Takut Atau Sayang Isteri
Kita tentu sudah biasa dengar, demi cinta lautan api sanggup ku renangi, apabila seorang suami sanggup berbuat apa sahaja demi isteri tersayang. Malah ada kata-kata tidak sedap didengar mengatakan suami takut isteri. Jadi, sesuai dengan tajuk pada hari ini, ‘Takut Atau Sayang Isteri’, sering menjadi bualan ramai. Maklumlah bila suami mengikut kehendak isteri macam-macam spekulasi yang diperkatakan oleh orang luar. Ikuti lanjut kupasan, Prof Madya Ts Dr Mohd Nor Mamat, Ketua Pusat Pengajian & Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara.