
Umum sedia maklum minggu lepas pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memberitahu tentang kepulangan abang sulungnya ke negara abadi di laman Instagram miliknya.
Disebabkan ramai yang tertanya-tanya tentang punca pemergian abang kesayangannya itu, Uyaina memilih untuk bercerita hal tersebut di live Instagramnya iaitu Major Dr. Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, meninggal dunia akibat jantung tersumbat, collapse ketika melakukan aktiviti berbasikal.
Masih bersedih di atas kehilangan abang sulungnya pada malam Khamis lalu, Uyaina Arshad menasihatkan pengikutnya di laman Instagram agar sentiasa menjalani permeriksaan kesihatan berkala.
Menurut Uyaina, penyakit serangan jantung kini bukan lagi hanya menyerang golongan berusia sebaliknya, yang muda turut tidak terkecuali.
“Memang ajal tidak mengenal usia, kita mungkin rasa kita jaga makan, menjalani kehidupan sihat. Tapi saya nak pesan, jangan kita rasa diri kita sihat. kena rajin-rajin buat check up untuk periksa tahap kolestrol, jantung kita.
“Serangan jantung bukan lagi penyakit untuk orang berusia,” kata Uyaina.
Uyaina turut membaca beberapa fakta tentang serangan jantung dalam satu artikel dan salah satu puncanya adalah disebabkan daripada keturunan sejarah keluarga seperti yang dialami oleh keluarganya.
Dalam pada itu, Uyaina turut berharap agar kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu memandangkan jadual kerja doktor yang sentiasa sibuk dan padat sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat rehat yang secukupnya.
“Abang saya tidak merokok, umur 35 tahun, fit dan sihat. Betul, ajal dah tertulis di tangan Allah.
“Doktor punya kerja memang sangat memenatkan, harap sistem (kerja) doktor diperbaiki. Saya harap akan ada lebih banyak consideration daripada kerajaan. Tiada guna cuba lahirkan ramai doktor tapi at the end of the day, mereka kerja teruk-teruk… tiada siapa yang jaga mereka,” katanya.
Sumber : Uyaina Arshad
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Raysha Rizrose Dedah Wajah Anak Lepas 4 Bulan Bersalin, Sedondon Pagi Raya!

Pelakon cantik jelita, Raysha Rizrose tampil berkongsi wajah cahaya mata kesayangannya sempena Aidil Fitri ini.
Menerusi Instagramnya, Raysha memuat naik gambar sekeluarganya di pagi raya sekaligus memperkenalkan wajah si comel Raiya Nadine.
Raysha tampil sedondon mengenakan busana berwarna merah jambu meraih perhatian ramai.
“Doa kami telah dimakbulkan, dan hidup kami telah berubah untuk selamanya.
“Alhamdulillah untuk Raiya Nadine kami.
“Semoga Allah memberkatinya dengan hati yang mengenal-Nya, jiwa yang mencari-Nya, dan kehidupan yang dipenuhi dengan kasih sayang-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri semua,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ramai memuji wajah comel Nadine yang kini berusia tiga bulan lebih.
Terdahulu Raysha selamat melahirkan cahaya matang sulungnya, Raiya Nadine pada Disember tahun lalu.
Meniti Hari Tua Dengan Tenang Tanpa Bebanan Kewangan. Wanita Ini Kongsi Cara Ayahnya Urus Kewangan. Inspirasi!

Pengurusan kewangan yang betul akan membuatkan kita berbelanja secara berhemah agar mempunyai tabungan atau simpanan.
Ia menjadi keperluan apabila saat kita menghadapi masalah kewangan atau kebocoran tabungan.
Lantaran itu, ilmu kewangan sering mengingatkan kita berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak.
Betulah peribahasa ukur baju di badan sendiri masih kekal releven pada hari ini.
Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini mengenai cara ayahnya mengurus kewangan keluarga.
Ikuti perkongsian ini.
Abah di bawah sedang menunggu pembentangan Belanjawan. Abah ingatkan pukul 3, rupa- rupanya pukul 4. So terpaksalah menunggu sikit masa lagi. Cerita bab belanjawan ni tetiba saya teringat.
Secara jujurnya cara pengurusan kewangan family kami sekarang, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara abah walaupun bukanlah sepenuhnya.
Ya, saya tak pernah lihat abah keluh kesah bab duit. Abah tak kaya, tapi ada.
Apa yang abah buat?
‘UKUR BAJU DIBANDAR SENDIRI’
1) Ukur baju di badan sendiri. Contoh, gaji rm2k, jalani cara hidup orang bergaji rm2k, bukan ikut gaya hidup orang bergaji rm5k. Mampu beli kereta Axia, janganlah beli Jazz pulak. Kita mampu minum secawan air kopi di kedai mamak, tapi disebabkan life style kita minum kopi di cafe yang secawan kopi berharga berbelas- belas ringgit. Di sini ramai orang kita silap.
