Semenjak beberapa hari yang lepas, sosial media dipenuhi dengan posting bihun goreng dengan campuran 12 sudu teh gula.
Bagi yang telah mencuba resipi berkenaan meluahkan rasa keenakan rasa bihun ‘rare’ tersebut.
Malah resipi oleh Mohd Shukur Mohd Shukur telah dikongsi lebih 5K dan mendapat tanda suka sehingga 10K
Seterusnya ikuti perkongsian beliau menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.
Hari saya masak bihun yg agak mewah pada zaman arwah toknek saya…bihun yg agak rare pada zaman dia…penuh aromatik..yg penting authentic resipi dari arwah Tok nek saya…maybe Sama pembuatannya dgn setengah org kat sini..tp bagi Sy ni lah makanan yg arwah Tok nek selalu buat masa dia sihat dulu…kami mmg rapat dari Sy kecik..blh dikatakan 60% Sy duduk dgn arwah Tok nek Dan arwah Tok Sy berbanding dgn family..sbb arwah ayah Sy dulu berniaga kedai makan..disini Sy lampirkan resipi macamana cara pembuatan bihun ni..semoga menjadi asbab mengalirnya pahala kepada arwah2 yg telah kembali menemui pencipta-NYA..
Bacaan lanjut: Anak Asyik Minum Susu, Risau Diet Tak Seimbang, Ibu Ini Buat Jus Sayur, Begini Caranya.
Resipi bihun goreng udang kering 12 sudu teh gula
Bahan-bahan
1 Peket Bihun (Rendam Air Biasa)
Udang Kering Sepeket Kecik
Bawang Rose 3 Biji*
Bawang Putih 2 Ulas*
Cili Kering 4 Biji*
Belacan Bakar (Sikit Saja)*
Asam Jawa (Agak Besar Duit 20sen)*
Gula 12 Sudu Teh
Msg 2 Sudu Teh
Garam ½ Sudu Teh × 7
Serbuk Kunyit ½ Sudu Teh*
Cara penyediaan:
Bakar Belacan
Blender Bahan Yg Bertanda * Sampai Hancur (Air Jangan Banyak)
Goreng Udang Kering Dalam Minyak..Bila Agak Masak Masukan Bahan Blend Td..Tumis Sampai Naik Bau..
Masukan Perasa..Tumis Seketika Lagi..Bila Nampak Pecah Minyak Baru Masukan Bihun..
Kacau Sebati Bihun..Buka Api Slow Utk Dapatkan Hasil Bihun Xhancur..Biar Bihun Jd Lembut Sendiri…Kalau Perlu Hanya Masukan Sedikit Air
Nak Tau Bihun Dah Masak Elok..Kita Akan Nampak Asap Di Permukaan Atas Bihun. Selamat Mencuba…Ilmu Allah Semata2..Saya tak pandai apa.
Warganet dan cuba memang sedap!
Sumber: Mohd Shukur Mohd Shukur