Viral Gambar Notis Di Kedai Runcit Dikenakan Cas 30 Sen Untuk Kotak Telur Tutup Atas

Share

Sekarang ni kiri kanan depan belakang bercerita tentang harga barangan. Tak kira lah yang mana naik harganya, yang turun, yang kekal, semua diperkatakan. Lebih-lebih lagi bagi barangan mentah seperti telur sahaja pun sudah naik harga, bertambah pening kepala lah orang ramai terutamanya yang hanya mampu untuk membeli bahan mentah itu sahaja.

 

Malah, tular baru-baru ini apabila notis yang diletak di sebuah kedai menyatakan bayaran sebanyak RM0.30 sen akan dikenakan kepada pembeli yang mahu kotak sarang telur tambahan.

Memang kita sedia maklum yang kenaikan harga barang sudah bermula sejak 1 Julai yang lalu dan ramai rakyat terkesan susulan dari realiti ini.

Namun, ada juga yang seakan-akan mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain semata-mata keuntungan.

Dipetik dari laporan Kosmo, notis pemberitahuan tentang kotak telur tersebut dipercayai milik kedai borong di Kuala Lumpur.

“Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen setiap satu untuk kotak tutup atas,” notis itu tertulis.

Notis bayaran itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya kecewa dengan caj yang dikenakan.

Ada juga netizen yang berpendapat peklara ini terjadi kerana ada pihak yang mahu mengaut keuntungan yang lebih. Namun, ada juga netizen yang menyatakan bayaran tersebut logik dikenakan kerana banyak harga barang sudah naik.

Jadi, lepas-lepas ini dah kena mula simpan semua sarang kotak telur supaya dapat digunakan semula.

Sumber: Kosmo