Uwais ‘Throwback’ Momen Keluar Shopping Dengan Ibu, Netizen – “Dia Boleh Cerita Tanpa Linangan Airmata”

Share

Meskipun sudah dua tahun meninggal dunia, nama pelantun lagu ‘semakin’ iaitu tidak lain tidak bukan iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sering menjadi sebutan orang ramai.

Baru-baru ini, tular di laman Tiktok sebuah video tentang anak sulungnya, Uwais Alqarni yang mengimbau kembali momen bersama ibu kesayangannya itu membeli belah. Katanya dalam perkongsian itu, ketika mencari baju ibunya tertarik dengan minyak wangi seorang wanita yang lalu di sebelah mereka.

Dek kerana berkenan dengan bau tersebut, ibunya tanpa segan menegur wanita berkenaan bertanyakan jenis pewangi tersebut dan terus membelinya.

“Masa tu beli baju. Ibu terlalu sebelah perempuan ni tiba-tiba ibu macam bau perfume perempuan tu. Ibu kata perempuan tadi tu wangi, ibu nak tanya dia pakai perfume apa. Pastu ibu pergi kat dia ibu tanya dia pakai perfume apa dan ibu beli perfume tu,” katanya.

Usai menceritakan kejadian tersebut, Uwais terus pergi mengambil pewangi itu dan menghidunya seperti rindu akan kehadiran ibunya.

@suciuwais RINDU IBU #sitisarahraisuddin #uwaisalqarni #fyp #kenangan ♬ Saat Hilang Cintamu – Sarah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak mendengar kisah Uwais dan mengatakan Uwais seoranga anak yang kuat kerana bercerita tanpa menunjukkan reaksi sedih.

Untuk rekod, Allahyarhamah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Sumber : @suciuwais