Viral Resepi Jus Minuman Lidah Buaya Ni. Rupanya Mudah Aje Buat Kat Rumah Untuk Seisi Keluarga

Share

Sememanggnya aloe vera atau lidah buaya telah sejak lama dimanfaatkan dalam pengubatan tradisional. Malah untuk kecantikkan wajah, daun lidah buaya ni, bukan aje sapu dimuka, banyak manfaatnya termasuk boleh dimakan. Pastinya pelbagai khasiat yang diperolehi jika diamalkan. Perkongsian puan Nur As Shifa Halim ini pastinya membuatkan ramai teruja, terutama yang ada pokok lidah buaya ni di rumah. Ikuti perkongsiannya untuk mengetahui cara-cara bagaimana beliau melakukan proses memasak lidah buaya sehingga menjadi jus minuman yang berkhasiat.


Resepi Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco 

Kami share step by step kat gambar la kan senang nak terang. Sedap angpa oii sejukk ja masuk tekak (sis buat sirap limau). Sebelum ni tak lalu jugak nak makan, byk buang ja aleo vera yg tua2 tu  sebab bau dia Allah tak lepas nak piiii.

Baru ni, suami sis try buat ehhh sedap pulak, masuk harini kali kedua lah ni try selepas adjust semua and google resepi bagi puas hati. Finally sedap rupanya Aleo Vera ni 

Nak lagi bagus boleh makan mentah2 gitu, lagiii banyak khasiat, tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) boleh rujuk gambar dibawah kena buang dulu bagi bersih2 supaya tak gatal dan selamat dimakan.

Cara-cara membuatnya

Pilih yang matang (tua). Macam mana nak tau? Cuba tekan tengah2 tu kalau keras padat dah boleh harvest (tuai). Yang suami sis tanam ni spesies bila kecik ada bintik2, dah besaq hilang bintik tu
Part ni sangat penting. Nak keluarkan Aloe Latex (cecair kuning tu). Boleh akibatkan gatal2 kalau tak bersih elok2. Ni suami sis tegakkan Aloe Vera yg dituai tadi, tegakkan dalam 1-2 jam. Alhamdulillah kami buat step ni tak dak gatal2 tekak ka apa bila makan
Lepas proses “tegak” tu basuh bersih2. Nak senang potong kepada 2 @ 3bahagian ikut keselesaan anda nak proses. Sebab time 1st time buat, suami sis luka jgk tapak tangan. Duri Aloe vera agak tajam.
Buang bahagian tepi dulu (bahagian duri)
Buang kulit bahagian atas
Buang kulit bahagian atas
Pastu potong ikut suka saiz. Nak senang, (sebab bendanya berlendir mudah lari2 potong dulu ikut saiz yg nak, tapi disarankan petak2 sederhana jgn kecik sangat nanti tak feel time gigit2 . Lepas potong macam ni, amek sudu korekk ja dari atas.
So dapat lah macam ni hasilnya. Basuh bersih2. Dah boleh rebus
Rebusan kali pertama 30minit (Aloe Vera + air saja) Rebusan ni ikut la nak rebus lama mana, disebabkan sis tak tahan bau dia, so up 30minit ? Lepas rebus ni buang air rebusan tu. Kalau sapa yg nak kekalkan khasiat lagi boleh je kot try celur.
Rebusan kali kedua dlm 15min saja (Aloe Vera+Gula batu+daun pandan) sukatan agak2 angpa saja nak manis mana
Siap untuk dihidanggg sedap naaa rasa macam peel fresh Marigold tu
Disebabkan rebusan kedua tu sis dah letak gula batu. So cedok sekali air rebusan +Aloe vera tu, masukkan sirap sikit, tambah biji selasih, ais dan hirisan lemon. Sedap angpa oiii

Minuman yang pastinya menyegarkan badan dan berkhasiat. Selamat mencuba!