Ramai ibu bapa inginkan anak yang cemerlang tapi ada juga yang memiliki anak sebaliknya.
Anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti slow leaner biasanya akan ketinggalan dalam pembelajaran.
Ustazah ini kongsi tip yang boleh dijadikan panduan.
Saya menerima banyak pertanyaan, bagaimana cara mengendalikan murid ‘Slow Leaner’ cicir atau murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
Setiap kali persoalan ini diajukan, saya terbayangkan satu firman Allah SWT. Inilah jawapan padu kepada segala persoalan Sahabat. Baca dan hadamkan. Moga bermanfaat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud:
Allah memberi Hikmah kebijaksanaan (Ilmu yang berguna)
Kepada sesiapa yang dikehendakiNYA ( menurut aturan yang ditentukan oleh Allah)
Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia diberikan kebaikan yang banyak.
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
JELAS..
Hanya Allah yang mampu tanamkan benih ilmu dalam hati dan fikiran manusia.
Usaha seorang guru ialah menyampaikan atau memberi tunjuk ajar sebaiknya, soal kepandaian serahlah pada Allah.
Gambar sekadar hiasan
Inilah kunci sebenar kepada sifat redha dan menerima segala kelemahan yang ada pada murid.
Ya FATTAH,
Yang maha membuka.
Bukalah pintu hati kami dan anak didik kami untuk menguasai ilmuMU.
Hanya Engkaulah tempat kami menumpahkan kesedihan dan gundah gulana.
Ads
Ya ‘ALIIM,
Engkau maha mengetahui hikmah apa yang kami dan anak didik kami akan perolehi,
kurniakanlah kebijaksanaan kepada kami untuk menerima dan menilainya.
IKUTI TIP INI
1. Ilmu itu milik Allah SWT
Allah SWT pernah berfirman dalam surah al-Hadeed ayat 2
Maksudnya “…..Dan DIAlah yang maha berkuasa keatas setiap sesuatu”
Setinggi mana ilmu dan kepakaran yang kita miliki sebagai guru, kena yakin dan percaya semuanya milik Allah SWT.
Jangan pernah merasa kecewa jika penerimaan murid terhadap kemahiran yang kita ajar adalah berbeza-berbeza. Lapangkan fikiran, cikgu sudah menjalankan amanah sebagai pendidik, sedaya upaya membantu memulihkan anak didik yang mempunyai masalah pembelajaran. Akhirnya kembalilah kepada Allah SWT pemilik akal dan hati anak-anak ini untuk menyerapkan dan hadamkan ilmu yang kita ajar.
2. Ta’aruf dan bina keyakinan diri
Biasanya murid Slow Leaner sangat sinonim dengan sikap Introvert ( Senyap dan suka bersendirian) dan Inferior ( Rendah Diri). Perkara paling asas dan utama untuk membantu anak ini adalah bina keyakinan mereka dan beri kekuatan yang selama ini mereka benamkan jauh dari sudut kehidupan.
Carilah apakah punca masalah murid kita. Kelemahan dan kekurangan ini akan menjadi tembok dan penghalang untuk mereka keluar dari kepompong.
Cikgu jadilah hero dan heroin mereka dengan memecahkan tembok yang ada, binalah keyakinan diri mereka untuk menjadi murid yang hebat.
Ads
Tidak susah..percayalah, saya pernah bantu murid yang mempunyai rasa rendah diri kerana memiliki sedikit kecacatan pada anggotanya ( tidak sampai OKU), selalu mengasingkan diri dan jarang memberi respon.
Satu hari saya dapat bersendirian dengan anak ini.
Alhamdulillah, semuanya Ilham dan pertolongan dari Allah.
Saya beritahu dia“ Semua yang Allah cipta adalah sempurna, tidak ada kekurangan sedikitpun walaupun manusia memandang kita berbeza. Ingat! Allah hanya menilai kebersihan dan kebaikan hati untuk jadi orang hebat”.
Alhamdulillah, selepas peristiwa itu dia rajin jumpa saya untuk mintak tunjuk ajar..SIMPLE… Inilah permulaan yang kita mahu.
3. Cari kekuatan
Carilah kekuatan yang ada pada mereka, pupuk dan kembangkan. Kekuatan yang ada mampu menjadi baja untuk menyuburkan semangat dan potensi diri.
4. Tenang dan jauhi tekanan
Seorang sahabat pernah meluahkan perasaan. Murid yang diajar hanya dapat menguasai sedikit sahaja kemahiran walaupun berjam-jam mengadap. Esok belum tentu ingat . seperti mencurah ke daun keladi. Merasa sangat sia-sia di atas segala usaha yang dilakukan.
Sikap berputus asa akan menghilangkan rahmat Allah SWT.
