Usus yang tidak sihat boleh jadi penyebab anxiety. Tahukah anda bahawa kesihatan mental, termasuk anxiety atau kebimbangan, mungkin berkait rapat dengan kesihatan usus anda?
Usus Yang Tidak Sihat Boleh Jadi Penyebab Anxiety
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, para saintis dan pakar kesihatan telah menemui kaitan yang kuat antara kesihatan usus dengan kesihatan mental melalui apa yang dikenali sebagai paksi usus-otak (gut-brain axis).
Apakah Paksi Usus-Otak?
Paksi usus-otak ialah saluran komunikasi dua hala antara usus dan otak yang dikawal oleh sistem saraf autonomi, hormon, dan mikrobiota usus. Usus kita mengandungi jutaan mikroorganisma, termasuk bakteria baik dan buruk, yang memainkan peranan penting dalam pencernaan, imuniti, dan juga fungsi otak. Apabila keseimbangan bakteria ini terganggu, ia boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan gejala seperti anxiety.
Bagaimana Usus Tidak Sihat Mempengaruhi Anxiety?
Keradangan Usus
Usus yang tidak sihat sering dikaitkan dengan keradangan kronik. Keradangan ini menghasilkan bahan kimia seperti sitokin (cytokines) yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi otak. Sitokin yang berlebihan boleh mencetuskan perasaan gelisah dan tekanan.
Kekurangan Mikrobiota Baik
Mikrobiota baik membantu menghasilkan bahan kimia penting seperti serotonin, yang dikenali sebagai “hormon gembira.” Menariknya, lebih daripada 90% serotonin badan dihasilkan dalam usus. Apabila bakteria baik tidak mencukupi, pengeluaran serotonin terganggu, yang boleh membawa kepada anxiety dan mood yang tidak stabil.
Stres Dan Usus
Stres kronik boleh melemahkan dinding usus, menyebabkan kebocoran usus (leaky gut). Apabila usus bocor, toksin boleh masuk ke dalam aliran darah dan mencetuskan tindak balas imun, yang seterusnya boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan anxiety.
Hubungan dengan Sistem Saraf Enterik
Usus sering disebut sebagai “otak kedua” kerana ia mengandungi sistem saraf enterik yang berhubung langsung dengan otak melalui saraf vagus. Gangguan pada usus boleh mengganggu komunikasi ini, meningkatkan risiko anxiety dan kemurungan.
Ads
Gejala Usus Tidak Sihat
Perut kembung, sembelit, atau cirit-birit.
Alahan makanan atau intoleransi makanan.
Rasa letih berterusan tanpa sebab yang jelas.
Kerap sakit kepala atau migrain.
Mood swings atau perubahan emosi secara tiba-tiba.
Cara Meningkatkan Kesihatan Usus Untuk Mengurangkan Anxiety
Amalkan Pemakanan Probiotik dan Prebiotik
Probiotik (seperti yogurt, kimchi, dan tempe) membantu menambah bakteria baik dalam usus, manakala prebiotik (seperti pisang, bawang putih, dan asparagus) memberi makanan kepada bakteria baik.
Kurangkan Makanan Tidak Sihat
Elakkan makanan yang tinggi gula, makanan segera, dan makanan yang diproses kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria buruk dalam usus.
Ambil Serat yang Mencukupi
Serat membantu menjaga sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Makanan seperti sayur-sayuran, bijirin penuh, dan buah-buahan kaya dengan serat.
Ads
Kawal Stres
Amalkan teknik relaksasi seperti yoga, meditasi, dan senaman ringan untuk mengurangkan kesan stres terhadap usus.
Dapatkan Tidur yang Cukup
Kurang tidur boleh mengganggu keseimbangan mikrobiota usus. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti selama 7-9 jam setiap malam.
Kesihatan mental dan kesihatan usus adalah saling berkait rapat. Jika anda mengalami anxiety yang berpanjangan, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai kesihatan usus anda.
Dengan menjaga usus melalui pemakanan yang sihat, pengurusan stres, dan gaya hidup seimbang, anda bukan sahaja boleh meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mengurangkan risiko anxiety dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Ingatlah, usus yang sihat adalah asas kepada minda yang sihat!
Menu berpantang sebenarnya tidak perlukan yang terlalu sarat dan berat. Cukup hanya sup sayur, ikan dan menu sampingan untuk membuang angin.
Salah satu menu wajib ketika berpantang pastinya bawang putih dan ikan bilis rangup yang dimasak dan dibuat stok selama berpantang 44 hari. Wajib cuba!
Ada yang tengah berpantang tak? Sama la kita. Hehe. Saya nak share resepi paling senang. Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.