2) Disiplin. Setiap bulan Abah hanya akan withdraw duit 2 kali sahaja. Sekali waktu hari gaji, sekali lagi dua minggu selepas itu. Dengan duit itu pandai- pandailah berjimat cermat. Kalau gaji masuk awal di musim perayaan pun Abah tetap buat perkara yang sama.
3) Tak berhutang. Dua benda yang Abah hutang adalah kereta dan rumah. Itupun kedua- duanya Abah dah settle awal. Tak silap saya waktu umur Abah 30-an semua tu dah settle. Dan Abah takde pun nak beli rumah baru ataupun kereta baru. Apa yang ada dah memadai kata Abah. Dia taknak menambah hutang. Mazda 323 tu lah yang Abah pakai sampailah Abah dah tak boleh bawak kereta. Bayangkan kereta guru biasa lagi cantik, lagi mahal, lagi baru dari guru besar. Hehehe. Kalau tv rosak tunggulah sebulan dua Abah kumpul duit. Namun nak berhutang, tidak kata abah. Kalau boleh, elakkan.

4) Didik isteri supaya tidak mewah berbelanja. Bersyukur apa yang ada. Abah seperti suami yang lain juga. Barang keperluan Abah sediakan cukup. Waktu Abah bekerja, Abah berikan duit lauk untuk Mak beli setiap hari. Ada masa Abah belikan baju dan sebagainya. Mak pun faham. Mak bukan jenis yang suka meminta itu ini. Menjadi isteri seorang guru besar bukanlah tiket untuk Mak hidup mewah dan bermegah. Lagipun berapalah sangat gaji pada waktu itu. Mak sama saja, tetap seorang wanita kampung yang hidup sederhana sama seperti orang lain. Kerjasama ini membuatkan belanjawan keluarga terkawal. Mak main peranan penting juga. Al fatihah Mak.
5) Dulu masa di kampung setiap bulan Abah sponsor bayaran elektrik surau. Saya kagum sebab Abah ketepikan duit gaji untuk tujuan ini. Ada majlis di surau Abah suka beri sumbangan. Selain itu Abah akan ketepikan untuk Tok (ayah abah) dan mak dan ayah mertua. Setiap bulan Abah bagi duit pada Tok, dengan mertua Abah suka belikan barang dapur. Saya percaya asbab ini juga Allah bagi rasa cukup pada Abah.
6) Abah suka bantu family. Waktu majlis perkahwinan adik- adiknya, Abah mesti hulurkan wang pada arwah Tok. Mak pernah cerita waktu tu kakak abah baru kematian suami. Ketika itu hari hujan,
” Nah, jom kita ke rumah kak. Hari hujan ni. Dia mesti tak boleh nak menoreh ke apa. Nak beli beras, barang dapur bawak ke dia..”
Itulah Abah..
Sekarang dah hampir 30 tahun Abah pencen. Abah pencen awal dari umur sepatutnya. Abah kata aku nak pencen awal sebab dah tak banyak tanggungan. Tinggal saya seorang saja yang bersekolah menengah pada waktu itu. Hutang pun takde, so apa tunggu lagi kan. Nak nikmati hari tua pula.
Sejak pencen memang saya lihat Abah tenang sebab tak runsing menanggung beban hutang. Duit pencen memang ‘bersih’ untuk kegunaan sendiri.
Saya pun teringin. Ya, teringin nak menghabiskan hari tua dengan tenang tanpa bebanan kewangan.
Apa yang saya belajar dari cara Abah, nak bebas kewangan tak semesti kena jadi kaya.
Kalau kita pandai manage kewangan, pandai menahan nafsu berbelanja, pandai ukur baju di badan sendiri, inshaAllah kita ‘selamat’.
Dan..
Yang paling penting,
” Sentiasa bersyukur atas apa saja rezeki yang Allah beri..”
Sumber: Nurlia Mohd Nor
Dua Kanser Disebabkan Rokok, Lelaki Ini Kongsi Kisah Benar. Jadikan Iktibar.

Sudah kita maklum semua, rokok adalah antara penyebab kanser. Namun ada lagi masih tegar sehingga menjejaskan kesihatan.
Biarpun tahu akan bahaya tabiat ini, masih lagi ada yang kekal dengan gaya hidup yang tidak sihat ini.
Nak tahu kesannya. Ikuti kisah benar yang boleh dijadikan iktibar.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Haji Suhaimi Basar bagaimana beliau berhenti merokok.
Ikuti kisah ini.
AKU ROKOK DAN 2 JENIS KANSER
Doktor banyak kali nasihat suruh berenti,sebab kerap batuk. Saya dengar je Doktor,bebel.Masuk telingga kiri,keluar kat kanan.