Jadi orang yang paling tenang dan penyabar kemudian tunggulah khabar gembira dari Allah.
Ads
Percaya atau tidak perasaan tertekan guru menjadi penyumbang utama kepada kemurungan dan melahirkan murid yang tercalar emosinya.
Ajarilah mereka ikut kemampuan, bukan mengejar silibus. Jangan memberi tekanan kepada murid kerana mereka dilahirkan dalam keadaan yang berbeza dengan murid biasa. Terimalah kenyataan itu, jangan samakan dengan murid arus perdana. Abaikan silibus yang bertimbun, ajarlah mereka dengan berhikmah kerana itulah yang tuntut oleh Agama.
Santuni mereka sebaiknya, biasanya murid begini lebih dalam kasih dan sayangnya pada cikgu. Sanggup berkorban, bersusah payah kerana cikgu. Kenali dan bangunkan potensi mereka. Sekalipun mereka tidak boleh jadi pandai, tapi mereka boleh jadi orang baik dan bertanggungjawab dalam masyarakt.
5. Kongsi dengan ibu bapa.
Penting! Siapapun ibu bapa mereka, kongsilah sedikit sebanyak perkembangan anak-anak ini. Cikgu sangat perlukan kesinambungan. Ibu bapa yang mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka akan lebih prihatin dan mengambil berat segala keperluan anak.
Mohon ibu bapa anak-anak ini titipkan doa supaya Allah permudahkan urusan guru mendidik dan menyampaikan ilmu kepada anak mereka.
Cikgu boleh kongsikan doa ini untuk ibu bapa baca:
Setiap pagi sebelum ke sekolah, ibu atau ayah letakkan telapak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak kemudian bacalah:
Salawat pada nabi
Ya Qawiyy 3x
Ya ‘Aziiz 3x
Ya Jabbaar 3x
Ya Mutakabbir 3x
Surah As-Syarh 1x
Akhiri dengan salawat
Kemudian sapu muka dan dada anak.
6. Tawakkal
Tawakkal kepada Allah SWT akan menjadikan seorang guru memiliki hati yang kuat dan teguh, sentiasa merasa tenang dengan takdir Allah. Jika menerima kebaikan, tidak lupa untuk bersyukur, jika menerima ujian sentiasa besabar.
Beruntungnya cikgu yang mengajar anak-anak ini, mereka Allah kurniakan akal yang sentiasa berputar, mencetuskan inovasi yang pelbagai, aplikasi teknik-teknik yang pelik tapi luar biasa. Hikmah Allah bagi kita anak-anak syurga ini.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun sudah lama berkahwin, kita harus sentiasa memastikan hubungan dengan pasangan sentiasa harmoni dan bahagia. Memang benar, kadan kala, pergaduhan kecil akan terjadi, namun, sepatutnya dielakkan kerana ia akan menjadi pencetus rasa tidak puas hati.
Oleh itu, terdapat pelbagai petua dan amalan agar rumahtangga kekal bahagia. Ia termasuk mengamalkan beberapa surah termasuk surah Yusuf. Sememangnya kita semua tahu bahawa Nabi Yusuf dilahirkan dengan rupa paras yang begitu mengasyikan sehingga bisa buat sesiapa yang terpandangnya berkelana… sehinggakan ada orang yang menganggapnya bidadari suatu ketika dahulu.
Beliaulah yang paling tampan dan berseri-seri dan oleh kerana itu, ramai yang sering berkongsi dan berpendapat bahawa beberapa dia dari Nabi Yusuf sendiri mempunyai keistimewaannya dan salah satunya adalah untuk membuatkan orang senang dan suka dengan kita.
Doa pasangan yang sentiasa menyayangi
Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin“.
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Peringatan: Sebelum mengamalkan doa ini, sila tetapkan kepada diri bahawa niatkannya untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain.
Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi.
Manfaatkan doa ini sebagai ‘penyeri’ wajah diiringi dengan niat baik terutamanya untuk melembutkan hati si suami atau isteri agar lebih mengasihimu.
Boleh dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau bacakannya ketika mahu berhadapan dengan pasangan.
Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4
Jika dibaca bersungguh-sung sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, ia dapat mententeramkan keluarga yang tidak harmoni.
Jika dibaca 7 kali setiap setiap selesai solat maghrib dan subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri.
Jika di hadapan doa tersebut ditambah dengan kalimat “Ya Abrozhu” berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin”… ia bisa meningkatkan kewibawaan orang yang mengamalkannya itu.
Jika selepas membaca surah Yusuf ayat empat kemudian membaca pula surah Taha ayat 1-8 berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.
Selain surah yusuf auat 4 ini, menyebut zikir “Ya Latiff” diikuti surah asy-Syu’raa ayat 19 bermaksud, “Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi aha kuasa” ketika sedang memasak hidangan untuk keluarga juga boleh menguatkan kasih sayang suami.
Bila-bila masa lain, boleh juga amalkan zikir “Ya Hayyu” (yang maha hidup), “Ya Qayyum”(yang maha menegakkan), “Ya Latiff” (yang maha lembut) dan “Ya Rahman” (yang maha pengasih).
Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ketentuan Dia, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang yang menentukan segalanya.
Bahagia yang dikecapi pasangan ini hanya seketika, bila mana sang isteri dijemput kembali menemui Sang Pencipta dalam satu kemalangan ngeri. Kemalangan tersebut melibatkan treler panjang penuh muatan dengan sebuah kenderaan yang dipandu sorang wanita di Sabah.
Menurut sumber, wanita tersebut berasal daripada Kota Belud telah meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.
Baru berkahwin namun ajal menjemput
Lebih menyedihkan, wanita yang dikenali sebagai Norhijrah Hussin baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan suaminya sebulan yang lepas.
Menerusi akaun Facebook suaminya yang dikenali sebagai Sukardi Otai, hari ini iaitu 30 April 2019 telah genap sebulan usia perkahwinan mereka.
Al fatihah buat isteriku yang tersayang Semoga damai disana.
“Maafkan abang atas apa jua kesalahan abang selama perkahwinan yang singkat ini. Hari ini 30.04.2019 genap sudah sebulan perkahwinan kita. Abang bersyukur diberikan kebahagian walau hanya sementara kerana sayang sudah pergi selamanya.
“10 tahun sayang persembahkan kesetiaan.abang sangat terharu jarang wanita sehebat sayang.abang nikahi sayang kerana sesungguhan yang mendalam. Tapi kini abang dah kehilangan kerana Tuhan lebih menyayangi sayang.. Abang dah izinkan segalanya abg redhah keatas Yang Maha Kuasa.
“Abg berdoa agar diberikan kekuatan untuak meneruskan impian sanyg walaupun sayang sudah tiada…
semoga roh dicucuri rahmat ditemptkan ditempt orang-orang yang beriman.
Amin… (Arwah isteriku Norhijrah Hussin)
10 tahun bercinta, baru sebulan bernikah…
Tambah Sukardi, mereka sudah berteman lebih kurang 10 tahun sebelum bergelar suami isteri. Perpisahan disebabkan ajal isterinya telah sampai akibat kecuaian pemandu lain benar-benar memberi kesan dalam hidupnya.
Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa
Menerusi perkongsian daripada suami mangsa, ramai pelayar internet yang turut sama berduka diatas dugaan yang terjadi. Rata-rata menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan salam takziah kepada suami serta keluarga Norhijrah. Semoga roh mangsa diletakkan dikalangan orang beriman.
Kisah Jahidah Nordin, wanita ini yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga koma mengejutkan masyarakat. Sementelah dia ketika Itu sedang hamil dan baru-baru ini melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan.
Terbaharu, adik mangsa Fauziah Nordin memuatnaik perkembangan ibu serta bayi melalui media sosial sekali lagi menjadi perhatian warganet di aplikasi TikTok.
“Nufail meragam tadi. Bila letak tepi ibu, lena dia tidur. Rindu ibu rupanya. Nufail nak peluk ibu ye, ibu tak boleh lagi.
“Mummy (gelaran Fauziah) yang akan peluk Nufail selalu, pengganti ibu. Walaupun mummy bukan ibu kandung,” Ungkap Fauziah lagi.
Jahidah, isteri yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga sehingga kini masih koma
Menurut Fauziah, bayi mesra dipanggil Nufail itu terus lena apabila berada di sebelah ibunya yang sudah tidak sedarkan diri sejak tahun lalu akibat kecederaan parah selepas disyaki dibelasah oleh suami.
Fauziah memuat naik satu video memaparkan bayi lelaki itu, J Eshan Nufail dikatakan meragam namun hilang tangisan selepas diletakkan di sisi ibu yang masih terlantar koma di atas katil.
Video berkenaan mendapat respond ramai. Rata-rata meluahkan rasa sebak melihat situasi tersebut. Bahkan terdapat beberapa lagi perkongsian lain turut mengundang simpati terhadap apa yang dialami ibu yang berusia 43 tahun ini.
Untuk rekod, Jahidah yang ketika kejadian sedang hamil empat minggu dilaporkan cedera di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan, manakala rahang, tulang belakang serta rusuk pula retak.
Difahamkan, suspek Rosmaini Abd Raof yang melakukan perbuatan kejam itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin pada 4 Mei lalu sudah didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, 17 Jun tahun lalu.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.