Berdepan dengan pandemik Covid-19 telah bermacam-macam rawatan atau cara alternatif yang dikatakan boleh mengelakkan atau menyembuhkan daripada penyakit Covid-19. Ada yang beranggapan, tidak salah untuk mengamalkan cara atau idea-idea yang dikongsikan di media sosial selagi tidak merbahayakan kesihatan.
Umpamanya menggunakan bawang putih, menghidu wap air dari rebusan bunga cengkih dan macam-macam lagilah. Bahkan baru-baru ini tular pula, satu cara mengelakkan jangkita Covid-19 di tik tok dengan menggunakan semburan cuka yang diletakkan ditangan dan kemudian dihidu bau masam cuka tersebut.
Namun perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada seorang ahli perubatan yang dikenali sebagai Dr Champz menegur dengan memberi penjelasan padu di TikToknya, petua yang viral tersebut sebenarnya membahayakan diri sendiri dan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
Apatah lagi bila Dr ini ada pengalaman sendiri merawat pesakit gara-gara mengikut petua viral tersebut.
“Ada seorang pesakit datang mengadu pening dan sesak dada kerana mengamalkan kaedah menghidu cuka daripada tapak tangan.
“Sebenarnya, kansentrasi asid yang pekat boleh menyebabkan iritasi pada hidung, paru-paru dan mata. Cara menghidu bau cuka adalah tidak akan menghilangkan atau membunuh covid -19 sama sekali,” ujarnya.
Ads
Pada masa sama, di dalam video yang dikongsikan Dr Champz ini ada memberitahu banyak langkah lain yang lebih mudah boleh dipraktikkan untuk menghindari daripada dijangkiti. Pastinya cara tersebut adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Jagalah jarak ketika berada di tempat awam, memakai double mask dan hand sanitizer. Paling penting sekali adalah kerap mencuci tangan.
Video ini mendapat tontonan hingga 133 ribu dan sebaiknya dijadikan pengajaran dan sewajarnya diambil serius apa yang cuba dikongsikan oleh doktor ini. Agar tidak ada lagi berlaku kes-kes yang boleh membahayakan diri sendiri.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Jika mahu menikmati Tauhu yang lebih enak dan sedap, apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Bergedil Tauhu. Malah, resipi ini juga boleh menarik perhatian anak yang tidak suka makan tauhu.
Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan jika dimakan bersama nasi atau sekadar dicicah dengan sambal hitam.
Bahan:
4 keping tauhu lembut
3 biji kentang | direbus/goreng
1-2 ketul dada ayam | dicincang halus/ rebus kemudian siat-siat.
1 biji bawang besar | dicincang halus
Bawang goreng | jika suka
1 pokok daun sup | dicincang
1/2 batang cili hijau & merah | dicincang
1/2 batang lobak merah | dicincang
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk bawang putih | jika tiada, boleh pakai bawang putih biasa, cincang dan goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur
Nota: Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi udang atau ketam
Cara Buat Tauhu Begedil:
1. Ubi kentang dan tauhu ditumbuk hingga halus.
2. Kemudian satukan dengan semua bahan yang lain kecuali telur. Gaul hingga semua bahan sebati.
3.Ambil adunan dan bulatkan seperti dalam gambar. Kalau nak lagi sedap, boleh dikukus selama 15 minit.
4. Pilihan kedua, inti tadi selain dikepal, boleh juga disumbat ke dalam tauhu pok. Caranya, potong bentuk X pada tauhu dan keluarkan isinya. Kemudian sumbat dengan inti tauhu tadi hingga penuh.
5.Ambil telur dan pecahkan. Pukul sedikit kemudian celupkan kepingan bergedil tauhu tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna menjadi perang. Minyak menggoreng sebaiknya ditukar setiap 2 kali gorengan bagi mendapatkan hasil bergedil yang cantik.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan bersama sambal kicap.
Macam-macam idea boleh dilakukan dengan menggunakan kayu pallet ini dan salah satunya adalah untuk dijadikan katil. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Airiel Ibnu Sufian berkongsi hasil kerja tangannya.
Oleh itu buat anda yang ingin lakukan DIY kerja pertukangan kayu, bolehlah cuba hasilkan katil seperti ini. Nampak ringkas dan menarik rekaannya.
“Yang abang buat ni, size Long Single. Ukurannya 80”x36”x15”. Mana tau kot ada yang nak try buat sendiri katil single kan. Tu lah ukuran dia. Unit ukuran dalam inchi ya” tulisnya di kapsyen di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Katil Single
Langkah pertama 1: Buatkan frame katil dengan ukuran 80”x36”x15”.
Langkah 2 : Buatkan kaki katil. Saya lapis 2×4 jadikan 4×4 yang dipotong menggunakan mitre saw & pull saw untuk potongan yang kemas.
Langkah 3 : Cantumkan dan pastikan juga bahagian rangka katil dibuatkan tulang. Ini sangat membantu memberi kekuatan pada katil tersebut.
Langkah 4 : Buatkan orang kita panggil ni kepala Katil. Omputih panggil Headboard ikut kreativiti.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...