
Nama-nama hebat dan terkenal seperti Khairul Aming, Che Sayang, Hamdan Mubarak dan ramai lagi content creator dalam dunia masakanmenjadi tumpuan Ramadan kerana perkongsian resipi yang viral.
Namun tidak kurang hebatnya dengan seorang figura istimewa ini, seorang warga emas yang dikenali sebagai Kak Cik Yah.
Gelagatnya ketika memasak dan berkongsi hidangan hasil air tangannya di Tik Tok cukup bersahaja malah mencuit hati ramai.
Persis air tangan nenek-nenek, makanan Kak Cik Yah terus membuatkan warga Tik Tok terhibur. Tidak hanya memasak, bahkan Kak Cik Yah turut mempromosikan tempat-tempat makan yang menarik.
Biarpun memasak menu kampung namun video perkongsian Kak Cik Yah tetap viral malah mula mendapat perhatian beberapa orang selebriti yang mula meninggalkan komen di videonya.
Komen-komen wargamaya pula sentiasa menghiburkan malah turut menyokong perkongsian video-video dari Kak Cik Yah.
@kakcikyah4♬ bunyi asal 4 – kakcikyah
Kongsi Empati, Bukan Kongsi Gambar Makanan Sedap Dan Percutian – Mangsa Banjir 2014

Isi Kandungan
ToggleSetiap kali musim banjir tiba, ramai yang terkesan teruk—kehilangan rumah, harta benda, dan terpaksa menempuh kesukaran besar untuk meneruskan hidup. Air mata mengalir, perasaan pilu menyelubungi, dan jiwa teruji dengan cabaran yang tidak pernah dijangka.
Dalam situasi begini, ramai mangsa banjir memohon kepada kita semua untuk lebih peka terhadap perasaan mereka. Mereka hanya mahukan sokongan moral, bukannya gambaran kebahagiaan orang lain yang boleh mengguris hati.
Sebagaimana perkongsian Affenddy Mohamad yang juga merupakan mangsa banjir 2014 yang berkongsi suka duka pengalamannya ketika itu.
Justeru, dalam masa yang penuh ujian ini, elakkanlah daripada berkongsi gambar makanan enak, percutian, atau apa-apa yang mungkin kelihatan tidak sensitif. Kita mungkin tidak berniat buruk, tetapi empati memainkan peranan besar untuk menjaga hati yang sedang terluka. Sama-sama kita berganding bahu untuk membantu mereka, sama ada melalui doa, sumbangan, atau sekadar menjadi pendengar yang baik.
“Berat mata memandang, berat lagi bihu memikul”
Beginilah saya boleh mulakan tulisan ini untuk kita memahami keadaan mangsa-mangsa banjir sekarang.
Saya cerita sedikit pengalaman saya dan saya kaitkan apa yang sedang berlaku. Kerana kita mahu berkongsi rasa. 2014 saya antara mangsa banjir besar di Kelantan. Masa tu saya terperangkap di rumah mentua bersama isteri, 2 orang anak dan ibu bapa mertua saya sendiri. Allah..Tuhan sahaja tahu apa yang kami telah lalui.
Kalau anda tengok dalam video dan gambar banjir terkini di Pantai Timur terutama di Kelantan, tak akan sama jika anda sendiri yang lalui pengalaman itu.
Air naik terlalu pantas.
Masa tu, kami ingat cukup hanya dengan bertahan di rumah sahaja dan mengharapkan air akan surut dan hujan akan berhenti. Tapi ianya tidak begitu. Meleset sama sekali.
Hujan tak berhenti. Air makin naik.

Akhirnya, kami terpaksa ambil sahaja mana-mana pakaian yang nampak di depan mata. Capai apa sahaja yang kami rasa penting. Phone, charger, pampers anak dan baju beberapa helai.
Beginilah juga situasi yang saudara-saudara kita sedang alami sebenarnya.
Ketika itu, berat hati nak meninggalkan rumah yang disitulah kita tidur, makan dan berehat serta berkeluarga.
Fikiran kusut. Emosi tak stabil. Badan letih sangat. Semuanya macam kosong.
“Kenapalah aku kena macam ni?”
Itu antara yang terdetik di hati saya ketika itu. Saya yakin, macam-macam emosi sedang bermain di dalam fikiran dan perasaan semua mangsa banjir sekarang.
Anda tahu tak,
Di tempat pengumpulan mangsa banjir, semuanya kekurangan. Apa yang anda fikir tak sempurna, sebenarnya ia lagi tak sempurna. Betul saya cakap.
Makanan tak cukup. Tidur tak sempurna. Ruang tak selesa. Elektrik terpaksa dimatikan.
Gelap. Panas. Kiri kanan, kedengaran suara-suara bayi menangis dan merengek. Mungkin lapar, mungkin panas dan mungkin tak selesa.
Allah..
Anda bayangkan dalam keadaan badan yang terlalu letih, tak dapat makan sebab makanan tak sampai dan kalau ada pun ianya memamg tak cukup.
Yang ada anak-anak kecil, saya saksi bahawa mak ayah makan sesuap sahaja selebihnya disuapkan ke mulut anak-anak.
“Pakcik dah makan?” Tanya saya kepada salah seorang warga emas yang ada depan saya.
“Dah makan dah sikit. Tak apa, asalkan cucu dapat makan”. Jawab pakcik tu sambil tak putus-putus cakap dekat cucunya “ayam tak ada ya..nanti kita makan ayam banyak-banyak”

Anda bayangkan, Lepas dah lebih 3 hari duduk di tempat pengumpulan mangsa banjir dengan jumlah yang ramai, apa yang terjadi agaknya?
Tandas? Ya, tandas memang sah tersumbat. Masuk tandas, najis bersepah.
Tak leh cuci. Air tak ada. Tandas sumbat. Tak boleh buang air besar.
Tak boleh buang air kecil. Usahkan nak buang air besar atau kecil, nak mandi pun air tak ada. Sebab ramai sangat manusia di situ, bukan kita sorang sahaja.
Line internet? Semuanya tak ada. Line putus. Kosong. Macam kita duduk dan tak boleh buat apa-apa. Nak bagitau saudara-mara kat tempat lain tak boleh.
Anak-anak nak hubungi tanya khabar mak ayah pun tak dapat.
Kami bukan sahaja putus perkara fizikal, tapi putus juga perkara jiwa.
Setiap pagi saya bangun tidur, saya melihat langit dan bercakap seorang diri.
“Ya Allah, bilakah semua ini akan berakhir”
“Ya Allah, bilakah aku dapat balik rumah?”
Apa rutin saya setiap pagi?
Bangun je tidur, saya terus pergi tengok paras air semasa. Saya memang buat tanda paras air semasa sendiri punya sebab nak tengok semalam macamana dan hari ini macamana.
Tujuannya saya nak tengok paras air makin tinggi ke makin surut.
Bila saya tengok tempat saya tanda tu tenggelam, maksudnya air makin tinggi! Tak surut pun! Makin tinggi adalah