Sampai lah saya batuk darah,pada hujung Dec 2009,tak banyak,satu dot je darah,tapi Dato Dr Wahab Suparlan,Chest Physician, Ampang Putri suruh saya warded.Further check dia cakap. Tiba2,dia bagi tahu saya kena TB,Tuberculosis.
Bila Dr confirmed kan saya ada sakit TB ( Tuberculosis) saya di beri rawatan kat rumah je.Doktor Wahab kata kena mkn ubat,non stop selama 6 bulan.Ubat pil tu pulak,2 bijik,besar seuras jari telunjuk.
MACAM MANA SAYA BERENTI MEROKOK.
Masa warded tu,Dr paksa saya berenti.Dia bagi ubat pil,bole tawar mulut/tekak dan rasa loya bila nak merokok,Tapi,ketagih nak hisap tu masih ada.
Masa warded tu,saya tak hisap kat ward,tapi turun ke bawah,kat emergency,tepi tiang.
Masa Dr Wahab beri saya pil berenti merokok tu,anak pompuan saya,suka sangat (time tu dia 9 tahun,rapat manja ngan saya) sebab nak ayah dia sembuh dari sakit TB yg dia rasa punca nya dari rokok.Dia ingat saya dah berenti.
Masa dia balik ngan Mak Hajjah,dlm kereta,dia nampak saya merokok lagi kat tepi tiang emergency tu,saya lihat dia terkejut tengok saya merokok lagi,sambil dia tutup muka dgn dua tapak tangan ,nangis.
Sedih,sayu lak tengok dia time tu,tiba2 macam tersedar.Ehh,ramai org nak aku berenti,dari Doktor hingga lah ke anak bini.Tapi,aku ni syok sendiri tanpa fikir perasaan org lain.
Terdetik time tu,ni last rokok aku hisap.
Alhamdulillah.Lepas discharge saya terus totally stop.
1st,3 week tu,memang struggle.Memang susah nak lupa,Ye lah dari umur 14 tahun sampai 47 tahun (33 tahun) merokok tanpa miss.
Alhamdulillah,sampai sekarang,terus tak hisap lagi.
KANSER PARU PARU
Dua minggu sekali,kena jumpa Doktor Wahab,utk dia review x.ray paru2 saya.
Sebab sakit TB ni dia lebih bersarang di paru2.
Dia notice,something abnormal shadow growth kat kanan paru2 saya. Dari besar 5 sen coin hingga ke sebesar 50 sen coin,dalam masa 3 bulan.
Biopsy di buat,dgn cara,saya meniarap dan satu jarum panjang di cucuk dari belakang badan saya.(Hidup2 Doktor tu buat,tanpa bius) Di cucuk hingga sampai ke tempat paru2 yg abnormal tu.Time jarum tu menusuk masuk,saya bole tahan lagi,tapi bila dia cubit sikit tisu paru2 saya,MasyaALLAH,sakit nya.
Lemah longlai,macam nak pitam pun ada,
Sebelum tu bole berlenggang utk procedure tu,lepas tu kena tolak ngan atas katil ke wad.Sakit nya.
Tisu paru paru itu di hantar ke lab dan confirmed.Stage 1A Lung Cancer.Giant cell carcinoma.
Ikut kata Dr ,kanser ni aggresive,silap silap dalam masa 6 ke 9 bulan bole terus ke stage 4. Dr memang bagi tahu,salah satu akibat kanser ni ROKOK yang saya hisap 33 tahun tu lah.
Saya dibedah (Lobectomy Surgery) oleh Dato Dr Samani pada 29.3.2010.Hari Isnin. Ambik masa 3 jam.
Masa sedar,saya dah di bilik ICU. Apa yg pertama keluar kat mulut saya,Ya ALLAH,Sakit nya.Ya ALLAH Sakit nya sampai lah ke malam.
Sepupu saya,datang jumpa Dr Samani,mintak bagi morphine tahan sakit kat saya.
Doktor kata dah maximum bagi dah tu.Dia kena tahan sikit sakit,sebab operate paru2 saya ni lagi major pada jantung bypass.
Memang sakit,tambah2 dgn drain tube,tembus dari belakang badan sampai ke paru2 saya.
Esok nya pindah ke wad biasa.Tak bole nak tidur dgn drain tube tu,nafas pendek (suku paru2 saya dah di buang) Memang tak rest duduk di wad masa tu.Duduk sakit,baring sakit,pusing kiri sakit,pusing kanan lagi lah,tempat operation.Tak lena tidur saya lima hari tu.
Hari ke 5,baru drain tube tu di cabut.Lega sikit.(Utk pengatahuan,drain tube ni kalau cabut tak sakit,walau pun hujung nya sampai ke paru2,hairan gak.
