
Fokus pemberian vaksin untuk kanak-kanak seawal umur 12 tahun bakal dilaksanakan untuk mendapatkan imuniti kelompok sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19.
Keputusan kerajaan itu melegakan banyak pihak, terutama apabila terdapat desakan agar kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas segera diberikan vaksin memandangkan impak jangkitan dalam kelompok itu semakin membimbangkan.
Terbaru, pemberian vaksin untuk kanak-kanak dan remaja berusia 12-17 Tahun mula Dilaksanakan.
Panduan lanjut: https://www.mysumber.tv/vaksin-covid19/
Cara daftar vaksin bagi remaja dan kanak-kanak:
1. Buka aplikasi MySejahtera.
2. Klik butang COVID19 Vaccination.
3. Klik menu Add Vaccine Dependent.
4. Klik pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID19.
5. Klik butang Proceed.
6. Sahkan maklumat nama dan nombor IC yang dipaparkan dengan menandakan tick pada pengesahan.
7. Selesai. Berjaya didaftarkan.
Sumber: Mysumber
Ini Kelebihan Pokok Money Plant Yang Ramai Tak Tahu. Antaranya Buat Rasa Tenang Dan Bersihkan Udara Yang Tercemar. Rugi Tak Tanam!

Menurut kajian yang dijalankan oleh NASA, money plant mampu membersihkan bahan cemar bawaan udara seperti VOCs, benzene, toluene, formaldehyde, carbon monoxide dan xylene. Mereka menggelar money plant sebagai “Super Power Houseplant“. Dengan kenyataan ini tentu kita berminat untuk berkebun menanam pokok ini. Menurut puan Huda Zainal, pokok bersaiz kecil ini mudah tanam dan hidup. Ia tidak memerlukan pengurusan yang rumit.
Dengan ini, kepada mereka yang terkenal dengan super duper busy, boleh cuba tanam pokok ini yang punya banyak manfaat. Kecil-kecil cili padi! Rupanya banyak manfaat pokok ni.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Menurut Environmental Protection Agency (EPA) Amerika Syarikat, udara dalam rumah sebenarnya 5 kali ganda lebih kotor daripada luar. Dan kita menghabiskan 80% masa di dalam bangunan.
Menjadikan pokok hidup sebagai hiasan dalam rumah memberi banyak manfaat kepada penghuni. Antara pokok yang sesuai bagi yang baru ingin berjinak dengan pokok hidup adalah ‘money plant’ atau pothos.
Kerisauan paling utama apabila memiliki houseplant adalah takut pokok mati. Namun sifat money plant yang mudah hidup dan tidak memerlukan cahaya untuk terus hidup menjadikan money plant pilihan yang sangat bagus.
Kelebihan money plant sebagai hiasan dalam rumah:
1. Mudah dijaga
Money plant mampu hidup dalam air atau ditanam pada tanah. Jika di tanah, money plant mampu bertahan dengan tanah yang berkelembapan tinggi atau tanah kering dan tidak mempunyai saliran air yang baik.
Kerana itu, nama lain bagi money plant adalah Devil’s Vine akibat dirinya yang memegang watak “Hard To Kill”.
2. Senang dibiakkan
Potong pada bahagian vine dan rendam di dalam air bersih sehingga tumbuh akar baru. Kebiasaannya, dalam masa 7 hari akan keluar akar baru.
Setelah itu bolehlah dipindahkan ke dalam pasu berisi tanah. Namun jika dibiarkan berbulan dalam air, money plant mampu hidup dan mengeluarkan tunas baru.
3. Mampu tumbuh tanpa cahaya matahari
Walaupun tanpa cahaya matahari,money plant mampu terus hidup dan bertahan. Cuma proses tumbesaran pokok akan sedikit perlahan dan daunnya hanya akan berwarna hijau sahaja tanpa calitan warna putih kekuningan.