Jam masa tu baru pukul 6 pagi.
Macamana saya nak hadap sehari sampai malam dengan keadaan macam ni?
Anak-anak dah boring gila. Tak ada mainan boleh main. Tak ada phone boleh tengok.
Ruang sempit untuk bergerak bebas. Hanya baring, tidur dan bangun berdiri di tempat kita sahaja.
Dalam keadaan otak dan badan yang terlalu letih, dalam masa sama kita kena perhatikan keselamatan anak-anak kecil ke mana mereka pergi.
Tak boleh lalai walau sesaat sebab kami sedang berada di tempat dikelilingi air. Bahaya.
Anda boleh bayangkan tidur kami macamana? Kami tidur beralaskan kotak-kotak makanan. Dihampar kotak-kotak tersebut di laluan pejalan kaki hospital. Masa tu kami di tempatkan di hospital daerah.
Hampir setiap malam, ada sahaja jenazah ditolak melalui laluan pejalan kaki tempat di mana kami ‘menginap’ setiap malam. Beberapa kali lalu di depan mata saya.
Saya terjaga. Bersandar di tiang yang ada. Melihat sekeliling sangat pilu.
Semua orang pakat berkorban. Mak ayah tidur bersandarkan dinding, anak-anak tidur beralaskan peha satu sama lain. ‘Bilik’ kita dan ‘bilik’ orang lain hanya dipisahkan dengan beg pakaian sahaja. Tak ada privacy.
5 hari kami di sana. Anda bayangkan setiap hari saya bangun pagi dan ‘kawan rapat’ saya masa tu hanyalah seutas jam tangan sendiri. Setiap saat saya tengok bila waktunya akan berubah supaya cepat datangnya malam dan cepat beralihnya hari. Bila akan perginya hujan dan bila nak datangnya mentari.
Allah..Penat. Sedih. Emosi. Kereta saya? Ya, kereta saya tenggelam habis
Kereta baru beli beberapa bulan dan baru upgrade beberapa benda pada kereta.
Hari pertama air paras tayar. Hari kedua air paras tingkap. Hari ketiga kereta tenggelam terus.
Buku-buku motivasi saya di dalam kereta, semua rosak. Tak boleh diselamatkan.
Antara buku yang saya sangat sayang ialah “Master Your Mind, Design Your Destiny” yang menjadi asbab saya berhenti guru dan tubuhkan konsultan motivasi pelajar.
Ya, ia buku sangat memberi makna besar kepada saya.
KEPERITAN BERMULA BILA BALIK RUMAH
Begitulah harta kita.Sekejap sahaja jika Tuhan nak ambil. Bila semuanya reda, anda ingat semuanya ok? Tidak! Sama sekali tidak.
Kesedihan dan keperitan baru nak bermula sebenarnya!
Saya sambung kisah keperitan sebenar. Anda balik rumah, anda akan lihat semua barang rumah hancur, rosak dan semuanya anda lihat macam barang buruk sahaja.

Baju-baju dan perkakas rumah diselaputi tanah keras bekas air tanah yang menggelami rumah sebelum itu. Perkakas elektrik rosak teruk. Dinding dan tingkap rumah pecah.
Bumbung rumah hanyut. Macam-macam yang anda akan lihat nanti.
Ya, ujian emosi anda baru nak bermula sebenarnya. Waktu perit anda di tempat pengumpulan mangsa banjir tu sebenarnya ‘latihan’ sahaja sebelum anda betul-betul diuji waktu anda melihat rumah anda ketika anda dah boleh balik rumah nanti.
Macamana agaknya orang tua kita? Mereka berdualah yang akan membersihkan rumah tanpa anak-anak di sisi. Bayangkan dalam tangisan air mata tanpa anak-anak di sisi.
Allah..Cerita saya ketika itu pula begini,
Peristiwa 2014 itu, saya satu-satunya menantu yang ada dan isteri saya satu-satunya anak yang ada ketika itu. Adik beradik ipar dan biras yang lain tak dapat balik sebab jalan sangkut.

Laluan masuk ke Kelantan tak boleh masuk. Di Gua Musang dan Kuala Krai masih tinggi air. Kami di Tanah Merah pun masih teruk sebenarnya. Cuma rumah mentua saya ni tempatnya sedikit tinggi berbanding tempat lain.
Saya masih ingat, ketika saya dan ayah mentua berazam untuk balik tengok rumah pada hari ke-5, air laluan masuk ke rumah masih di paras dada. Kami berjalan masuk mengharungi air paras dada.Beberapa kali air masuk ke mulut.Sebabkan rumah mentua ni tinggi, maka kami dapat masuk ke rumah dan cuci rumah. Kami masuk menggunakan bot orang kampung.
Air masih menggelami tangga rumah.Dalam rumah dah tak ada air dah.
Yang ada hanyalah… Huhu.. Saat kaki saya melangkah masuk ke rumah, saya baru sedar yang saya sedang memijak tanah liat macam di bendang sawah padi di bawah mentari terik.
Tanah liat keras memenuhi semua ruang rumah! Tanah tu keras!
Ada juga beberapa tempat masih berlumpur! Busuk! Hanyir!
Anda bantu saya jawab, di manakah tempat pertama saya nak bermula untuk cuci bila saya melihat situasi seperti itu di depan mata? Saya bersandar di dinding.
Saya tak tahu nak mula kat mana.Saya tengok kiri, saya tengok kanan.
Tak tahu nak mula dari mana dan buat apa.
“Fendy, buat je la mana-mana dulu..Baba nak tengok barang belakang rumah sekejap”. Kedengaran suara ayah mentua saya memberi semangat.
Suaranya perlahan mungkin tak tergamak nak bagitau apa perlu buat dan di mana perlu saya bermula sebab hanya kami berdua sahaja yang ada ketika tu.
Yang ada kudrat saya seorang.Ayah mentua dah tua.
Allah..
Saya bersihkan rumah sambil titisan air mata keluar dari pipi. Menangis sebab letih.
Emosi saya down teruk. Badan tak cukup rehat.Tidur tak cukup sempurna.
Lihat pula situasi seperti itu seorang diri. Tapi macam mana pun, kena buat juga.
Saya masuk ke setiap bilik, saya tengok semua keadaan sama.
Tanah keras. Ada beberapa penjuru yang berlumpur. Baju dan barang semua kena air.
Kena kumpul dan cuci semua tu dan basuh. Panjang pengalaman ini.
ELAK TAYANG MAKANAN SEDAP DAN GAMBAR BERCUTI
Saya nak bagitau anda, ini jugalah yang sedang dirasai oleh semua mangsa banjir.
Ketika ini dan selepas ini. Semua mereka itu sedang diuji dengan emosi, ketabahan dan kesabaran. Maka, saya menyeru marilah kita berdoa di dalam setiap solat kita.
Sedekahkan al fatihah dan doa kepada semua mangsa banjir yang terlibat. Niat semoga Allah permudahkan urusan semua. Kita boleh makan dan minum selesa,
Mereka tidak. Kita boleh tidur nyenyak, Mereka tidak.
Kita boleh beribadah dengan baik, Mereka tidak.
Saya tak tahu nak tulis macamana lagi. Tapi saya seru, simpanlah sedikit kebahagian dan keselesaan kita sementara ini.
Jangan tunjuk di media sosial buat masa ini kerana kita pasti dapat merasai kesengsaraaan mangsa-mangsa banjir walaupun tidak secara jasad, pasti ia secara ruh.
Kalau nak makan sedap, makanlah. Sembunyikan dari tatapan media sosial. Kalau nak pergi melancong, pergilah. Simpan dulu dan upload kemudian.
Saya nak cakap satu je, andai setiap orang diberi pengalaman hadapi banjir sekali, pasti tidak akan diminta lagi pengalaman yang keduanya. Begitulah yang saya boleh simpulkan.
Cerita anda pula bagaimana?
Anda yang ada pengalaman macam saya, boleh ceritakan di komen. Sama-sama kita menginsafi ujian Tuhan. Kepada Allah kita berserah.
Mari sama-sama kita doakan di komen untuk semua saudara-saudara kita di Pantai Timur dan seluruh negara yang sedang diuji banjir ketika ini.
Sumber:Affenddy Mohamad
Emma Maembong & Bekas Suami Tetap ‘Berbaik’ Meskipun Sudah Berpisah, Luang Masa Bersama Anak-anak

Isi Kandungan
TogglePelakon Emma Maembong dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat mesra melayani anak-anak meskipun mereka sudah berpisah. Emma berkongsi gambar bersama bekas suami dan anak-anaknya, Syariq Gabriel serta Syakil Aryan Shah di Instagram.
Emma Maembong & Bekas Suami Tetap ‘Berbaik’ Meskipun Sudah Berpisah
Dalam hantaran tersebut, Emma dan Shazli dilihat ceria memangku kedua anak-anak mereka sewaktu keluar bersama adik-beradik serta anak buahnya.
Menerusi hantaran itu juga, kapsyen yang disertakan menyatakan yang Syariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah telah keluar berjalan-jalan dengan ibu serta bapanya.
Mereka merasakan cukup gembira apabila ibu saudara serta sepupu turut ada bersama.
“Keluar dengan baba dan mama semalam bersama ibu saudara serta sepupu. Kami sangat gembira,” tulisnya.
Luang Masa Bersama Anak-anak
Perkongsian Emma telah mendapat perhatian warga maya di media sosial. Ramai yang gembira melihat Emma dan bekas suami tetap baik walaupun sudah berpisah demi anak-anak.
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32 telah mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.
Walaupun tidak mendedahkan bila tarikh sebenar mereka bercerai, namun selebriti itu menyatakan yang tempoh idahnya sudahpun selesai. Mereka masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak mereka yang berusia 4 dan 1 tahun.
Sekadar info, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober 2024.
Sumber: Instagram Shariq Gabriel
Baca artikel lain juga: Emma Maembong Dedah Berpisah, Tetap Jaga Hubungan Baik Bekas Suami
Baca Zikir Sambil Tepuk Adik, Pandai Betul Anak Sulung Emma Maembong Tidurkan Adik!
Asyik Kena Tegur Soal Pantang, Akhirnya Emma Maembong Buka Mulut!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Kenapa Anak Jepun Tak Menangis di Hari Pertama Sekolah? Ini Rahsianya!