Saya kena 8 kali kimo,buat di Gleneagles,sebab time tu,Ampang Putri tak da lagi Oncologist.
Kimo di bawah selian oleh Prof.Dato Dr Fuad.
Saya ambil cuti sakit 8 bulan utk fully recovery dari operation dan sessi kimo.
Dulu,saya ingat kimo2 ni,macam kena baring kat katil bedah ke apa.
Rupa2 nya duduk kat kerusi,macam Ogawa tu,lepas tu drip air kat urat.
1st day nak buat kimo,nurse cari2 urat tangan,tak jumpak lak.
Tak da pilihan,kena buat kimo port.
Kena masuk bilik bedah lagi,full GA,buat satu kimo port,dekat2 ngan bahu kanan saya.
Dah ada kimo port ni senang lah nurse nak buat keje.
Kimo ni,ambik masa 3 ke 4 jam 1st day tu,saya cuba gagah berani utk bertahan.Lepas kimo,bole drive lagi dari Jln Ampang ke Bangi,pas tu balik ke Kg Pandan.
Hari kedua ok lagi.
Hari ke tiga saya tumbang,demam,mulut ulser,kepala berat,sembelit,loya,selera mkn tak da.
Memang2 tak selesa. Tu baru kali pertama,ada 7 lagi. Kimo ni tak bole buat direct hari2,kena rilek seminggu dua,baru kimo lagi.Nak kena ambik darah dulu,nak cek,darah putih ok tak utk kimo seterus.
Dah completed 8 kali,kimo,masuk keje balik 8hb Nov 2010 Tapi.masih lagi under observation oleh Prof Dr Fuad.
KANSER USUS PULAK
Masa hujung Nov 2010 saya kerap buang air besar berdarah.Buat colonscopy dgn Dr Arnand Bhupalan.Jumpa lak kanser usus.Stage 1B,Adenocarcinoma.Dekat Sigmoid.
Operation buang Sigmoid pada 28hb Dis 2010,oleh Dr Mahadevan. Yg ni pun lain macam sakit operation nya
Lima hari atas katil,tak mkn tak minum.
Perut terasa kembung,sebab proses healing usus tu nak lekat balik.
Bila angin dlm perut dah tak boleh nak keluar,Doktor Maha,suruh Nurse jolok tiub dari mulut.Jolok2,tak jumpa pulak saluran ke perut.Sampai dia org give up/surrender.Berdarah jugak lah tekak saya,kesan jolokan tu.Menahan lagi lah kekembungan utk mlm itu.
Hari ke 6,baru saya turun katil,bergerak selalu,baru lah keluar angin .
Kanser usus ni Doktor bagi tahu tak payah buat kimo.
Bulan April 2011,Alhamdulillah saya kembali bertugas hingga lah sekarang.
Konklusi nya,saya telah melalui dua operation yg major dan kedua2 nya memang menyakitkanTempohnya seminggu dua,lepas tu,dah bole terima, dia nya sakit.
Dan,punca nya,tentu lah dari ROKOK yg saya hisap dulu.
Doktor, kalau bagi tahu kita ni smoker dulu,memang dia org salah kan kita lah,siapa suruh hisap rokok.
APA YG BERLAKU MASA SAYA KENA KANSER TU.
Time tu lah,dengar saudara mara,sahabat handai yg consent dgn saya.Bagi nasihat tentang makanan.Sambil2 tu, jual gak produk mereka.
T.ksh jugak pada mereka yg bagi pendapat dan pandangan kat saya.
Tapi,
kita yg Tuan punya badan.Kita yg tanggung dia org punya teori .Duit kita yang keluar.Ribu2 dah rasa nya.Bukan dia org belanja .Saya rasa supplement ni tak payah lah,mahal,membazir.
Tanya Prof Dato Dr Fuad di Gleneagles.Yang merawat dan bagi kimo kat saya tu.Mintak pendapat tentang makanan utk pesakit kanser macam saya.
Dr Fuad kata.
You kata
Org Melayu kata jgn makan ini itu
Org Cina kata jgn makan ini itu
Org India kata jgn makan ini itu.
HABIS,YOU NAK MAKAN APA?
Kesudahan nya.
Saya makan apa yg saya rasa saya nak makan.Bagi saya,ALLAH bagi saya nikmat dunia ni utk makan,selagi bole makan,saya makan. Alhamdulillah.Dah lepas 10 tahun,kanser saya tak berulang lagi.
Maaf jika ada kekurangan.
Mungkin ada perubahan dlm komen2 dan posting2 saya sebelum ini.
Semoga ada manfaat bersama.
Sumber: Haji Suhaimi Basar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
https://t.me/keluargagaderclub