Setiap kata-kata ibu itu adalah doa, ungkapan ini biasa kita dengar dan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Menyentuh tentang berdoa, tidak semestinya kita harus duduk di atas tikar sejadah, namun boleh dalam pelbagai keadaan. Hatta, sedang menghantar anak-anak ke sekolah setiap pagi sekali pun.
Hal ini turut dikongsikan oleh seorang ustazah agar setiap kali menghantar anak-anak ke sekolah, kita iringi dengan kata-kata hikmah ini sepertimana yang dijelaskannya.
Sebelum anak ke sekolah, waktu anak bersalam dengan kita.. bisikkan di telinga anak dengan penuh keikhlasan,
“Abang, Allah jaga abang. Allah gembirakan abang. Allah sayang abang..Belajar sungguh-sungguh ye nak. Sayang kawan-kawan. Sayang guru-guru. Umi selalu doakan abang walaupun umi tak ada dengan abang ya. Allah jaga abang InsyaAllah. “
InsyaAllah jadi motivasi luar biasa kepada anak-anak. Walaupun anak hanya ke taska atau tadika. Bisikkan kepada mereka.
Inilah doa kita..doa ibu ayah yang ikhlas mengiringi perjuangan anak-anak insyaAllah. Moga Allah menjaga mereka dengan sebaik-sebaik penjagaan. Amin.
Sumber : Ainun Mardhiah