Sedapnya dapat makan puding pada waktu-waktu begini bukan? Jadi buat yang sudah lama teringin nak makan puding, ni ada resipi viral yang sangat mudah untuk disediakan. Puding Lockdown nama resipinya dan tengah viral sekarang ini. Katanya bukan sahaja mudah disediakan, malah enak rasanya.

Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Nur Ida dan bolehlah dicuba. Ini pekkongsiannya.

Puding Lockdown namanya. Saya dah buat. Tapi guna air kotak kecil tu. Untuk penyejuk tekak. Air kotak ikut suka ya nak perisa apa pun. Saya beli dekat Petronas, senang boleh pilih satu-satu mana suka. Terliur tengok Isaac osman makan dekat youtube sebenarnya tu yang ikut buat. Resepi kat bawah yer.

WARNING: Disebabkan saya ada terima makluman yang sahabat kita ada yang bantu cek dengan Public Health Malaysia untuk bertanya adakah selamat penggunaan bekas air kotak dimasukkan adunan untuk membuat puding, oleh itu disarankan semua menggunakan bekas yang selamat dan memastikan adunan dibiarkan sejuk seketika sebelum masuk ke dalam bekas. Terima kasih untuk keprihatinan anda.

Ads

Resepi 3 bahan:
250ml air kotak (ikut suka ya nak perisa apa)
2 sudu besar gula (boleh cut/kurangkan)
1 sudu teh serbuk agar-agar (Clear)

Cara-cara:
1) Potong bahagian atas air kotak/sediakan bekas
2) Masukkan air kotak tadi ke dalam periuk bersama gula dan agar-agar. Kacau sebentar.
3) Panaskan atas api kecil
4) Bila nampak nak mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika di dalam periuk sebelum dimasukkan ke dalam kotak/bekas
5) Tunggu adunan sejuk dan masukkan dalam peti ais
Bila puding dah keras, siap sedia untuk dimakan
Boleh potong ikut suka dan makan sejuk-sejuk. Anak-anak tengok ni mesti depa pun seronok

Ads

Ekstra info :
*1 paket serbuk agar-agar saya dapat buat 4 kotak puding
*Air kotak boleh guna yang isi 200-250ml

Ads

Viral Puding Lockdown, Menu Penyejuk Tekak. Nak Merasa Keenakannya, Boleh Lah Buat. Ni Resipinya!
*My personal review, paling sedap dekat bawah ni puding yang Kurma Farm Fresh Milk. Rasa lembut je yang lain kureng. Maybe ikut atas air kotak tu jugak dan jangan buat terlalu keras. Apa pun saja-saja nak merasa apa salahnya kan.
▪️Berpada-pada untuk kesihatan

Sumber : Nur Ida

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI