Uyaina Dedah Punca Abang Meninggal Dunia, Nasihat Kerap Buat Pemeriksaan Kesihatan

Share

Umum sedia maklum minggu lepas pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memberitahu tentang kepulangan abang sulungnya ke negara abadi di laman Instagram miliknya.

Disebabkan ramai yang tertanya-tanya tentang punca pemergian abang kesayangannya itu, Uyaina memilih untuk bercerita hal tersebut di live Instagramnya iaitu Major Dr. Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, meninggal dunia akibat jantung tersumbat, collapse ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Masih bersedih di atas kehilangan abang sulungnya pada malam Khamis lalu, Uyaina Arshad menasihatkan pengikutnya di laman Instagram agar sentiasa menjalani permeriksaan kesihatan berkala.

Menurut Uyaina, penyakit serangan jantung kini bukan lagi hanya menyerang golongan berusia sebaliknya, yang muda turut tidak terkecuali.

“Memang ajal tidak mengenal usia, kita mungkin rasa kita jaga makan, menjalani kehidupan sihat. Tapi saya nak pesan, jangan kita rasa diri kita sihat. kena rajin-rajin buat check up untuk periksa tahap kolestrol, jantung kita.

“Serangan jantung bukan lagi penyakit untuk orang berusia,” kata Uyaina.

Uyaina turut membaca beberapa fakta tentang serangan jantung dalam satu artikel dan salah satu puncanya adalah disebabkan daripada keturunan sejarah keluarga seperti yang dialami oleh keluarganya.

Dalam pada itu, Uyaina turut berharap agar kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu memandangkan jadual kerja doktor yang sentiasa sibuk dan padat sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat rehat yang secukupnya.

“Abang saya tidak merokok, umur 35 tahun, fit dan sihat. Betul, ajal dah tertulis di tangan Allah.

“Doktor punya kerja memang sangat memenatkan, harap sistem (kerja) doktor diperbaiki. Saya harap akan ada lebih banyak consideration daripada kerajaan. Tiada guna cuba lahirkan ramai doktor tapi at the end of the day, mereka kerja teruk-teruk… tiada siapa yang jaga mereka,” katanya.

Sumber : Uyaina Arshad

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini