“Saya tak memaksa dia untuk memakai tudung. Cuma ada hari tu katanya, ‘If i pakai tudung ok tak?’. Saya cakap ‘up to you’. Ia bukan paksaan.”
Begitulah jawapan spontan dari pelakon Datuk Fizz Fairuz mengenai isterinya Datin Almy Nadia setelah manis bertudung litup.
Sejak akhir-akhir ini di media sosial, ramai peminat menyedari akan penampilan baru Almy Nadia.
Terdahulu menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Fizz hanya menulis caption ringkas penuh makna.
“Alhamdulillah..no caption. Just sad…tq Allah.”
@keluargamag Terkini: Almy Nadia manis bertudung, akhirnya ini luahan spontan Fizz Fairuz! #almynadia #fizzfairuz #almynadiabertudung #fyp ♬ bunyi asal – Majalah Keluarga
Tak Pernah Paksa Pakai Tudung
Berkongsi berita baik itu, majalah keluarga berpeluang bertentang mata dengan aktor hebat ini sewaktu sesi penggambaran Projek Cuti Keluarga Dan Keluarga Gader anjuran Majalah Keluarga di Taman Tema Legoland baru-baru ini, Fizz Fairuz menjawab soalan dengan tenang penuh makna mengenai penampilan baru isteri tersayang.
Kata Fizz Fairuz kepada majalah keluarga bahawa dia tidak pernah memaksa isterinya untuk memakai tudung.
“Saya tak memaksa dia untuk memakai tudung. Cuma ada hari tu katanya, ‘If i pakai tudung ok tak?’. Saya cakap ‘up to you’. Ia bukan paksaan.”
Namun dia tidak sangka selepas habis penggambaran filem Mat Tudung 2, isterinya meluahkan hasrat ingin bertudung.
Bagaimanpun Fizz mengakui tidak terkejut dengan perubahan isterinya lantaran sebelum ini Almy pernah bertanya mengenai hal itu.
“Jadi hari berikutnya habis shoting filem Mat Tudung 2, esoknya dia pakai tudung. Tapi saya tak adalah terkejut,” ujarnya berterus terang.
Dah Tiba Masanya
Malah katanya lagi, Almy pernah bertanya sama ada dia menyukai penampilan dirinya dengan memakai tudung. Sebaliknya Fizz menasihati isterinya bahawa pemakaian tudung itu bukan sebab dirinya tetapi kerana Allah.
“Allah dah bagi you masa. Dapat anak, dapat itu ini. Ini hadiah dari Allah. Cara memakai tudung.”
Doa Yang Terbaik Buat Isteri
Fizz Fairus memberitahu sebagai suami dia boleh bersikap memaksa isterinya memandangkan ahli keluarganya lain turut bertudung namun tidak.
Malah bersyukur dan mendoakan yang terbaik dengan penampilan baru isterinya.
“Sebagai suami, saya boleh paksa. Saya tak nak jadi macam tu. Kalau terbuka hatinya nak pakai tudung. Jika belum bersedia, ‘its up to you.’”
“Jika rujuk kepada saya, sudah mestinya. Mak, kakak saya semua memakai tudung. Mak dan adiknya pun memakai tudung. Dah cukup masanya memakai tudung. Dah sampai panggilannya tu. Saya berdoa mana yang terbaik buatnya.”
Tudung Neelofa
Siapa sangka penggambaran filem Mat Tudung 2, menjentik hati Almy Nadia untuk bertudung. Kebetulan tudung yang digunakan untuk penggambaran adalah tajaan dari Neelofa.
Kata Fizz, ketika menggunakan tudung untuk penggambaran, Almy ada memuji tudung Neelofa cantik dan ingin memakainya. Pada awalnya dia tidak menyedari niat isterinya ketika itu.
“Sejak Almy bertudung ni belum ada kesempatan lagi membeli tudung. Tudung untuk filem yang ditaja oleh Neelofa, Almy pakai.”
Katanya lagi, sepatutnya tudung tajaan harus dipulangkan semula. Namun Neelofa memberikan ia sebagai hadiah buat Almy dan meluahkan rasa syukur dan memberi kata-kata positif dengan perubahan rakan artisnya.
Sumber: TikTok: Majalah Keluarga
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club