Viral Siapa Ada Koleksi Vintage Corningware Boleh Kaya Sekelip Mata. Lelaki Ni Share Kebenarannya!

Share

Kalau sudah namanya mak-mak yang suka memasak, mesti teruja dengan pelbagai set pinggan mangkuk dan akan dipastikan akan menjadi  koleksi peribadi.

Umpamanya pinggan mangkuk berjenama vintage corningware dan bercerita tentangnya, baru-baru ini viral harganya mampu mencecah  belasan ribu ringgit.

Betulkan nilainya begitu tinggi jika set koleksi lama vintage corningware jika dijual kembali? Semua ini membuatkan ramai teruja dan ingin juga menjual koleksi yang ada dalam simpanan. Maklumlah boleh jadi kaya dengan sekelip mata.

Namun ulasan daripada saudara Hafizi Zain ini, rupa-rupanya siapa sangka hada agenda tersendiri daripada pihak eBay Seller.

Nak tahu lebih lanjut, ini perkongsiannya.


VINTAGE CORNINGWARE – BENARKAH HARGANYA MENCECAH SEHINGGA USD10,000?

Mari baca ulasan saya.

Ketika kisah vintage corningware viral dijual sehingga USD6,000 tempohari, ramai orang kelam kabut bukak almari dapur dan contact mak & nenek masing-masing kat kampung tanya ada lagi ke tak set mangkuk corningware ni. Semua pun dah tersenyum sorang-sorang sebab bakal jadi kaya sekelip mata.. betul dak?

Ya.. memang betul! Saya pun tak terkecuali. hahaa..

 

 

 

APA YANG SAYA DAPAT TAHU TENTANG SET MANGKUK INI:

1. Harga asalnya hanya dijual pada harga RM400-RM600 sahaja untuk 1 set.

2. Kalau ianya betul-betul original, ianya dibuat dari US dan yang betul-betul vintage ada no.siri di bahagian bawah pemegang dia.. (haaa..cuba cek tengok..)

3. Ianya boleh digunakan untuk masak terus atas dapur gas dan boleh dihidangkan terus atas meja tanpa perlu tukar ke bekas yang lain pula.

4. Pernah jadi TREND satu ketika dahulu.. Golongan mak-mak ni siap buat kutu beramai-ramai lagi semata-mata nak beli set mangkuk ni..

5. Kalau tanya mak or nenek kita, konpomm dia x bagi jual set mangkuk ni.. Letak la harga brapa-brapa pun. Sayang kott.. hehehe..

6. Kelebihan paling best pada set mangkuk ni adalah.. walaupun dah berusia berpuluh-puluh tahun, ianya masih kelihatan macam baruu… Betul tak? kannn…

Setelah saya buat kajian di online dan merujuk kepada pakar barang antik, ini KESIMPULAN yang saya dapat buat:

Sebenarnya eBay seller tersebut cuba memanipulasikan harga tersebut sahaja.

Sebab… kalau betul-betul ‘rare’ dan ramai orang nak, mestilah ramai orang ‘offer’ or ‘bid’. Tapi takde pun. Tiba-tiba je ada SOLD.

Pakar barang antik yang bernama Adam Zimmerman berkata, walau rare macamana pun, harga utk setiap unit mangkuk ini hanya bernilai USD100 – USD150 sahaja.

Sangat mustahil ada orang sanggup bayar sehingga USD6,000 untuk barangan macam ni sekalipun ianya sudah berusia lebih 30 tahun.

Saya sendiri pun lihat, tiba-tiba ramai je orang Malaysia dah mula listing kat Ebay dan Lazada dengan harga RM1,000 ke atas.. Belum jumpa lagi yang betul-betul sold secara ‘real’. Yang dummy banyak.

Jadi? Ber huhu la kita semua yang ada simpan set mangkuk ni.. Boleh simpan dalam almari semula yaa… hihihi..

Disediakan oleh,

Hafizi Zain

Tengah simpan semula mangkuk ni dalam almari :-p

p/s: Apa-apa pun, ini adalah sekadar pendapat personal dari saya berdasarkan kajian saya sendiri.. Kalau ada yang betul-betul terjual tu, memang rezeki la yerr..