Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Mula Dijalankan, Ini Langkah Yang Ibu Bapa Perlu Ikuti Untuk Pendaftaran Ini!

Share

Fokus pemberian vaksin untuk kanak-kanak seawal umur 12 tahun bakal dilaksanakan untuk mendapatkan imuniti kelompok sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19.

Keputusan kerajaan itu melegakan banyak pihak, terutama apabila terdapat desakan agar kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas segera diberikan vaksin memandangkan impak jangkitan dalam kelompok itu semakin membimbangkan.

Terbaru, pemberian vaksin untuk kanak-kanak dan remaja berusia 12-17 Tahun mula Dilaksanakan.

Panduan lanjut: https://www.mysumber.tv/vaksin-covid19/

Cara daftar vaksin bagi remaja dan kanak-kanak:

1. Buka aplikasi MySejahtera.
2. Klik butang COVID19 Vaccination.
3. Klik menu Add Vaccine Dependent.


4. Klik pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID19.
5. Klik butang Proceed.


6. Sahkan maklumat nama dan nombor IC yang dipaparkan dengan menandakan tick pada pengesahan.


7. Selesai. Berjaya didaftarkan.

Sumber: Mysumber