Ustazah Ini Kongsi Amalan Untuk Ketenangan Hati Supaya Jadi Pagar Diri Hilangkan Tekanan.

Share

Fitrah kehidupan manusia, lebih memberi fokus kepada kesenangan berbanding ketenangan. Kesenangan pada kuantiti harta terlalu di ambil berat sedang kualiti ketenangan jiwa di pinggir ketepi. Hingga kita merasakan hari seolah-olah macam tidak kena? Hati mula tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Ia semua membuatkan kita semua berasa tertekan. Menurut ustazah Aminah binti Mat yusoff, ia sebenarnya adalah berpunca daripada hati tidak tenang. Pastinya kita tidak mahu ia berlaku terusan dalam diri. Seharusnya kita punya ‘pagar diri’ untuk hidup tenang bersama keluarga tersayang. Ikuti peringatan yang dikongsikan oleh ustazah ini.Moga jadi panduan bersama.

IKUTI PERKONGSIAN INI. 

Tip pagar diri.. Moga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Kita rasa kuat dan hebat, namun hakikatnya kita sangat terdedah dengan pelbagai fitnah, maksiat, hasad, iri hati dan khianat. Kita rasa orang keliling kita baik sebab Allah campakkan perasaan itu supaya kita rasa selesa dan tidak stress.

Saya kongsikan beberapa amalan penting supaya diri kita sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah SWT.

1. Buang perasaan sedih

Sedih ada beberapa jenis:

Sedih kerana melakukan sesuatu kesalahan lalu kita mohon kemaafan dan keampunan daripada Allah.

Yang kedua sedih dengan nasib dan kekurangan diri. Sedih nie datang apabila kita selalu memandang orang yang lebih kaya, lebih cantik dan lebih berada dari kita. Sedih yang seperti ini akan melemahkan jasad, pemikiran dan jiwa kita. Boleh menyebabkan kemurungan.

Sedih yang ketiga ialah sedih apabila melihat peristiwa yang menyentuh hati seperti kezaliman yang dilakukan seseorang, penderaan, kecacatan dan kecelakaan. Kesedihan seperti ini dapat membersihkan hati jika ia dilorong ke arah yang positif. Namun jika ia dibiarkan berlarutan, unsur-unsur negetif akan mula memenuhi pemikiran. Ia boleh menyebabkan hati menjadi keras dan suka menyalahkan orang lain serta taqdir.

Sedih yang keempat ialah sedih yang datang Tiba-tiba. Rasa nak nangis, rasa sayu, rasa diri terpinggir, rasa diri tidak disayangi, rasa semua orang benci dan hidup sangat sunyi. Sedih yang nie bahaya, sebab ia antara punca masalah kemurungan dan kanser.

Oleh itu kesedihan yang boleh menyebabkan pertahanan diri lemah ialah yang kedua, tiga dan empat.

Cara benteng diri ialah sebut kalimah:

Ya Qawiyyu
Ya ‘Aziiz
Ya Jabbar
Ya Mutakabbir
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

Ulang2 sebanyaknya tiada jumlah yang spesifik. Sambil baca sambil bisik dalam hati “Aku kuat kerana yang sentiasa bersama aku ialah Allah yang maha kuat, maha hebat”

2. Kawal kemarahan

Perasaan marah yang terlampau boleh menyebabkan emosi kita tidak stabil dan tindakan kita tidak wajar. Membuka pintu kepada unsur negatif dan kejahatan.

Ada beberapa jenis kemarahan :

Marah apabila kerana dikhianati, dibohongi, diperlakukan secara tidak wajar. Kemarahan ini adalah normal kerana semua orang akan merasai tapi ia akan jadi tidak normal apabila kita menyimpan terlalu lama dan boleh membiak menjadi dendam. Orang yang marahnya sekejap dan cepat melupakan kesalahan orang lain adalah yang terbaik dan paling disukai Allah.

Marah yang kedua ialah apabila melihat orang lain atau haiwan disiksa dan didera secara fizikal dan mental. Marah pada perbuatan, bukan pada orang yang melakukan. Jika kemarahan ini dipupuk dan meletakkan pada tempat yang salah ia menjadi kesalahan dan mendatangkan penyakit.

Marah yang ketiga ialah marah yang datang tiba-tiba. Tengok orang kita rasa nak rotan, nak cekik atau rasa sakit hati yang melampau.

Jika ia datang cepat-cepat baca:

Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahiim
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

Berwuduk kemudian Ulang2 sambil dalam hati sebut ” Ya Allah aku seru namaMU yang pengasih penyayang sejukkanlah hati, jagalah hatiku daripada perasaan marah”

3. Jauhi sangkaan buruk

Gambar hiasan

Pernah tak, tiba-tiba kita rasa orang tu membawang dan mengata kita. Kita rasa orang pandang sinis kat kita, rasa orang dengki tahap gaban dengan kejayaan, kelebihan, kecantikan dan kekayaan yang kita ada.

Sangka buruk nie datang bila kita rasa apa yang kita ada ni orang tak suka dan orang nak rampas dari kita.

Betulkan balik mindset kita, apa yang ada pada kita bukan kita punya, semuanya pemberian dari Allah dan hanya DIA yang mampu menjaga dan mengekalkannya. Setiap kelebihan yang Allah bagi semuanya amanah dan akan dipersoalkan, apa yang kita manfaatkannya untuk ummah, untuk akhirat.

Jika kelebihan yang ada hanya untuk kita banggakan dan rasa bertuah semata-mata, sebenarnya kita tidak layak untuk milikinya.

Bila datang perasaan ragu dan sangka buruk tiba-tiba baca doa ini, ia adalah perisai terbaik daripada kita musnah dengan bisikan syaitan.

اللهُمَّ انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنى

Ya Allah
Ya Hafizh
Istighfar
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

4. Lagu cinta yang melalaikan

Jika mendengar lagu cinta menyebabkan kita lalai, berangan, berkhayal.. Lebih baik tinggalkan. Tukar dengan lagu ketuhanan, mengingatkan tentang Hakikat hidup dan mati. Mendengar alunan Al-Qur’an dan menghayatinya dengan hati.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.

Sumber: Aminah Mat Yusoff Yusoff