Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Home Isteri Bomba Terkorban Lemas Kongsikan Kenangan Hari Terakhir

Isteri Bomba Terkorban Lemas Kongsikan Kenangan Hari Terakhir

Enam anggota bomba terkorban dalam misi mencari dan menyelamat seorang remaja yang dipercayai tergelincir dan jatuh sewaktu memancing di sebuah lombong di Puchong pada Oktober tahun lalu.

Tanggal 4 Oktober 2018 mencatatkan detik yang sukar untuk seluruh ahli keluarga mangsa dan juga seluruh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Menceritakan kenangan hari-hari terakhir sebelum tragedi, isteri salah seorang wira terkorban, Shahmiza Salleh menceritakan, arwah suaminya yang periang bertukar pendiam dan lebih memerhatikan suasana sekeliling beberapa hari sebelum itu.

Dia kini redha dengan ketentuan Illahi dan terus tabah membesarkan dua anaknya.

Alfatihah buat semua wira yang terkorban.
Jasa dan pengorbanan anda amat kami sanjungi.



Video Berkaitan