4. Membersihkan bahan cemar dalam udara
Menurut kajian yang dijalankan oleh NASA, money plant mampu membersihkan bahan cemar bawaan udara seperti VOCs, benzene, toluene, formaldehyde, carbon monoxide dan xylene. Mereka menggelar money plant sebagai “Super Power Houseplant“.
Kesemua bahan cemar ini turut dikaji oleh Japan Institute of Science & Technology. Dan mereka juga mendapati money plant mampu menyingkirkan kesemua bahan cemar yang menjadi ancaman kepada kesihatan manusia.
5. Meningkatkan kelembapan dalam udara
Money plant mampu meningkatkan kelembapan dalam udara yang mampu mencegah daripada kerap selsema dan bersin.
Kerana itu, money plant sangat sesuai diletakkan di dalam bilik tidur bagi membantu mengurangkan masalah bersin setiap pagi.
6. Pokok yang versatile
Money plant boleh dihias dengan pelbagai cara. Meletakkan di atas rak atau digantung kerana sifatnya yang mampu hidup dalam pelbagai keadaan.
7. Memberi ketenangan
Kajian dibuat keatas 14 lelaki Jepun yang berusia 21 hingga 27 tahun menunjukkan individu yang memegang daun money plant mampu memberi ketenangan.
Kajian ini menunjukkan bahagian otak yang dipanggil cerebral berada dalam keadaan pegun ketika mereka memegang daun money plant dengan keadaan mata yang ditutup berbanding ketika mereka memegang kain, metal dan bahan buatan manusia.
Jadi untuk yang ingin bermula, money plant sangat sesuai dan bagus untuk dijadikan hiasan dalam rumah.
Dah ada 9 balang money plant dalam rumah.
Sumber: Huda Zainal
Petua Turunkan Kolesterol. Modal Sikit Tapi Banyak Khasiatnya, Kulit Pun Cantik & Badan Rasa Ringan Je!

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Petua ini dikongsikan oleh Puan Razzyatt Urutan Tradisional. Selamat mencuba!
PETUA TURUNKAN KOLESTEROL
.
Skg ni tiap²pg kak yatt blend epal hijau dan setengah biji timun..pastu perah suku biji lemon dan 1 sudu besar madu.
Alhamdulillah..badan rasa ringan..buang toksin dalam badan..turunkan kolestrol..
Kulit pun cantek..😍
Moh cubaaa…
Diuji Dengan Kanser Prostat, Keluarga Kunci Kekuatan Dato’ Sri Nazir Razak Untuk Bangkit!

Bila sebut sahaja tentang penyakit kanser tentu bukan semua antara kita mampu menerima kenyataan andai disahkan diri mengidap kanser.
Apatah lagi penyakit kanser ini semua maklum sebagai penyakit yang merbahaya dan sering dikaitkan penghujungnya akan membawa penyebab kematian kepada pesakit.
Pun begitu, perlu difahami andai kanser ini dapat dikesan diperingkat awal, seseorang itu masih ada banyak peluang untuk pulih dan akhirnya bebas sepenuhnya daripada penyakit kanser tersebut.
Ini sebagaimana perkongsian eksklusif daripada Dato’ Sri Nazir Razak yang kini disahkan telah bebas daripada kanser prostat.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bertuah kerana kanser prostat saya dikesan pada peringkat awal sekitar bulan Oktober 2018. Saya tidak mengalami sebarang gejala.
“Kanser ini dikesan ketika saya menjalani pemeriksaan prostat sebagai syarat awal pembelian insurans. Saya menjalankan ujian di London dan memberitahu doktor saya ketika itu untuk menjadualkan pembedahan saya selepas saya pulang dari bercuti.
“Betapa sihatlah saya rasa pada masa itu sehingga boleh bercuti dengan keluarga!
Menceritakan lanjut pengalaman ini, nyata semangat Dato’ Sri Nazir untuk kekal positif dan tabah menghadapi ujian banyak didorong oleh keluarga tercinta.
