahnya lalu mengayuh ke arah kanak-kanak perempuan itu.
Difahamkan pada awalnya Zulfikar cuba menghidupkan enjin bot berkenaan namun gagal sebelum mencapai pendayung dan mendayung ke arah mangsa yang masih terkapai-kapai tangannya dengan badannya tengelam.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet cukup kagum dengan keberanian anak remaja ini.
“Umur 14 tahun. Berani bertindak, matang berfikir. Jiwa besar. Semoga menjadi pejuang agama, bangsa dan negara”
“Alhamdulillah,terbaik dik,, mesti adik dh biasa dgn ombak mcm gitu dan berani,kalau y tak biasa,mau lingkup”
Ads
“baru 14 thun❤️ tabik dgn keberanian awk dik, semoga Allah permudahkan semua urusan awk dunia akhirat.”
“Allahuakbar….Alhamdulillah dik…awak memang hero …bangga mak ayah awak”
“The unsung hero… Terbaik dik. Respect…”
“Terbaik lah adik fiqar..tahniah jgk buat ibuayah mempunyai anak soleh ini…ade perasaan jati diri yg kuat.sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkn insan lain… salute buat seluruh ahli keluarga adik Fiqar…,”
Isteri kalau merajuk bukan dia mengada-ngada tapi ada sebabnya. Kadang dia penat, terlampau penat uruskan anak-anak dan suami. Suami pula langsung tak kisah malah tak membantu. Inilah yang buat isteri berjauh hati.
Buat suami, baca tulisan Ustaz Ebit Lew ni.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk, Tadi balik dari penang ke kl jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer…dia menangis…24jam asyik marah jer..menjerit. marah dan pukul anak-anak..
Lepas tu saya rasa bersalah.
Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya..saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah…kasihan anak-anak..
Mana suami puan. Di belakang tu. Suaminya datang salam saya..suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tak biasa orang cium tangan saya…
Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.
Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua..Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang..bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini..
Sunnah bawa bahagia. Rasul saw yang amat kita cintai teramat menghargai wanita. Dan melayan mereka dengan baik..
Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya..
Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama..
Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita..masa tu kita bantu buat kerja rumah. Sekali sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kaseh sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kaseh jadi isteri abang yang setia.
Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga..
Baca dengan cinta dan kasih sayang.
Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita..dengar dengan cinta dan perasaan. Dengan jiwa..pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari…isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.
Kasihan ramai isteri jadi over stress , sakit jiwa. Sakit. Kurus…dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak..
Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga..dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi saw. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri..
Abang tu kata terima kaseh ustaz..syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.
Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama…
Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ubat gigi umumnya kita gunakan setiap hari untuk memberus gigi dan boleh dikatakan sedari usia 2 atau 3 tahun sudah diajar akan rutin memberus gigi untuk tujuan penjagaan gigi dan memastikan gigi bersih dan putih.
Pun begitu, mungkin ramai belum tahu kegunaan dan manfaat yang boleh kita dapati apabila menggunakan ubat gigi dalam kehidupan harian. Bayangkan dengan ubat gigi juga boleh memberi kesan yang cukup hebat dan ini antara yang boleh dibuat dengan ubat gigi.
AGEN PEMBERSIH
1.Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.
2.Bersihkan barang kemas dengan cara calitkan ubat gigi dan gosok hingga bersih. Kesannya dapat dilihat barang kemas lebih bersinar.
3.Jika anak terconteng perabot kayu segera ambil ubat gigi dan sentallah sehingga bersih.
4. Jika anak bujang anda suka kasut snikers. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.
5. Gula-gula getah melekat di rambut anak? Ohh tidak! Tapi jangan risau nak tanggalkannya guna sahaja ubat gigi dan berus gigi saja.
6. Kilatkan hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi. Bersih berkilat.
7. Ini paling tak disangka-sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda bercalar dan kotor boleh hilangkan saja dengan ubat gigi.
8. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Nak sental kuat-kuat nanti koyak pula kain tu. Kini selesai dengan ubat gigi.
9. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi.
10. Piano kena conteng? Ubat gigi boleh selesaikan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.