Semalam, sesi persekolahan baru sahaja bermula di kebanyakan negeri di Malaysia. Seperti yang dijangka, ramai ibu bapa berkongsi pengalaman anak-anak yang menangis di hari pertama sekolah, terutamanya bagi mereka yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan.
Namun, menariknya di Jepun, hampir tiada anak-anak yang menangis pada hari pertama mereka ke sekolah. Mengapa perkara ini berlaku? Apa yang mereka lakukan sehingga anak-anak begitu tenang dan selesa?
Perkongsian daripada Zunita Ramli ini membuka mata kita tentang bagaimana sistem pendidikan di Jepun membantu kanak-kanak menyesuaikan diri tanpa air mata di hari pertama sekolah.

Semalam sesi persekolahan baru bermula di kebanyakan negeri di Malaysia. Seperti yang dijangkakan, banyak gelagat anak-anak menangis bila pertama kali jejakkan kaki ke alam persekolahan.
Tapi menariknya, di Jepun, hampir tiada anak-anak menangis semasa hari pertama persekolahan.
Mengapa?
Pertama sekali perlu difahami mengapa anak-anak ini menangis. Kebanyakan anak-anak yang menangis ini kerana psikologi mereka rasa “tak selamat” berada di persekitaran baru. Muka-muka baru, rakan-rakan baru, guru baru, tambahan pula ibu bapa yang selama ini sentiasa bersama mereka, tiada (separation anxiety). Semua ini sangat asing bagi mereka.
Sebab itulah di Jepun, untuk anak-anak yang pertama kali mahu melangkah ke alam persekolahan seperti di tadika contohnya, tadika akan mengadakan aktiviti dan menjemput anak-anak yang bakal bersekolah di situ, paling kurang 2-3 kali sebelum sesi sebenar persekolahan bermula. Aktiviti ni boleh jadi seperti sukaneka, melawat kawasan sekolah, dan sebagainya.
Ini bagi membiasakan anak-anak ini dengan persekitaran tadika tersebut, kenal dengan rakan-rakan baru dan bakal guru mereka. Jadi bila mereka dah kenal dan dah biasa dengan persekitaran tersebut, ia akan mengurangkan rasa “tak selamat” dan seterusnya mengurangkan kadar tangisan di hari pertama persekolahan.
Satu lagi yang saya kira “genius”, hari pertama persekolahan di Jepun biasanya bermula Khamis.
Macam pelik kan, kenapa mula Khamis?
Kenapa bukan Isnin?
Secara psikologinya, ianya bertujuan untuk kurangkan impak perubahan rutin baru. Bermakna, mereka sekolah dua hari je Khamis Jumaat lepas tu cuti. Kira macam nak bagi fasa perubahan murid tak berapa drastik lah.
Bermakna, psikologi “seronok pergi sekolah” dah diterapkan dari hari pertama sesi persekolahan lagi, jadi tak ada isu lah untuk pelajar ke sekolah bagi minggu seterusnya.
Persediaan psikologi anak-anak untuk ke sekolah, dah dibuat jauh lebih awal. Nampak simple, tapi ia beri impak besar. Bila murid seronok ke sekolah, secara tak lansung akan kurang masalah ponteng, pelajar lebih fokus, semangat dan sebagainya.
Begitulah.
Sumber: Zunita Ramli