Semakin hari usia anak-anak kita semakin meningkat dan kita pula akan cuba asingkan tempat tidur mereka bagi menjaga keharmonian dalam hubungan kekeluargaan. Apatahlah lagi mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan, ini sangat penting demi keselamatan anak-anak juga.
Pun begitu, lumrah anak-anak ini setiap tindakan yang mak ayah buat atau putuskan akan ditanya dek kerana sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka. Justeru sebagai ibu ayah, anda perlu bersedia untuk menjawab persoalan-persoalan dan rasa curiga anak-anak pada masa-masa tak terduga.
Contohnya sebagaimana perkongsian video daripada pemilik akaun TikTok hawaje, apabila sedang bersembang di dalam kereta dan tiba-tiba anaknya Yaya mempersoalkan kenapa ayahnya tidur sebilik dengan ibunya. Sedangkan dia dan adik beradik lain, tidur di bilik masing-masing.
Itulah gelagat anak-anak kita, bukan bertanyakan soalan berkaitan tempat tidur malah banyak lagi soalan-soalan lain bakal ditanya oleh anak-anak.
Learning Moment
Menurut Akhi Fairuz Al-Jengkawi di akaun facebooknya, ia dipanggil learning moment.
“Ketawa saya tonton gelagat ibu dan anak dalam video Tiktok yang ini. Anaknya bertanya, kenapa papa yang dah besar tidur satu bilik dengan mama, sedangkan dia dan adik beradik yang lain tidur asing-asing. Ibunya hanya mampu ketawa dan suruh tanya papa nanti.”
@hawa_ajeVideo original yaya tanya mama ##fypシ ##fyourpage♬ original sound – 𝗵𝗮𝘄𝗮𝗷𝗲✾
Tuan puan, sebenarnya inilah yang dipanggil learning moment dalam pendidikan seksualiti. Ia adalah waktu dan ketika anak-anak bertanya soalan yang sangat telus.
“Mama, kenapa mama mengandung?”
“Kenapa mama tak solat?”
“Macam mana mama boleh lahirkan anak?”
“Persetubuhan tu apa?”
“Jimak tu apa?”
“Liwat tu apa papa?”
“Rogol tu sama macam liwat ke mama?”
Dan 1001 persoalan lagi. Tak kira masa, tak kira tempat, anak-anak akan tanya je. Cuma, buat ibu ayah, please jangan react begini bila anak bertanya soalan seperti yang dinyatakan,
“Dah besar nanti kau tahulah sendiri!”
“Amboi, kecik-kecik dah tanya soalan macam tu!”
“Apa tanya soalan macam tu? Mama cilikan nanti mulut, baru tau!”
“Pergi tanya papa.” Bila tanya papa, “tanya pada mama.”
Paling lejen langsung tak jawab. Hanya diamkan sahaja.
Tu yang sampai anak cari sendiri. Akhirnya terjebak dengan pornografi, dek curiousity yang tidak disantuni dengan baik oleh ibu bapanya sendiri.
Baik, untuk soalan anak puan dalam video Tiktok ni, ini jawapan yang boleh diberikan :
Anak : Ma, nak tanya. Kami adik beradik dah tidur asing-asing. Lepastu kenapa papa penakut? Asyik tidur dengan mama je.
Mama : Kenapa kakak tanya soalan macam tu? (Sebelum jawab tanya dulu)
Anak : Ya lah, abang tidur asing, kakak tidur asing, tapi kenapa papa yang dah besar tidur je lagi dengan mama. Dulu mama kata kena tidur bilik sendiri sebab dah besar. Tapi papa lagilah besar, tidur je dengan mama.
Mama : Oh, bagus soalan kakak tu. Macam ni, pengasingan tempat tidur ni sebenarnya mengikut suruhan Nabi SAW. Nabi sebut bila anak berusia 10 tahun, anak lelaki dan perempuan kena diasingkan tempat tidur. Macam mama dan papa tidur satu bilik sebab kami suami isteri, sudah berkahwin.
Asing bilik ni bukanlah semata-mata kakak atau abang dah besar, tapi bilik ni adalah ruang privasi bagi anak-anak mama. Inilah tempatnya untuk bersiap lepas mandi, aurat terdedah ketika tanggalkan pakaian, bermain, berehat, tidur dan lain-lain.
Sebab tu papa dan mama hias cantik-cantik bila kakak dan abang. Nak bagi anak-anak mama hargai bilik tidurnya, bersihkan katil bantal tilam lepas bangun tidur dan macam-macam lagi.
Cuma, ada adab yang agama gariskan. Anak-anak yang belum akil baligh perlu minta izin nak masuk bilik mak ayah pada 3 waktu, sebelum subuh, tengah hari dan selepas isyak.
Mama dan papa pun kena minta izin untuk masuk bilik anak-anak yang dah akil baligh. Semua ni untuk menjaga aurat masing-masing, walaupun kita anak beranak.
Anak : Tapi mama dan papa duduk satu bilik tak terdedah ke aurat?
Mama : Pandai anak mama. Betul, memang mama akan melihat aurat papa, papa pun melihat aurat mama. Namun, ia dibenarkan. Sebab seperti yang mama sebut tadi, mama papa dah berkahwin, dihalalkan. Bahkan Allah bagi pahala.
Sebab tu Islam ni menitik beratkan soal maruah diri, perkahwinan, perhubungan suami isteri, pergaulan antara lelaki dan perempuan, aurat dan semuanya.
Kakak faham tak?
Anak : Faham mama.
Mama : Nanti kalau ada soalan lagi nak tanya, tanya je ok. Mama dan papa boleh jawabkan Inshaallah.
Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi & TikTok hawa_aje
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club