BAWANG PUTIH & IKAN BILIS GORENG RANGUP
Bahan-bahan digoreng:
Bawang kecil hiris nipis.
Bawang putih hiris nipis.
Ikan bilis.
Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)
Bahan Perasa:
Lada hitam disangai & ditumbuk halus. (secukup rasa)
Garam halus. (secukup rasa)
Gorengkan kesemua bahan goreng secara berasingan. Ketepikan.
Kemudian gaulkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata.
* Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*
Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Memang membuka selera.
Candy detergent, kini kian menjadi pilihan sebagai bahan pencuci pakaian yang wangi beraroma sekali gus membuatkan ramai yang teruja untuk membelinya. Meski pun bersaiz kecil namun harumannya cukup hebat.
Tidak dinafikan juga jika sekali pandang, candy detergent ini persis gula-gula. Cantik dan menarik.
Namun siapa sangka ia mampu membawa kesan yang tidak dingini kepada seorang kanak-kanak.
Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan di twitter untuk dijadikan peringatan agar ibu bapa lebih waspada dengan penggunaan sabun tersebut.
Bau Sabun Kuat Dari Dalam Mulut
Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar. Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.
Cepat-cepat sabun semua dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena dihadap sendirian. Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.
Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (kategori bahan kimia ionic and non ionic).
Maksudnya, kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.
Selain tu, sabun ni boleh menyebabkan:
-Hakisan pada lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.
-Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.
Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ni saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.
Nasihat saya, simpanlah sabun ni di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan anak. Kalau anak tertelan bahan pencuci, jangan paksa dia muntah.
Kalau paksa dia muntahkan sabun tu, anak boleh tersedak. Bila tersedak, sabun tu boleh masuk ke paru-paru pula. Lagi bahaya. basuh mulut anak dengan air berkali-kali. Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu. Bawa segera ke hospital.
Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Kalau anak tidak sihat tentunya orang yang paling risau kitalah sebagai ibu bapa. Tak duduk senang dibuatnya bila lihat suhu badan anak tinggi hingga mencecah suhu 39 C. Kalau boleh ingin segera diberi ubat agar cepat sembuh sepertimana saranan doktor.
Namun lain pula kisahnya yang dikongsikan oleh doktor ini berkenaan sikap segelintir ibu ayah yang juga merupakan kawannya, tidak membenarkan ubat demam dimasukkan melalui punggung dek kerana ada tanggapan yang salah berkenaan ubat tersebut.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Baru-baru ni, kawan saya dari Selangor hubungi saya. Dia kata anak dia demam tinggi dan tak kebah-kebah. Bila pergi ke klinik, rupanya positif jangkitan Influenza.
Doktor tu nak bagi ubat demam melalui punggung tapi kawan saya ni tak bagi.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Saya kata gini.
Ada 2 jenis ubat demam yang selalu diberi melalui punggung ni.
Yang pertama namanya Paracetamol.
Bila Paracetamol diberi melalui punggung, kita panggil ia sebagai Suppository Paracetamol.
Nama pendek dia Supp. PCM.
Yang kedua, namanya Diclofenac dan ia dibawah kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug).
Diclofenac pun boleh diberi melalui punggung dan nama pendeknya ialah Supp. Voren.
Ada 1 kajian yang diterbitkan di Jepun. Dia dapati kadar kematian meningkat bila ubat Diclofenac diberi pada pesakit yang positif jangkitan Influenza.
Jadi, dah jelas yang kita tak boleh bagi Suppository Diclofenac kalau positif jangkitan Influenza.
Saya nasihatkan dia untuk guna Supp. PCM sahaja.
Dos untuk Supp. PCM, kiraannya macam ni:
Umur 3 bulan – 11 bulan : 60 – 125mg
Umur 1 tahun – 4 tahun : 125 – 250mg
Umur 5 tahun – 11 tahun : 250 – 500mg
Selalunya, Supp. PCM datang dalam dos 250mg.
Jadi kalau anak umur setahun, boleh patahkan ubat Supp. PCM jadi dua dan beri separuh.
“Separuh lagi tu kau simpan. Lagi 6 jam, kau bagi lagi separuh tu kalau masih demam.”
Maksimum boleh bagi Supp. PCM 4 kali sehari dan ubat ni tak boleh ditelan. Kalau masih tak sihat, saya minta dia bawa ke klinik lagi.
Di hujung perbualan tu, kawan saya cakap
“Kita yang dewasa ni kalau demam, senang sikit.”
Saya tanya dia, dah kenapa pula senang.
Dia jawab gini.
“Kita demam, pergi ambil MC dah terus baik. Hahaha!”
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.