“Apabila saya mendapat tahu yang saya menghidap kanser prostat, saya serta keluarga risau kerana ia diketahui bahawa kanser mampu meragut nyawa pada bila-bila masa, dah saya juga khuatir jika sesuatu tidak baik berlaku semasa prosedur pembedahan.
“Tetapi keluarga saya memberi semangat, terutamanya isteri dan anak-anak saya yang meyakinkan saya bahawa prosedur tersebut akan berjalan lancar dan saya akan cepat sembuh.
“Saya kekal positif sepanjang proses pemulihan dan mengikuti nasihat doktor seperti berhenti merokok, jaga makan minum, serta mendapat rehat yang secukupnya.
“Kanser ini telah memberi impak yang positif kepada gaya hidup saya sekarang.
“Sebelum ini, saya terlalu fokus dengan kerjaya saya di CIMB sehingga mengabaikan kesihatan diri.
“Kini, saya lebih memandang serius tentang kesihatan saya. Saya mengambil keputusan untuk berhenti merokok dan lebih kerap bersenam.
“Saya juga meluangkan lebih banyak masa bersama mereka yang tersayang dan menyedari betapa pentingnya orang di sekeliling saya seperti keluarga dan juga kawan-kawan rapat.”
Kaedah Rawatan
“Saya melakukan ujian ‘prostate specific antigen’ ataupun ujian PSA yang boleh dilakukan dengan ujian darah. Dari ujian itu didapati bahawa tahap PSA saya tinggi dan disyorkan menjalani MRI yang kemudian mengesahkan bahawa terdapat ketumbuhan di prostat.
“Selepas itu, saya menjalani prosedur biopsi yang mengesahkan bahawa ketumbuhan tersebut sudah tahap kanser.
“Hasil biopsi tersebut menunjukkan bahawa skor Gleason saya tinggi dan saya disyorkan untuk menjalani pembedahan.
“Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Oleh kerana saya melalui pemeriksaan awal, kanser tersebut masih dalam keadaan terkawal dan masih terhad pada kawasan prostat jadi barah tersebut dapat dikeluarkan. Dalam masa beberapa bulan, saya telah pulih dengan sepenuhnya.”
Lawan Kanser Dengan Gaya Hidup Sihat
“Saya cuba memakan makanan yang lebih berkhasiat dan mengurangkan makanan yang berlemak tinggi. Saya juga bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, tidak kira di rumah ataupun dengan di luar apabila bermain golf.
“Pada masa kini, tiada satu strategi yang dibuktikan berkesan untuk mengelak kanser prostat.
“Oleh itu, untuk mengurangkan risiko kanser prostat, kita perlu mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat. Makanan seperti tomato, brokoli dan ikan adalah sangat penting untuk meningkatkan kesihatan prostat.”
Nasihat Dato’ Sri Nazir kepada golongan lelaki bagi mencegah kanser prostat.
1. Jangan melengahkan masa lagi. Jika anda mempunyai gejala seperti kerap membuang air kecil, sukar untuk membuang air kecil ataupun mempunyai nafsu berahi (libido) yang rendah, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
2. Walaupun anda tidak mengalami apa-apa gejala, anda harus menjalani pemeriksaan prostat yang berkala selepas umur 50 tahun dan ke atas.
3. Selain itu, jika anda mempunyai sejarah kanser prostat dalam keluarga terdekat, anda adalah dalam golongan yang berisiko tinggi dan wajar menjalani pemeriksaan prostat yang berkala dengan doktor anda.
4. Di Amerika Syarikat di mana ujian prostat kerap dilakukan, kemungkinan golongan lelaki mendapat kanser prostat adalah 10%. Ingat, hanya lelaki berisiko mendapat kanser prostate, dan mampu diselamatkan jika dikesan dan dirawat dengan awal.
Jangan lupa juga untuk saksikan Power Talk Fight Against Cancer pada 18 Nov 2020 secara live di fb Mingguan Wanita.