Kuih Kaswi, Menu Minum Petang Ala-Ala Kampung
Bila tekak mai rasa nak makan kuih-kuih ala kampung ni, selagi tak dapat selagi tu la dok teringin! Kalau nak puas hati, baik buat sendiri kan alang-alang nak jamu kat keluarga. Jom buat sendiri kuih kaswi. Mudah je tau rupanya… Zira pun first time buat. Memang terbaik! Jom cuba. Untuk adunan tu, cair ala-ala kita nak buat kuih jala, jangan pekat sangat nanti keras.
Resepi Kuih Kaswi Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka
3 sudu gula perang – boleh adjust ikut manis anda
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam